Now Reading
[Video] Kenduri Kahwin Pengantin Melayu Meriah Dengan Pelbagai Bangsa, Siap Ada Gendang & Tarian Singa

[Video] Kenduri Kahwin Pengantin Melayu Meriah Dengan Pelbagai Bangsa, Siap Ada Gendang & Tarian Singa

Majlis persandingan pasangan Melayu ini telah diraikan meriah dengan persembahan dari bangsa India dan Cina.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Antara keunikan yang menjadi tarikan para pelancong ke Malaysia adalah kepelbagaian kaum dan budaya di negara kita.

Beruntung sebenarnya kita menjadi warganegara Malaysia kerana berpeluang untuk mempelajari tradisi kaum berbeza bagi menambahkan ilmu pengetahuan.

Perbezaan agama dan kaum ini juga tidak menghalang masyarakat kita untuk saling merapatkan hubungan silaturahim dan menghulurkan pertolongan apabila diperlukan.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Wanita Bangsa India Tumpang Bersiap Di Rumah Jiran Melayu Sebelum Majlis Tunang

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Jiran Cina Belanja KFC Buat Jiran Melayu Sebab Tak Dapat Jemput Sambutan ‘Birthday’

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Wanita Terharu Jiran Bangsa Cina Gigih Tanam Pokok Limau Lepas Tahu Orang Melayu Guna Untuk Masak Sambal


Pengantin Melayu Diraikan Dengan Kompang, Gendang Dan Tarian Singa

Menerusi video dimuat naik di laman TikTok (@mizieayu8788), majlis persandingan bagi pasangan pengantin kaum Melayu ini telah diraikan dengan meriah oleh pelbagai kaum.

Kebiasaannya di kenduri kaum Melayu, anda hanya akan nampak tarian seni seperti silat dan alunan kompang sahaja kan?

Sumber: TikTok (@mizieayu8788)

Tetapi berbeza pula dalam majlis ini apabila mereka turut menyajikan persembahan tarian singa yang dilakukan oleh sekumpulan lelaki kaum Cina sebelum pengantin memasuki dewan.

Bukan itu sahaja, pasangan mempelai ini juga disambut dengan pukulan gendang dari beberapa individu berbangsa India selepas disarungkan bunga Malai pada bahagian leher.

Sumber: TikTok (@mizieayu8788)

Suasana meriah itu membuatkan para tetamu di majlis tersebut juga kelihatan teruja dengan gabungan persembahan dari pelbagai kaum.

Keadaan menjadi lebih mengujakan apabila pengantin lelaki dilihat menari bersama-sama tetamu yang hadir mengikut rentak gendang yang dimainkan.

Video berkenaan telah mendapat perhatian ramai sehingga berjaya meraih 1.2 juta tontonan setakat artikel ini ditulis.


Orang Ramai Teruja Lihat Pelbagai Kaum Bersatu Padu Dalam Majlis Persandingan

Menjengah ke ruangan komen, orang ramai meluahkan rasa teruja selepas melihat masyarakat Malaysia termasuklah kaum Melayu, India dan Cina bersatu dalam majlis yang sama.

Perpaduan itu telah mengujakan orang ramai kerana menganggap ia adalah bukti masyarakat Malaysia masih mengamalkan sikap bersatu antara satu sama lain walaupun berbeza agama dan bangsa.

“Tiga budaya satu majlis, kita gaduh buat apa lagi,” kata salah seorang pengguna TikTok.

Pada masa yang sama, mereka turut mendoakan agar pengantin tersebut selamat menjalani kehidupan berumah tangga.

“Ni baru betul-betul meriah 1 Malaysia pengantin tapau. Selamat pengantin baru, semoga bahagia hingga ke Jannah,” kata pengguna TikTok.

Sumber: TikTok

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd