Now Reading
[Video] Dilatih Sejak Lahir, Bayi Ini Boleh Sambung Bacaan Surah Lazim Al-Quran

[Video] Dilatih Sejak Lahir, Bayi Ini Boleh Sambung Bacaan Surah Lazim Al-Quran

Menurut si ibu yang dikenali sebagai Fatin, dia bersama suami mempraktikkan bacaan selawat, zikir dan ayat al-Quran kepada anak mereka sejak dia dilahirkan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Buat mereka yang sudah menimang cahaya mata, pasti anda mahu membekalkan mereka dengan didikan sempurna sejak lahir terutamanya melibatkan tentang agama.

Setiap ibu bapa pasti ada cara mereka tersendiri. Ada yang membuka radio al-Quran dan ada juga yang membawa surah setiap hari kepada si kecil.

Dengan cara itu, mudah-mudahan anak akan cepat ‘tangkap’ bacaan al-Quran di dalam minda dan dapat menghafaznya dengan mudah.


Bayi Lelaki Boleh Sambung Surah Lazim Al-Quran

Sejak belakangan ini, tular di laman TikTok (@mommy.fahry) apabila seorang bayi lelaki dikenali sebagai Fahry Nedzar mempunyai kebolehan untuk menyambung bacaan surah lazim dialunkan oleh ibunya bermula sejak umur 8 bulan.

Dalam salah satu video yang dikongsi, Fahry yang pada ketika itu sudah mencecah usia 1 tahun dilihat dengan bersahaja menyambung penghujung setiap surah An-Nasr.

Walaupun pada masa itu Fahry masih belum lancar, tetapi si ibu dikenali sebagai Fatin Nur Sakinah Zolkifly, 31, membetulkannya dan mengulangi bacaan yang sama berkali-kali.

Tips dia ulang baca setiap hari sampai dia hafal. Jangan tanya berapa banyak kali saya ulang sebab saya tak pernah kira.

Fatin Nur Sakinah.
@mommy.fahry Ada tanya soalan sehari berapa kali ulang baca surah ? Berapa surah baca setiap hari ? Jujur mommy tak boleh jawab sebab mommy tak pernah kira. Dan satu hari terus ada banyak surah.😅 Sebab mommy baca dengan Fahry random sangat waktunya. Ada waktu pagi, tengah hari , petang dan malam. Ulang ulang baca dan tak kira tempat. Waktu bermain, waktu makan, waktu duduk santai santai.. kalau rajin tu lebih sikit la. Dan tak pernah paksa untuk Fahry ikut. Bagi saya betul orang kata fasa anak kecik ni mereka seperti span. Kena hati hati jugak dengan perkataan kita guna sebab apa yg kita cakap tu pun anak serap.. 🤭 #baby #babyboy #babyFN #parenting #parentingtips #mommy #mommylife ♬ original sound – mommy fahry

Baca Selawat, Zikir & Ayat Al-Quran

Difahamkan, ibu bapa Fahry mempraktikkan bacaan selawat, zikir dan ayat al-Quran sejak si kecil mereka dilahirkan.

“Sejujurnya rasa tak layak nak kongsi tips ini tapi saya kongsi apa kami praktikkan dengan Fahry. Sejak dari lahir kami dah biasakan dia dengan bacaan surah lazim setiap hari,” jelas Fatin.

Gambar sekadar hiasan. Sumber: Pexels

Fahry Akan Berhenti Menangis Ketika Dibacakan Surah Al-Quran

Tambah si ibu, selawat dan surah al-Quran yang dibacakan kepada anaknya juga akan membuatkan Fahry tenang apabila sedang meragam.

“Mulut saya bersilih ganti selawat dan surah terutama ketika nak tidurkan Fahry sebab waktu kecil dia jenis bayi ‘high need’ tetapi mudah tenang bila dengar bacaan ayat al-Quran, azan atau zikir.

“Kiranya surah dan selawat saya dan suami baca setiap hari, lebih-lebih lagi bila dia menangis. Fahry memang sejenis automatik diam bila kami baca surah. Dia boleh tenang dan tenung mata kami,” kata Fatin, memetik Sinar Harian.

@mommy.fahry Healing. #tadabbur #baby #parentingtips #mommy #babytiktok #mommylife ♬ original sound – mommy fahry

Sarankan Ibu Bapa Baca Al-Quran Sendiri Daripada Buka Audio YouTube

Menerusi semakan kami, Fatin sering memuat naik perkongsian memperlihatkan Fahry menyambung penghujung bacaan surah lazim yang dialunkan.

Oleh disebabkan kecerdikan si anak pada usia sebegitu, ramai di kalangan ibu bapa di luar sana bertanyakan petua Fatin dalam mengajar Fahry.

@mommy.fahry Macam mana nak bagi anak hafal surah lazim ? Baca berulang ulang kali setiap hari. Sehari nak baca banyak surah terus pun boleh. Nak baca surah sama je pun boleh. Mommy suka baca banyak banyak surah dalam satu hari. Jangan underestimate kebolehan anak. InsyaAllah anak usia 0-6 tahun ni sponging je. Cuma parents kena sabar mendidik 🌹🫶🏻 #mommy #baby #babyFN #BabyTiktok #parentingtips #parentinghacks #surah ♬ original sound – mommy fahry

Menurut Fatin, dia tidak menyangka bahawa anaknya mampu menghafal surah lazim yang sering dibaca sejak bayi.

“Saya tidak sangka bacaan surah ‘terakam’ dalam otak dia, bermula umur enam bulan dia mula bercakap dan bila umur lapan bulan dia sudah mula pandai sambung surah yang saya baca.

“Untuk proses ini, lebih baik kita baca sendiri daripada membuka audio di YouTube. Mula-mula baca ayat penuh kemudian baca separuh bagi dia sambung ayat belakang.

“Apabila sudah tiba masa kami akan bacakan surah dan ‘tebuk’ untuk uji hafalan Fahry. Ulang-ulang dan lama kelamaan dia akan dapat semua ayat,” tambahnya lagi.


Orang Ramai Kagum Dengan Kebolehan Fahry Menyambung Ayat Al-Quran

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai terinspirasi dengan didikan Fatin untuk mengajar anak.

“Sekolah terbaik datang dari ibu sendiri. Oleh itu, jadilah ibu yang baik untuk anak-anak anda. Tahniah puan,” kata seorang wanita.

Sementara itu, ramai individu dilihat menitipkan doa buat si kecil agar dia dapat membesar menjadi anak yang soleh serta lebih lancar membaca al-Quran pada masa akan datang.

“Maknanya dia ingat surah, sebab tu Fahry tahu semua hujung ayat al-Quran tu. Semoga jadi anak soleh yang bagi manfaat kepada semua umat Islam,” ujar seorang pengguna TikTok.

Sumber: TikTok (@mommy.fahry)

Baca Artikel Berkaitan: Remaja Autisme Ini Hafal 30 Juzuk al-Quran Dalam Masa 18 Bulan Sahaja

Baca Artikel Berkaitan: 2 Pelancong Jepun Peluk Islam Lepas Jatuh Cinta Dengar Alunan Ayat Al-quran Di Masjid Negara

Baca Artikel Berkaitan: [Video] TikToker Ajak Orang Awam Sambung Ayat al-Quran Untuk Dapat RM50


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd