Now Reading
[Video] Restoran Di Thailand Hidang Makanan Pelanggan Guna Barangan Tidak Dijangka, Memang Random Sungguh!

[Video] Restoran Di Thailand Hidang Makanan Pelanggan Guna Barangan Tidak Dijangka, Memang Random Sungguh!

Para pelanggan juga tidak dapat menahan ketawa sambil menikmati juadah yang disediakan dalam ‘pinggan’ unik di sebuah restoran di Thailand itu.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kebiasaannya kalau korang pergi ke kedai makan, pekerja mereka akan menghidangkan menu pesanan dalam pinggan atau mangkuk mengikut kesesuaian.

Paling unik sedikit, mungkin mereka akan meletakkan makanan anda di dalam dulang untuk dijamah secara beramai-ramai.

Tapi ada satu restoran di Thailand ini memang agak ‘rare’ kerana tidak menggunakan pinggan atau mangkuk untuk menghidangkan makanan kepada para pelanggannya.


Peniaga Di Thailand Guna Kerusi, Besen Dan Periuk Kukus Untuk Hidang Makanan Pelanggan

Menerusi satu video dimuat naik di laman TikTok (@narinmangpor), sebuah kedai makan di Thailand kini menjadi perhatian ramai selepas dilihat menyediakan makanan pelanggannya menggunakan barangan kegunaan harian sebagai pengganti pinggan.

Antara barangan yang digunakan untuk meletakkan masakan di restoran unik itu adalah kerusi plastik, periuk kukus, tangki simpanan air dan besen.

Sumber: TikTok (@narinmangpor)

Terhibur melihat keadaan tersebut, mereka juga tidak dapat menahan ketawa sambil menikmati juadah dalam yang disediakan dalam ‘pinggan’ unik tersebut. Nasib baik air minuman masih diberikan dalam cawan.

Namun demi menjaga kebersihan juadah yang dihidangkan kepada pelanggan, restoran berkenaan difahamkan turut menggunakan sekeping kertas sebagai pelapik.

Video berkenaan telah mendapat perhatian ramai sehingga berjaya meraih 12.2 juta tontonan setakat artikel ini ditulis.


Netizen Pun Terhibur Lihat Gelagat Pelik Restoran Di Thailand Itu

Ruangan komen video berkenaan rata-ratanya dipenuhi dengan komen netizen yang terhibur melihat aksi pelik dilakukan oleh restoran tersebut.

Siap ada yang bertanya sama ada kewujudan kedai makan ini benar atau tidak.

“Betul ke kedai ni macam ni? Kalau ya, min nak pergi,” kata netizen.

Malah, sesetengah netizen pula berpendapat mungkin pemilik kedai agak bosan dan mahu menampilkan sesuatu kelainan dalam perniagaan miliknya.

Pengguna media sosial turut tertanya-tanya bagaimana pekerja di restoran berkenaan mampu menahan ketawa ketika menghantar juadah pesanan kepada pelanggan.

“Dia tak rasa nak tergelak ke waktu nak hantar makanan tu,” ujar netizen.

Sumber: TikTok

Memang betul-betul ‘rare’ kedai makan di Thailand ini. Tapi harap-harapnya pekerja di restoran itu membersihkan terlebih dahulu barangan tersebut sebelum digunakan untuk menghidangkan makanan pelanggan.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] “Rantai Makanan”- Lelaki Ternak Ikan Keli Dalam Tangki Septik, Siap Goreng Bagi Kawan Makan

Baca Artikel Berkaitan: Peniaga Warga Asing Di Pulau Pinang Simpan Sate Mentah Dalam Peti Sejuk Berkulat Buat Ramai Loya

Baca Artikel Berkaitan: Demi Gift, Influencer TikTok Sanggup Cuci Muka Dengan Air Jamban, Makan Pasir & Banyak Lagi


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd