Now Reading
“Ada Lagi 4 Jam Dik” – Telatah Kanak-kanak Bersiap Pukul 3 Pagi Untuk Ke Sekolah Buat Ramai Terhibur

“Ada Lagi 4 Jam Dik” – Telatah Kanak-kanak Bersiap Pukul 3 Pagi Untuk Ke Sekolah Buat Ramai Terhibur

Menurut makcik yang dikenali sebagai Mai, dia ‘pening kepala’ melihat anak-anak yang bersemangat memakai pakaian sekolah pada jam 3 pagi.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Buat sesetengah murid, pergi ke sekolah merupakan satu perkara yang mahu dielakkan kerana lebih gemar duduk di rumah dan bermain.

Lebih-lebih lagi apabila tibanya hari Isnin mesti ramai di kalangan pelajar akan mengalami ‘Monday blues’ selepas dua hari bercuti pada hujung minggu.

Bahkan, ada juga yang sampai menangis setelah dihantar oleh ibu bapa. Seperti sebelum ini, sekumpulan murid darjah 1 menangis teresak-esak selepas dihantar ke sekolah kerana tidak mahu berjauhan dengan penjaga mereka.

Baca Artikel Berkaitan: Gelagat Murid Kembali Ke Sekolah Cuit Perhatian Ramai, Siap ‘Flashback’ Momen Waktu Kecil


Aadik-beradik Bersiap Pukul 3 Pagi Untuk Ke Sekolah

Namun lain pula buat kanak-kanak ini apabila mereka menunjukkan tingkah laku yang sebaliknya. Menerusi TikTok (@nrlmai_), kelihatan gelagat adik-beradik yang teruja untuk bersiap ke sekolah.

Menurut makcik mereka yang dikenali sebagai Mai, dia terkejut apabila mendapati anak-anak buahnya telah pun selesai mempersiapkan diri jam 3 pagi untuk hadir ke sekolah. Ada yang telah siap memakai beg dan ada juga sedang sibuk memakai stoking.

Karenah anak-anak tersebut membuatkan Mai berasa cuak kerana menyangka dirinya telah terlambat untuk membawa mereka ke sekolah.

“Pening kepala mak dia bangun, ingatkan dah lewat,” ujar Mai di ruangan kapsyen.

Kalau anda lihat sendiri perkongsian tersebut, memang tidak dapat dinafikan setiap kanak-kanak berkenaan kelihatan segar dan bersemangat untuk sekolah seolah-olah sudahpun waktu pagi.

@nrlmai_

Yang si kecik tu dia tak tahu ke dia tu masuk sekolah pukul8😩 hahaha emir emir

♬ original sound – pia ◡̈

Terlelap Pula Jam 7 Pagi

Menerusi hantaran seterusnya, Mai turut menunjukkan kelakuan si kecil yang pada awalnya teruja berubah keletihan apabila di hantar ke sekolah pada waktu siang.

Seperti yang disangkakan oleh orang ramai, kanak-kanak tersebut mengantuk dan terlelap sewaktu dihantar ke sekolah pada jam 7 pagi. Ada-ada sahaja perangai si kecil ni ya.

@nrlmai_ Replying to @shadasssss ♬ original sound – pia ◡̈

Netizen Terhibur Dengan Gelagat Anak Kecil Yang Tak Sabar Ke Sekolah

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dilihat terhibur dengan gelagat comel anak-anak yang tidak sabar untuk ke sekolah.

“Agaknya budak ni mimpi apa la ya sampai nak pergi sekolah awal,” kata seorang wanita.

Namun menurut Mai, insiden berkemungkinan berlaku disebabkan si abang yang tersalah tengok waktu jam.

Sumber: TikTok (@nrlmai_)

Malah ramai juga ibu dilihat berkongsi pengalaman sama apabila anak di rumah turut bersiap awal untuk ke sekolah.

“Ni mesti ada seorang buat kalut ni. Macam anak nombor dua saya. Bangun pukul 5 pagi nak pergi sekolah dah. Habis satu rumah dia kejutkan,” jelas seorang ibu.

Ada yang turut berseloroh dengan berkata niat murid-murid untuk pergi ke sekolah tersebut adalah baik namun terlalu awal.

“Memang bagus dik bersiap awal, tetapi ni awal sangat,” ujar seorang lelaki.

Walaupun anak-anak itu dikatakan ‘kalut’ bersiap ke sekolah, namun sikap mereka menyiapkan diri sendiri tanpa bantuan si ibu merupakan satu contoh baik di mana mereka dilihat berdikari dan juga berdisipilin.

Sumber: TikTok (@nrlmai_)

Baca Artikel Berkaitan: [Video] “Rasa Nak Sekolah Balik” – Gelagat Cikgu Penyayang Peluk & Belai Murid Darjah 1 Raih Perhatian

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Gelagat ‘Putera Raja’ Jatuh Dari Tandu Semasa Perbarisan Sekolah Buat Ramai Terhibur


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd