Now Reading
Peniaga Warga Asing Di Pulau Pinang Simpan Sate Mentah Dalam Peti Sejuk Berkulat Buat Ramai Loya

Peniaga Warga Asing Di Pulau Pinang Simpan Sate Mentah Dalam Peti Sejuk Berkulat Buat Ramai Loya

Keadaan peti sejuk yang kotor itu ditemui ketika Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) melakukan Ops Gempur Aedes di Kampung Dock, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Aspek kebersihan adalah perkara yang paling penting bagi setiap peniaga bagi menjamin kualiti serta keselamatan hidangan yang dijual kepada pelanggan.

Ia termasuklah dari segi lokasi penyimpanan barangan masakan, cara pinggan mangkuk dibasuh serta kebersihan di ruangan memasak.

Sekiranya perkara ini tidak diambil serius, ia berisiko untuk mengakibatkan masalah dari segi kesihatan seperti keracunan makanan kerana terdedah dengan persekitaran yang kotor.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Aksi Pekerja Kedai Mamak Didakwa Basuh Pinggan Dalam Tong Sampah Jadi Bualan Ramai

Baca Artikel Berkaitan: Gara-gara Ada Najis Tikus Sebelah Makanan, Restoran Terkenal Di Pulau Pinang Diarah Tutup Selama 14 Hari

Baca Artikel Berkaitan: “Basuh Tak?” – Pelanggan Kedai Makan Jijik Jumpa Bulu Pada Kepak Ayam


Peniaga Letak Makanan Masakan Dalam Peti Ais Berkulat

Memetik laporan Malaysia Gazette, satu tinjauan dilakukan pada Rabu lalu (28 Mei) di sebuah kediaman warga asing yang dijadikan lokasi memasak hidangan untuk sebuah perniagaan ‘ala Indonesia’.

Tempat ini dijumpai ketika Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) melakukan Ops Gempur Aedes di Kampung Dock, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Sumber: Malaysia Gazette

Apa yang mengejutkan ketika pemeriksaan tersebut adalah kebersihan kawasan berkenaan yang dilihat kotor kerana mereka memasak di atas lantai tanpa memakai pakaian yang sesuai serta sarung tangan.

Malah, mangkuk yang diisi dengan hidangan untuk dimasak juga diletakkan di atas lantai sebelum digoreng.

Lebih menjijikkan lagi, wujud sebuah bungkusan plastik yang dipenuhi dengan ratusan ulat sampah sekitar 10 meter dari lokasi mereka memasak.

Sumber: Malaysia Gazette

Lapor Malaysia Gazette, warga asing itu bagaimanapun mendakwa bungkusan tersebut merupakan sisa makanan yang tidak habis dijual dalam tempoh kurang daripada 12 jam.

Selain sisa baki makanan yang tidak terjual, bahan mentah yang sudah diproses juga disimpan dalam peti ais yang sama.

Meskipun tujuan asal pemeriksaan adalah untuk membendung masalah nyamuk Aedes, tetapi Pegawai Kesihatan Persekitaran Vektor JKNPP, Mohd Wazir Khalid berkata pihak mereka tidak dapat ‘menutup mata’ dengan situasi yang dilihat.

“Kebetulan ketika buat pemeriksaan Aedes jumpa cara penyediaan makanan yang tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan dan sebagai pegawai dalam Jabatan Kesihatan kami tidak boleh pejam mata.

“Meskipun ia di luar bidang kuasa saya, namun perkara ini akan dipanjangkan kepada BKKM agar tindakan lanjut diambil,” katanya.


Netizen Loya Lihat Keadaan Kedai Yang Kotor

Kebersihan premis berkenaan yang tidak dijaga dengan baik membuatkan ramai netizen berasa loya dan jijik melihat keadaan persekitaran yang digunakan untuk memasak hidangan untuk diniagakan.

“Ya Allah pengotornya. Dah macam tempat sampah dah peti sejuk dia. Sampai hatinya nak bagi makan kat orang lain dengan keadaan makanan macam tu,” kata netizen pada ruangan balas di akaun X (@malaysiagazette).

Susulan itu, ramai meminta agar pihak berkuasa meningkatkan kekerapan pemeriksaan agar dapat mengambil tindakan sewajarnya kepada mereka.

Sumber: X

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd