Now Reading
[Video] Pelajar Tahfiz Tak Perlukan Wakaf Al-Quran? Ini Penjelasannya

[Video] Pelajar Tahfiz Tak Perlukan Wakaf Al-Quran? Ini Penjelasannya

Jelas pendakwah bebas dikenali sebagai Ustaz Jafri Mahmoodi, pelbagai kempen wakaf al-Quran dianjurkan dengan matlamat untuk memberikannya kepada orang yang memerlukan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Wakaf adalah satu bentuk ibadah iaitu dengan menyerahkan harta dimiliki oleh seseorang untuk kegunaan umat Islam yang lain.

Kebiasaannya, orang ramai akan menyasarkan masjid dan pusat tahfiz untuk mengagihkan wakaf agar pemberian tersebut boleh digunakan secara kerap sekaligus memberi syafaat kepada pewakaf.

Walau bagaimanapun, ramai yang masih tidak tahu bahawa kadangkala lokasi berkenaan tidak memerlukan wakaf itu.


Sebab Mengapa Pelajar Tahfiz Tak Perlukan Wakaf Al-Quran

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok apabila pendakwah terkenal iaitu Ustaz Jafri Mahmoodi berkongsi pandangannya tentang pemberian wakaf kepada pelajar Maahad Tahfiz.

Jelasnya, pelbagai kempen wakaf al-Quran dianjurkan dengan matlamat memberikannya kepada orang yang memerlukan. Bahkan, orang ramai telah bertindak mewakafkan banyak naskah al-Quran kepada pelajar-pelajar tahfiz.

“Ramai orang nampak kehebatan orang wakaf al-Quran dengan harapan orang yang membaca boleh dapat pahala dan ganjarannya,” kata Ustaz Jafri.

Pun begitu, pendakwah bebas tersebut berpendapat wakaf berkenaan sepatutnya diberikan kepada individu yang lebih memerlukan agar al-Quran dapat digunakan dengan sebaiknya.

Sumber: Pexels

Tegas ustaz berkenaan, pelajar tahfiz tidak memerlukan wakaf al-Quran melainkan pusat Maahad Tahfiz yang baru dibuka tanpa banyak fasiliti tersedia.

Kalau baru nak buka, mereka perlukan untuk diagihkan dan diedar kepada pelajar-pelajar yang baru. Tetapi kebiasaannya anak tahfiz ini mempunyai al-Quran masing-masing yang akan digunakan sepanjang proses menghafal.

Ustaz Jafri.

Tambahnya, mereka selalu menggunakan al-Quran yang sama tanpa menukar kepada yang baru. Ia juga merupakan adab bagi pelajar tahfiz untuk menghafaz.

Maahad Tahfiz memerlukan sumbangan dari aspek lain sebagai contoh wang tunai untuk pembelian makanan buat para pelajar.


Banyak Masjid Tak Perlukan Wakaf Al-Quran

Situasi sama juga boleh dikaitkan dengan pemberian wakaf al-Quran kepada masjid. Ustaz Jafri berkata pemberian wakaf al-Quran secara berlebihan akan menyebabkan banyak naskah kitab suci tidak digunakan.

Perkara yang boleh dilakukan oleh pewakaf adalah melakukan kaji selidik terlebih dahulu tentang masjid manakah yang memerlukan agar ia boleh dimanfaatkan sebaiknya.

@jafrimahmoodi_off Betul ke Maahad Tahfiz tak perlukan Al-Quran wakaf? Sebenarnya ya. Sebab pelajar akan menggunakan al-Quran yang sama sepanjang menghafaz Al-Quran. Ganti bila rosak saja. Kalau terima Al-Quran wakaf nanti tak digunakan, kesian kepada pewakaf. #fyp #jafrimahmoodiofficial #jafrimahmoodi #ustazjafriabubakarmahmoodi #ustazjafriabubakar #kidaf #tehtarikmahmudi #kompleksislamdarulfaizin ♬ original sound – jafrimahmoodi_official

Ramai Setuju Pemberian Wakaf Al-Quran Terlalu Banyak

Menjengah ke ruangan komen, ada juga netizen berkongsi pengalaman apabila sekolahnya dulu menerima wakaf yang banyak.

“Contohnya sekolah saya dulu, banyak terima wakaf al-Quran. Kuantiti melebihi guru dan pelajar Islam. Al-Quran Uthmani lama masih banyak,” kata seorang individu.

Ramai juga menyokong pendapat Ustaz Jafri mengenai individu yang menggunakan al-Quran yang sama untuk membaca.

“Betul, saya hafal al-Quran dari universiti pun pakai al-Quran yang sama. Pernah nak tukar, tetapi tak best. Cari balik al-Quran lama,” jelas seorang lelaki.

Sementara itu, ada yang berkata pemberian wakaf Yasin untuk majlis tahlil juga agak tidak diperlukan.

“Begitu juga majlis bacaan Yasin untuk arwah dan hadiah bagi kenduri sedangkan dekat rumah dah banyak Yasin,” ujar seorang wanita.

Ada juga yang memberi saranan untuk mewakaf al-Quran versi braille untuk memudahkan orang-orang buta.

Sumber: TikTok (@jafrimahmoodi_off)

Manfaat Baca Al-Quran Dalam Rutin Harian

Kalau anda nak tahu, al-Quran merupakan mukjizat terakhir yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW. Terdapat pelbagai kebaikan anda boleh peroleh sekiranya mengamalkan pembacaan al-Quran dalam rutin harian.

Sumber: Pexels

Antaranya:

  • Al-Quran beri syafaat kepada pembaca semasa hari akhirat.
  • Dijadikan sebagai petunjuk untuk para pembaca.
  • Membaca satu huruf dari al-Quran akan diganjari dengan sepuluh kebaikan.
  • Individu yang fasih membaca dan kurang lancar akan diganjari pahala.
  • Al-Quran mampu menghidupkan jiwa.
  • Al-Quran dapat mendidik rohani.
  • Mendidik minda manusia.

Baca Artikel Berkaitan: “Besar Pahala Insan Yang Bina” – Tempat Solat Wakaf Di Tengah Lautan Undang Perhatian Ramai [Video]

Baca Artikel Berkaitan: “Rakan Lain Dapat Ribuan Ringgit” – 2 Orang Tahfiz Terima Elaun RM100 Sahaja Jadi Imam Tarawih


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd