Now Reading
Dua Lipa Muat Naik Instagram Story Kecam ‘Israeli Genocide’

Dua Lipa Muat Naik Instagram Story Kecam ‘Israeli Genocide’

Meskipun bintang pop berdarah Kosovo ini pernah mengkritik perang di Gaza dan menjadi penyokong lantang hak-hak Palestin, ini adalah kritikan paling lantang dibuat olehnya terhadap tindakan Israel.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Penyanyi pop berketurunan Britain-Albania, Dua Lipa menerusi satu Instagram Story di akaun miliknya telah mengecam serangan Israel di Gaza sebagai “pembunuhan beramai-ramai” selepas satu protes pro-Palestin baru diadakan di London yang menyaksikan puluhan orang ditangkap.

Untuk rekod, Dua Lipa memiliki 88.2 juta pengikut di Instagram setakat hari ini.

Sumber: Instagram @dualipa

BACA JUGA: “My Favourite Is Kuala Lumpur” – Dua Lipa


#AllEyesOnRafah

“Membakar kanak-kanak hidup-hidup tidak boleh dibenarkan. Seluruh dunia sedang bergerak untuk menghentikan pembunuhan beramai-ramai oleh Israel,” tulis penyanyi itu menerusi IGS pada Selasa lalu dengan menggunakan hashtag #AllEyesOnRafah” yang kini trending di media sosial.

Pada Disember tahun lalu, dia pernah menulis, “Dengan setiap hari yang berlalu, hati saya terasa pedih untuk rakyat Israel dan Palestin. Kesedihan untuk nyawa yang hilang dalam serangan mengerikan di Israel.

“Kesedihan ketika saya menyaksikan penderitaan yang belum pernah terjadi di Gaza, di mana 2.2 juta jiwa, separuh daripadanya kanak-kanak, mengalami kesusahan yang tidak dapat dibayangkan.

“Buat masa ini, saya sangat berharap untuk gencatan senjata di Gaza dan mendesak kerajaan-kerajaan untuk menghentikan krisis yang sedang berlaku.

“Harapan kita terletak pada kemampuan untuk mengenali situasi kemanusiaan yang teruk ini. Mengirimkan kasih sayang kepada komuniti Palestin dan Yahudi di seluruh dunia yang menanggung beban ini lebih berat daripada kebanyakan orang,” tulisnya.

Sumber: Instagram @dualipa

Menurut laporan The Guardian, sebelum peningkatan konflik tahun 2023, pada tahun 2020 dia telah menyiarkan semula satu kiriman Instagram yang mengkritik IDF dan menyeru untuk kemerdekaan Palestin.

Dua Lipa, Bella Hadid & Gigi Hadid Pernah Dikecam

Pada tahun 2021, Dua Lipa, Bella Hadid dan adiknya Gigi Hadid telah digambarkan sebagai anti-Semitik dalam satu iklan yang diterbitkan di The New York Times oleh kumpulan Yahudi yang dipanggil World Values Network.

Dua Lipa telah menolak iklan berkenaan serta menafikan dakwaan palsu itu.

Walaupun bintang pop berdarah Kosovo tersebut telah mengkritik perang di Gaza dan menjadi penyokong lantang hak-hak Palestin, ini adalah kritikan paling lantang dibuat olehnya terhadap tindakan Israel.

Pada bulan Januari, Dua Lipa telah menyeru untuk “gencatan kemanusiaan” (humanitarian ceasefire) ketika temu ramah bersama majalah Rolling Stone.

Dia sebelum ini juga telah menandatangani surat terbuka kepada Presiden AS Joe Biden yang menyeru untuk ‘menghentikan pengeboman Gaza dan pembebasan tebusan dengan selamat’.

Untuk rekod, operasi ketenteraan Israel di Gaza yang kini tertumpu di Rafah mencetuskan reaksi balas selepas pegawai Gaza mengatakan serangan Israel hujung minggu ini mengebom kem pelarian yang sesak telah mengorbankan 45 orang.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitterThreads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd