Now Reading
Burnout: Netizen Luah Rasa Ingin Putus Asa Dalam Hidup Gara-gara Terlampau Letih

Burnout: Netizen Luah Rasa Ingin Putus Asa Dalam Hidup Gara-gara Terlampau Letih

Lelaki dikenali sebagai Farid berkata ramai orang di luar sana berasa burnout sehinggakan terpaksa masuk ke tandas semata-mata untuk menangis.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Mendapat tempat kerja yang menitikberatkan kebajikan para pekerja adalah impian setiap orang di luar sana. Bukan itu sahaja, ramai juga yang mementingkan penerapan ‘work life balance’ di mana individu tidak diganggu di luar waktu bekerja.

Baca Artikel Berkaitan: Definisi ‘Work Life Balance’ Sebenar Oleh Rakyat Malaysia

Pun begitu, tidak semua berpeluang bekerja di syarikat sebegitu. Ada yang sampai ‘dikerah’ oleh majikan untuk bekerja sehingga lewat malam dan pada hujung minggu.

Kesan sampingan perkara tersebut adalah individu akan berasa stres sehingga boleh menyebabkan tekanan mental akibat kepenatan dari segi fizikal dan mental yang melampau.


Individu Rasa Letih Melampau Sehingga Nangis Di Tandas

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman X (Twitter @faridaffy), apabila seorang lelaki dikenali sebagai Farid berkongsi kisah pekerja yang berasa letih dengan pekerjaan mereka.

Kadangkala, tahap kepenatan itu adalah sangat melampau sehinggakan mereka menyendiri dan pergi ke tandas semata-mata untuk menangis.

Bagaimanapun, mereka tetap meneruskan pekerjaan kerana tanggungjawab yang dipikul bagi menyara kos sara hidup. Bukan sahaja untuk diri sendiri tetapi juga untuk ahli keluarga di rumah.

“Ramai orang berada di fasa burnout tetapi demi kelangsungan hidup yang berat, kena juga teruskan berjalan,” kata Farid.


Tanda-tanda Anda Sedang ‘Burnout’

Sebenarnya banyak tanda-tanda lain yang boleh diperhatikan sekiranya seseorang itu berasa burnout. Antaranya:

  • Rasa letih sepanjang masa.
  • Kesihatan diri mula merosot.
  • Sukar mengawal perasaan.
  • Lebih sensitif daripada kebiasaannya.
  • Mudah marah.
  • Kurang fokus terhadap tugasan.
  • Kerap menangguh kerja hilang ke penghujung masa
  • Mengabaikan penjagaan diri termasuklah waktu makan yang tidak teratur, minum alkohol dan sebagainya.

Netizen Luah Rasa Burnout Melampau

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan keletihan yang dilalui oleh mereka sepanjang bekerja.

“Tahun lepas paling teruk, tengah duduk mandi tiba-tiba menangis sebab dah tak tahan. Tak tahulah tak tahan apa. Satu jam juga duduk bawah shower tu. Alhamdulillah sekarang ni okay sikit walaupun rasa macam penat, tetapi hidup perlu diteruskan,” ujar seorang pengguna X.

Rasa letih itu juga bukan sahaja dirasai oleh para pekerja, malah pelajar juga berasa letih dengan pembelajaran mereka.

“Teringat semester dua paling sakit dia punya stres tu. Allah je yang tahu dengan kumpulan tugasan macam tu. Habis pembentangan je terus nangis dekat tandas,” jelas seorang warganet.

Dalam pada itu, ramai juga dilihat memberikan tips sekiranya seseorang itu berasa burnout dengan sesuatu perkara.

“Mentor saya pesan kalau kita berada di situasi yang tidak relaks, cuba tarik nafas sebanyak yang mungkin sampai kita rasa lebih tenang. Baca al-Fatihah sekali, selawat tujuh kali, tarik nafas lagi sampai la kita okay,” kata seorang lelaki.

Walaupun ramai meluahkan terpaksa menghadap stres di tempat kerja, namun kebanyakan daripada mereka tetap meneruskan tugasan seperti biasa.

Sumber: X (@faridaffy)

Apa Perlu Buat Jika Sedang Burnout?

Buat mereka yang sedang berdepan dengan masalah ini, usah risau. Terdapat lapan perkara yang anda boleh lakukan untuk mengurangkan rasa keletihan dialami menurut perkongsian oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Antaranya:

  1. Ambil masa untuk rehat seketika, termasuk mengambil cuti.
  2. Bercakap dengan seseorang yang dipercayai tentang keadaan diri anda.
  3. Uruskan emosi dengan positif dengan melakukan perkara yang dapat membantu emosi.
  4. Berikan kata-kata positif kepada diri sendiri seperti memuji kerana berjaya menyiapkan tugasan.
  5. Amalkan pengambilan makanan berkhasiat.
  6. Lakukan teknik untuk menenangkan diri seperti latihan pernafasan secara teratur.
  7. Minta bantuan profesional seperti kaunselor jika gejala dialami menjejas kualiti hidup.
  8. Tanamkan rasa puas hati terhadap segala pencapaian dalam tugasan, walaupun yang kecil.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Sering Berasa Tertekan Di Tempat Kerja? Ini Tips Elak Burnout

Baca Artikel Berkaitan: ‘Detox’ Media Sosial & 6 Lagi Jenis Rehat Jika Badan Anda Rasa ‘Burnout’


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd