Now Reading
“Jangan Lupa Gaza” – Individu Syahid Di Palestin Titip Nama Malaysia Dalam Wasiat

“Jangan Lupa Gaza” – Individu Syahid Di Palestin Titip Nama Malaysia Dalam Wasiat

Sepucuk surat sempat ditulis oleh seorang lelaki warga Palestin pada 25 Mac 2024 sebelum dirinya mati syahid dalam serangan oleh Israel.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sehingga kini, Palestin masih menerima serangan kejam dari Angkatan Pertahanan Israel (IDF) sehingga telah membunuh ratusan ribu mangsa melibatkan kanak-kanak, wanita dan warga emas.

Tindakan tidak berperikemanusiaan itu telah mendapat tentangan bukan sahaja dari rakyat Malaysia, malah masyarakat seluruh dunia turut mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan tersebut.

Banyak juga perbarisan protes yang dilakukan melibatkan pelbagai lapisan masyarakat sambil mengibarkan bendera Palestin bagi meningkatkan juga kesedaran terhadap situasi yang sedang berlaku di Gaza.


Lelaki Syahid Di Gaza Sempat Tulis Wasiat Sebelum Hembus Nafas Terakhir

Menerusi satu hantaran dimuat naik di laman X (@faisalazizfa), sebuah gambar menunjukkan sepucuk surat sempat ditulis oleh seorang lelaki warga Palestin pada 25 Mac 2024 sebelum dirinya mati syahid dalam serangan oleh Israel.

Dalam wasiat itu, individu yang menggelarkan dirinya sebagai Muhammad atau nama sebenar Muhammad Abdul Qadir Al-Husseini meluahkan rasa kecewa dengan pemimpin Arab kerana tidak mempertahankan mereka.

“Wasiat ku kepada mu: Jika aku mati dan syahid dalam perang ini, Aku tidak akan memaafkan pemimpin Arab yang mengecewakan harapan kita,” kata Muhammad dalam wasiatnya.

Lelaki tersebut turut menggambarkan kehidupan mereka yang amat sukar kerana dikepung dan tiada bekalan makanan serta minuman.

Sumber: X (@azaizamotaz9)/(@drtruthe)

Kesal kerana tiada sebarang tindakan dari pemimpin negara berhampiran, Muhammad berdoa agar dan memohon kepada Allah SWT agar balasan setimpal diberikan kepada pihak terlibat.

“Rambutku sudah berubah menjadi kelabu walaupun umurku masih muda. Semoga Tuhan tidak akan memaafkan kamu dan tidak akan memberkati kamu.

“Demi Allah, aku akan mengadu kepada Maha Pencipta tujuh lapisan syurga perbuatan kau,” luah Muhammad.

Dalam pada itu, lelaki berkenaan turut menitipkan pesanan kepada ibunya untuk tidak meratapi pemergiannya.

“Maafkan aku ibu. Aku amat menyayangi mu. Jangan tangisi pemergian ku,”

Sumber: HaniAlShaer/RTE

Sebelum mengakhiri wasiat, dia menyampaikan mesej kepada masyarakat di beberapa buah negara termasuklah Malaysia agar sentiasa mengambil berat tentang Gaza.

Aku meletakkan kepercayaan kepada anda semua untuk tidak mengabaikan Gaza. Aku merayu dan menggesa anda semua untuk melindungi Gaza. Aku amat menyayangi kalian semua. Mohon jangan kecewakan harapan kami.

Muhammad.

Dia turut memohon agar sesiapa yang menerima surat berkenaan agar menyebarkan mesej yang cuba disampaikan.


Netizen Luah Rasa Sebak Selepas Baca Surat Yang Ditulis

Rata-rata netizen yang telah membaca surat berkenaan meluahkan rasa sebak dengan pesanan terakhir yang ditinggalkan oleh Muhammad pada Mac lalu sebelum wasiat berkenaan ditemui oleh orang awam dan ditularkan di media sosial.

Malah, ada juga yang meremang roma apabila melihat nama Malaysia telah disebut dalam surat tersebut.

“Takkan tak meremang nama negara disebut wahai saudaraku. Ayuh dirikan solat dan terus istiqamah,” kata netizen.

Sementara itu, netizen turut mengirimkan bacaan Al-Fatihah kepada arwah dan mendoakan agar rohnya lebih tenang di Syurga.

Sumber: X

Gerakan Blockout 2024 Di Seluruh Dunia

Sebagai info, aktiviti blockout adalah apabila netizen memboikot kesemua selebriti atau pempengaruh yang tidak menunjukkan solidariti atau membantu rakyat Palestin yang sedang bertarung nyawa di tanah air mereka.

Bukan sekadar ‘unfollow’ di mana-mana platform media sosial, malah mereka telah bertindak menyekat (block) akaun orang ternama itu. Sebab utama mereka menyekat adalah supaya semua duit hasil tontonan pengiklanan tidak dapat disalurkan kepada selebriti atau pempengaruh terlibat.

Sumber: Pexels

Pengguna TikTok (@izwanhs) berkata terdapat beberapa faktor yang perlu diambil kira sebelum bertindak menyekat artis dan pempengaruh tempatan.

Antaranya:

  • Pernah bersuara tentang isu Palestin tetapi masih mengambil tawaran kerja membuat ulasan produk dari senarai harus diboikot.
  • Langsung tidak ambil tahu mengenai situasi yang berlaku di Palestin.
  • Selalu lihat golongan tersebut promosi barangan pro-zionis di FYP (for you page).
  • Mendiamkan diri walaupun peperangan sudah berlangsung melebihi 200 hari.
Sumber: X (@UNRWA)

Kepada anda semua, jangan berhenti menyebarkan tentang Palestin setiap hari dan mendoakan agar kemenangan akan berpihak kepada mereka pada suatu hari nanti.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Orang Ramai Mula ‘Blockout’ Selebriti & Influencer Gara-gara Didakwa Tak Cakna Isu Palestin

Baca Artikel Berkaitan: “Sebaik-baik Pengakhiran” – Jenazah Warga Palestin Berbau Harum Lepas 3 Hari Bawah Runtuhan Bangunan Undang Perhatian Ramai

Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Syahid Di Palestin Ditemui Dalam Keadaan Jari Telunjuk Diangkat, Bawa Maksud ‘Allah Yang Satu’


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd