Now Reading
[Video] Kes Pokok Tumbang Berlaku Lagi, Kenderaan Di UM Dihempap Gara-gara Ribut

[Video] Kes Pokok Tumbang Berlaku Lagi, Kenderaan Di UM Dihempap Gara-gara Ribut

Cuaca ribut yang melanda di sekitar Universiti Malaya pada 25 Mei lalu bukan sahaja membawa kerosakan kepada kenderaan individu malah bumbung bangunan juga dilihat tercabut.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sejak belakangan ini, banyak kes melibatkan pokok tumbang dilaporkan berlaku di seluruh negara akibat ribut yang melanda.

Seperti sebelum ini, kejadian pokok tumbang dilaporkan berlaku di Jalan Sultan Ismail berhadapan Hotel Concorde, Kuala Lumpur pada 7 Mei lalu. Insiden berkenaan telah meragut satu nyawa melibatkan seorang lelaki warga tempatan.

Selain itu, sebanyak 17 buah kenderaan dan juga landasan monorel telah dihalang oleh kerana dahan-dahan pokok yang tumbang.

Baca Artikel Berkaitan: Insiden Pokok Tumbang Di Jalan Sultan Ismail KL Ragut Satu Nyawa, Seorang Lagi Cedera

Tidak lama kemudiannya, berlaku lagi beberapa insiden serupa namun tidak mengakibatkan kehilangan nyawa.


Banyak Pokok Tumbang Di Universiti Malaya

Pada hujung minggu lalu, tular satu hantaran di laman X (Twitter @AlifMuamin), menyaksikan detik cemas yang berlaku di Universiti Malaya (UM), Kuala Lumpur pada Sabtu (25 Mei).

Difahamkan, ribut telah melanda di kawasan tersebut sehingga menyebabkan banyak pokok tumbang sekaligus menghempap banyak kenderaan yang diletakkan di kawasan parkir.

Sumber: X (@AlifMuamin)

“Kawan baru tukar bumper dah kena hempap kereta dengan pokok,” kata pemilik akaun dikenali sebagai Alif Muamin.

Menerusi video dikongsi, ribut kencang tersebut bukan sahaja membawa kerosakan kepada kenderaan malah ia juga telah merosakkan fasiliti lain seperti bumbung bangunan yang tercabut, batu konkrit pecah dan banyak lagi.


Kerosakan Harta Benda Peribadi Perlu Dimaklumkan Ke Pihak Pengurusan UM

Cakna dengan situasi berlaku, pihak pengurusan UM telah mengeluarkan satu kenyataan kepada semua individu terlibat.

Mereka diminta untuk melaporkan kerosakan kenderaan peribadi kepada pihak polis dalam masa 24 jam dan perlu ke pejabat Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan Harta Benda (JPPHB) bagi proses tuntutan.

Pelajar yang mengalami sebarang kerosakan di bilik kediaman kolej juga diminta untuk memaklumkannya kepada pihak pengurusan agar tindakan lanjut boleh diambil.


Netizen Bimbang Kes Pokok Tumbang Kerap Kali Berlaku

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berasa bimbang melihat kes pokok tumbang yang semakin kerap berlaku di kawasan ibu kota.

“Tengok keadaan cuaca dekat KL sekarang ni dah makin teruk. Aku kalau memandu semasa hujan dekat KL ni pun mengucap je sepanjang drive,” kata seorang lelaki.

Sementara itu, ramai juga memberi saranan kepada pemilik kenderaan untuk mengambil perlindungan Special Perils untuk kegunaan waktu kecemasan.

“Satu je nak pesan. Duduk KL atau Selangor jangan la kedekut nak ambil takaful Special Perils (perlindungan ketika bencana alam) untuk kereta dan motor. Kita tak tahu apa yang akan terjadi. Sekurang-kurangnya dapat cover kos untuk baiki,” jelas seorang warganet.

Malah, ada juga yang mempersoalkan mengapa banyak kes pokok tumbang berlaku sejak belakangan ini.

“Aku sceptical. Kenapa lately banyak pokok tumbang dan semua di tengah-tengah KL pula tu. Nak kata sebab cuaca pun ya, boleh jadi tidak. Sebelum ni tak pernah jadi macam ni. Sesuatu yang perlu dikaji,” ulas seorang pengguna X.

Sumber: X (@AlifMuamin)

Kenapa Semakin Banyak Pokok Tumbang?

Secara amnya, pokok boleh bertahan dalam keadaan cuaca buruk, tetapi terdapat beberapa faktor menyebabkan pokok yang kelihatan sihat untuk tumbang.

Sumber: Pexels

Antaranya puncanya adalah seperti berikut:

  • Sistem akar yang lemah.
  • Tanah yang tepu.
  • Pokok tidak stabil.
  • Pokok sudah rosak akibat dahan berpenyakit atau terbelah.

Baca Artikel Berkaitan: Insiden Pokok Tumbang: Ini Sebab & Cara Untuk Elak Kejadian Sama

Baca Artikel Berkaitan: DBKL Diarah Tebang Pokok Berisiko Tinggi Dengan Kadar Segera – Dr Zaliha


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd