Now Reading
Pelancong Asing Buat Konten Baca Ayat Al-Quran Depan Batu Caves Dikecam Ramai

Pelancong Asing Buat Konten Baca Ayat Al-Quran Depan Batu Caves Dikecam Ramai

Seorang pelancong dikenali sebagai Abdeen itu dilihat sedang membaca petikan surah al-Anbiya di depan kuil Batu Caves.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Seperti semua sedia maklum, Malaysia terdiri daripada pelbagai agama di mana setiap individu diberikan kebebasan untuk memilih. Sebagai contoh agama Islam, Buddha, Hindu, Kristian dan lain-lain.

Oleh disebabkan itu, adalah penting bagi setiap masyarakat menjaga adab agar tiada persefahaman antara penganut berlaku.

Hal ini juga bagi memastikan keharmonian dalam negara sentiasa terjamin dan setiap individu boleh hidup dengan tenang serta sejahtera.


Pelancong Baca Petikan Ayat al-Quran Depan Kuil Batu Caves

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@AbdeenTube) apabila seorang pengasas akademi membaca al-Quran dikenali sebagai Abdeen sedang membaca satu petikan ayat dari kitab suci.

Kebiasaannya, konten Abdeen di media sosial adalah dengan melakukan ‘social experiment’ bersama orang awam, sama ada mereka boleh membaca mana-mana ayat al-Quran ataupun tidak.

Namun lain pula kali ini, Abdeen telah membacanya di hadapan kuil agama Hindu iaitu Batu Caves, Selangor.

Abdeen dilihat membaca petikan surah al-Anbiya ayat ke-66 di mana Nabi Ibrahim (Ibrahim) berkata, “Mengapa kamu menyembah selain Allah, sesuatu yang tidak dapat memberi manfaat sedikit pun, dan tidak (pula) mendatangkan mudarat kepada kamu?” di depan Tugu Dewa Muruggan.

@abdeentube [Ibrahim (Abraham)] said: "Do you then worship besides Allah, things that can neither profit you, nor harm you? Uff to you and to what you worship instead of Allah. Then will you not use reason?" #abdeen #share #tiktok #like #trending #arabic #arab #quran #tiktok #fyp #foryoupage #foryou #maleysia ♬ origineel geluid – AbdeenTube

Wanita Berang Dengan Perbuatan Pelancong Itu

Hantaran itu bagaimanapun telah mendapat perhatian selepas dimuat naik semula di laman X (Twitter @thesharktattooo).

Jelas pemilik akaun dikenali sebagai Diya, perbuatan pelancong yang membaca ayat Quran di hadapan tempat ibadah penganut agama lain tersebut adalah tidak sopan.

Malah, dia juga berkata mana-mana netizen yang menyokong perbuatan tersebut di ruangan komen adalah bersifat rasis.

Meletakkan agama lain seperti ini hanya untuk masuk syurga adalah dosa yang tidak boleh diampunkan dalam banyak agama. Saya berdoa agar anda diampuni dan saya berdoa agar anda mendapat ketenangan.

Diya.

PDRM Minta Diya Lakukan Laporan Polis

Cakna tentang isu ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi ciapan balas di Twitter (@PDRMsia) telah meminta Diya untuk tampil ke mana-mana balai polis berdekatan bagi membuat laporan mengenai kes agar tindakan lanjut boleh diambil.


Netizen Beri Pelbagai Reaksi Tentang Perbuatan Abdeen

Menjengah ke ruangan komen, segelintir netizen berpendapat setiap orang yang mahu berdakwah harus melakukannya dengan hormat tanpa menyinggung perasaan penganut lain.

“Sebagai seorang Muslim di Malaysia, saya suka bila orang berdakwah dengan cara yang halus dan penuh hormat. Tidak rasa hormat langsung apabila menjejakkan kaki ke tempat ibadah agama lain untuk berdakwah,” kata seorang wanita.

Malah, ada juga yang menzahirkan mohon maaf daripada pihak Abdeen kepada Diya jikalau perbuatan tersebut telah menyinggung perasaannya.

“Sebagai seorang Muslim, saya nak minta maaf atas kelakuannya (Abdeen). Ada pelancong asing yang tidak tahu tentang undang-undang di Malaysia,” jelas seorang lelaki.

Ramai juga yang berkata perkara sebegini tidak diajar dalam agama Islam.

“Islam tidak mengajar penganutnya merendahkan agama lain malah mengajar umatnya saling menghormati berlainan agama. Lelaki ini tidak menonjolkan apa yang diajar oleh Islam,” jelas seorang warganet.

Sumber: X (@thesharktattooo)

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Isu Stokin Kalimah Allah Sangat Sensitif Bagi Umat Islam – Ustaz Elyas Ismail

Baca Artikel Berkaitan: DarSA Fried Chicken Mohon Maaf Selepas Didakwa Tulis Komen Berbaur Perkauman Di Media Sosial


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd