Now Reading
Jarak 59 KM, Ejen Hartanah Letak Iklan Rumah Untuk Dijual Berhampiran KLCC, Rupanya Di Nilai

Jarak 59 KM, Ejen Hartanah Letak Iklan Rumah Untuk Dijual Berhampiran KLCC, Rupanya Di Nilai

Jarak antara rumah di Nilai itu dan KLCC yang dikatakan ‘dekat’ adalah sejauh 59 kilometer serta mengambil masa sekitar 46 minit.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sebelum seseorang memilih kediaman untuk dibeli atau disewakan sebagai tempat tinggal, pelbagai faktor akan diambil kira seperti jarak ke tempat kerja, jarak ke stesen LRT dan sebagainya.

Sebagai ejen hartanah, pastinya mereka akan cuba sedaya upaya untuk menjadikan iklan rumah yang mahu diniagakan kelihatan menarik dan mendapat permintaan ramai.

Jika di ibu kota, antara strategi yang sering digunakan untuk mengiklankan rumah adalah dengan menyatakan jarak ke lokasi popular seperti KLCC sebagaimana yang dilakukan oleh seorang ejen hartanah ini.


Ejen Hartanah Dakwa Rumah Di Nili Berhampiran Dengan KLCC

Menerusi ciapan dimuat naik semula di laman X (@stratcommPMX), seorang ejen hartanah dilihat mengiklankan sebuah rumah dipercayai di Nilai, Negeri Sembilan di sebuah laman Facebook Rumah Bawah Rm300k.

Dalam iklan berkenaan, ejen tersebut memaklumkan bahawa pemilik rumah telah menurunkan harga kepada RM160,000 sahaja dan mendakwa lokasi kediaman berkenaan berhampiran dengan KLCC.

Walau bagaimanapun, jarak antara rumah di Nilai itu dan KLCC yang dikatakan ‘dekat’ adalah sejauh 59 kilometer dan mengambil masa sekitar 46 minit perjalanan menaiki kereta.

Itu pun kalau jalan tak sesak ya.


Netizen Tak Puas Hati Dengan Iklan Rumah Yang Kononnya Berhampiran KLCC

Iklan tersebut yang menggunakan nilai tambah yang kononnya dekat dengan KLCC mencetuskan rasa tidak puas hati di kalangan netizen.

Jika dilihat semula, jarak 59 kilometer itu bukanlah jarak yang boleh dikatakan berhampiran dengan KLCC.

“Aku yang jarak lapan kilometer dari KLCC pun terasa jauhnya malas nak memandu apa semua. Ini 59 kilometer dikatanya berhampiran,” kata netizen.

Ada juga netizen yang berpendapat ejen berkenaan sepatutnya mengiklankan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebagai lokasi berhampiran untuk menarik minat.

“Nak tulis KLIA silap tulis KLCC,” kata netizen.

Sementara itu, seorang netizen pula berkata dia juga mempunyai pengalaman hampir sama di kawasan perumahannya.

“Sama la area rumah aku. Siap ada signboard ke Mid Valley ke kanan kononnya. Padahal Mid Valley tu 40 kilometer lagi,” ujar netizen.

Sumber: X

Kalau bercakap tentang rumah untuk dijual atau disewakan, pelbagai ragam yang korang akan nampak terutamanya bagi penyewaan mengikut bilik.

Sebelum ini, terdapat satu iklan bilik sewa seorang diri dengan harga RM300 di Kuala Lumpur dan saiz yang terlalu kecil sehingga ramai mengatakan ia seolah-olah sama seperti keranda.

Bukan itu sahaja, ada juga bilik sewa yang hanya mempunyai rangka katil, tilam, almari kayu dan sekeliling ‘bilik’ itu ditutup dengan penghadang tinggi kononnya berfungsi sebagai dinding.

Kalau sekali tengok, mungkin ada yang ingat ruang tersebut adalah bilik persalinan dan bukannya bilik untuk seseorang berehat dan tidur.

Baca Artikel Berkaitan: “Ingatkan Fitting Room”- Netizen Terkedu Bilik Sewa Siap Ada Penghadang Dinding

Baca Artikel Berkaitan: Iklan Bilik Sewa Sekecil ‘Keranda’ Di Cheras Buat Ramai Geleng Kepala

Baca Artikel Berkaitan: Penyewa Selamba Tak Bayar Sewa Rumah Lebih 4 Tahun Siap Ada Tunggakan Bil Elektrik RM21,000 Raih Perhatian Ramai

Sumber: X @ericasofia

Senarai Laman Web Kepada Anda Yang Ingin Mencari Tempat Tinggal

Tidak dinafikan, nak dapat bilik atau rumah sewa dengan harga yang berpatutan dan berbaloi dengan saiznya memang agak sukar, lebih-lebih lagi di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

Kepada anda yang sedang mencari bilik atau rumah sewa ‘berhampiran KLCC’, jom kami bantu anda dengan menyenaraikan beberapa portal atas talian yang boleh membantu urusan anda.

Antaranya:


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd