Now Reading
[Video] Demi Elak Kasut Basah Terkena Air Bertakung, ‘Pak Guard’ Sanggup Angkat Setiap Murid

[Video] Demi Elak Kasut Basah Terkena Air Bertakung, ‘Pak Guard’ Sanggup Angkat Setiap Murid

Difahamkan pengawal keselamatan di sekolah itu berulang-alik mendukung setiap seorang pelajar ke kereta ibu bapa bagi mengelakkan daripada mereka perlu meredah air bertakung.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Setiap sekolah pasti akan mempunyai pengawal keselamatan yang ditugaskan untuk menjaga keselamatan premis berkenaan.

Mereka jugalah orang pertama yang akan berada di luar pagar sekolah sambil memantau keadaan ketika ibu bapa menghantar dan mengambil anak-anak dari sekolah.

Kadangkala pengawal keselamatan atau turut digelar ‘pak guard’ ini yang akan menemani pelajar-pelajar yang balik lambat sekiranya dijemput lewat oleh ibu bapa.


Pengawal Keselamatan Sekolah Angkat Murid Redah Takungan Air

Berbicara tentang pengawal keselamatan, satu video dimuat naik di laman TikTok (@tahilalat83) menunjukkan situasi dipercayai di hadapan sebuah sekolah yang telah ditakungi air berwarna keruh akibat hujan.

Situasi tersebut menyebabkan ramai murid yang terkandas dan tidak boleh keluar dari pagar kerana dikhuatiri akan menyebabkan kasut mereka dimasuki air.

Namun tindakan terpuji pengawal keselamatan berpakaian hujan dan selipar di sekolah berkenaan telah mendapat perhatian apabila dia dilihat sanggup mendukung murid sambil memayungkan mereka.

Sumber: TikTok @tahilalat83

Difahamkan pekerja itu berulang-alik mendukung atau mengangkat setiap seorang pelajar ke kereta ibu bapa mereka.

Dalam keadaan hujan semasa menjalankan tugas, pengawal keselamatan berkenaan dilihat sempat mengukir senyuman meskipun terpaksa berdepan cuaca buruk.

“Bila kau ikhlas dengan tugas dan bekerja demi mencari rezeki kerana Allah SWT. Jelas terpancar pada senyuman,” tulis pengguna TikTok di ruangan kapsyen.

Video tersebut telah meraih 42,100 jumlah tontonan setakat artikel ini ditulis.

https://www.tiktok.com/@tahilalat83/video/7369945612877384976

Netizen Puji Kebaikan Pengawal Keselamatan Dengan Murid Sekolah

Menjengah di ruangan kome video itu, ramai netizen yang berterima kasih atas kebaikan yang dilakukan oleh pengawal keselamatan tersebut kerana membantu pergerakan murid-murid semasa cuaca hujan.

Malah, ada juga netizen yang berkongsi pengalaman sama semasa mahu mengambil anak-anak mereka di sekolah.

“Macam sekolah saya, Aunty India jadi guard bagus sangat. Kalau hujan, dia payungkan anak-anak dekat lampu isyarat masa nak lintas. Macam saya pula OKU, dia nampak saya je, terus dia pergi cari anak dekat dalam, siap pegang tangan. Risau dia,” kata netizen.

Netizen juga berharap kebaikan yang dilakukan itu turut dijadikan contoh kepada pengawal keselamatan lain di sekolah.

“Abang guard macam ni yang kami perlukan, bukan yang duduk terpacak peluk tubuh saja bila pelajar keluar,” ujar netizen.

Sumber: TikTok

Kalau pak guard ini sudah tidak berkhidmat di sana lagi, mesti ramai pelajar yang akn merinduinya dan akan sentiasa mengingati jasa-jasa semasa bertugas di sekolah tersebut.

Bukan setakat murid sahaja, ibu bapa mereka juga pastinya akan menghargai kebaikan yang dilakukan oleh pengawal keselamatan ini bagi menjaga kebajikan murid-murid.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] “Uncle Baik” – Ramai Sebak Lihat Para Murid Cium Tangan & Beri Hadiah Pada Pak Guard Di Majlis Perpisahan

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Sebak Tengok Pak Guard Ada RM5 Je, Pemuda Ini Belanja Nasi Berlauk Di Kedai Mamak

Baca Artikel Berkaitan: ‘Guard’ Terima Anugerah Dari YDPA Kerana Sering Bantu Pelawat Di Hospital


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd