Now Reading
[Video] DBKL Jelaskan Mengapa Bukan Semua Pokok Di KL Adalah Tanggungjawab Mereka

[Video] DBKL Jelaskan Mengapa Bukan Semua Pokok Di KL Adalah Tanggungjawab Mereka

Bagi pokok awam yang dijaga oleh DBKL, pihak mereka akan melakukan pemantauan berkala jika berlaku bahaya atau apa-apa aduan yang diterima dari orang ramai.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Beberapa kejadian pokok tumbang yang berlaku sekitar Lembah Klang sejak akhir-akhir ini membuatkan sesetengah pihak bimbang untuk berada di kawasan berhampiran pokok ketika cuaca hujan lebat.

Kerisauan masyarakat semakin memuncak selepas seorang lelaki maut kerana kereta yang dipandunya dihempap pokok besar dalam satu insiden di di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur pada 7 Mei lalu.

Selepas kejadian itu, wujud pihak yang mengarahkan agar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) segera mengambil tindakan untuk melakukan pemeriksaan pokok-pokok di sekitar ibu kota.

Baca Artikel Berkaitan: DBKL Diarah Tebang Pokok Berisiko Tinggi Dengan Kadar Segera – Dr Zaliha


DBKL Jelaskan Tidak Semua Pokok Di KL Adalah Tanggungjawab Mereka

Menerusi video dimuat naik di laman TikTok (@friendsofdbkl), pihak DBKL menjelaskan terdapat dua jenis pokok di Kuala Lumpur iaitu pokok awam dan juga pokok persendirian.

Jelasnya, pihak DBKL hanya akan bertangungjawab terdapat pokok awam manakala pokok persendirian pula adalah di bawah tanggungjawab individu persendirian.

Kalau pokok persendirian, korang kena kaji, jaga dan maintain sendiri. Macam korang sendidi tanam pokok kat rumah. Korang sendiri yang bertanggungjawab untuk kaji, jaga dan maintain pokok ni.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Bagi pokok awam yang dijaga oleh DBKL, pihak mereka akan melakukan pemantauan berkala jika berlaku bahaya atau apa-apa aduan yang diterima dari orang ramai.

DBKL turut menjelaskan bahawa setiap pokok tidak mempunyai had limit usia tetapi mereka akan memastikan tumbuhan berkenaan sentiasa dalam keadaan baik dan akan ditebang jika keadaannya yang semakin teruk.

Sebelum mengakhiri video, pihak DBKL menasihati masyarakat untuk segera membuat laporan kepada mereka sekiranya terlihat mana-mana pokok yang berisiko untuk mendatangkan bahaya.

Aduan tersebut boleh dilakukan menerusi laman web Sistem Pengaduan Awam Kuala Lumpur (adu@kl).


Pokok Yang Tumbang Di Jalan Sultan Ismail KL Adalah Di Kawasan Persendirian

Memetik laporan Kosmo, DBKL memaklumkan pokok yang tumbang di Jalan Sultan Ismail, KL pada 7 Mei lalu adalah di atas tanah persendirian.

Ia secara tidak langsung menjadikan pokok berkenaan di bawah tanggungjawab pemilik tanah dan bukannya DBKL.

Sumber: Facebook Amran Ali

DBKL juga telah menebang 147 pokok selepas mengenal pasti 175 pokok yang berisiko tinggi di mana ia dipercayai sudah berusia lebih daripada 50 tahun.

Jelas DBKL, pokok yang berisiko itu dirujuk sebagai pokok yang mempunyai potensi untuk mengalami kegagalan struktur dan tumbang.

Untuk makluman, pemeriksaan berkala telah dilaksanakan oleh Arborist bertauliah dan pemeriksaan terakhir adalah pada Februari 2024 di mana 28 pokok telah dikenal pasti akan ditebang dalam tempoh terdekat.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Anwar Ibrahim Arahkan Tanam 100 Batang Pokok Untuk Setiap Pokok Yang Ditebang

Dalam usaha untuk mengurangkan risiko kejadian pokok tumbang berulang, pihak DBKL kini giat menebang pokok yang berisiko.

Pada masa yang sama, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mengarahkan DBKL agar menanam semula 100 pokok baru bagi setiap satu pokok yang ditebang.

Arahan itu telah diberikan kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Kamarulzaman Mat Salleh menerusi ciapan yang dimuat di laman X (@anwaribrahim) pada hari ini (15 Mei).


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd