Now Reading
[Video] Aksi Orang Utan Minum Air Dari Peti Sejuk Gara-gara Cuaca Panas Bikin Ramai Terhibur

[Video] Aksi Orang Utan Minum Air Dari Peti Sejuk Gara-gara Cuaca Panas Bikin Ramai Terhibur

Seekor orang utan dilihat dengan bersahaja minum air dari peti sejuk Keruing Cafe yang terletak di Rainforest Discovery Centre (RDC) Sepilok, Sandakan, Sabah.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Semalam (12 Mei), Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca panas gelombang haba tahap satu di tiga kawasan di Sabah iaitu Kota Marudu, Beluran dan Tenom.

Cuaca panas pada ketika ini membuatkan orang ramai melakukan pelbagai cara untuk menyejukkan tubuh badan.

Bukan sahaja masyarakat sekitar, malah haiwan juga terkesan dengan cuaca panas yang melanda.


Orang Utan Selamba Minum Air Dari Peti Ais Di Kafe Sepilok

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman Facebook Arthur Chung menyaksikan satu situasi tidak dijangka apabila seekor orang utan dilihat dengan bersahaja memasuki sebuah kedai makan.

Kedai makan tersebut dikenali sebagai Keruing Cafe yang terletak di Rainforest Discovery Centre (RDC) Sepilok, Sandakan, Sabah.

Menerusi video perkongsian, kelihatan orang utan tersebut sedang memilih minuman di dalam peti sejuk.

Sumber: Facebook Arthur Chung

Selepas minum sekotak air manis, haiwan itu telah duduk bersila sebentar di kafe tersebut dan berlalu pergi membawa sekotak minuman yang lain.

Menurut pemilik akaun dikenali sebagai Arthur, aksi bersahaja orang utan itu adalah berikutan dengan cuaca panas yang melanda di kawasan sana. Comel je!


Netizen Terhibur Lihat Telatah Orang Utan Itu

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dilihat terhibur dengan gelagat comel orang utan tersebut. Malah ada yang berjenaka dengan berkata haiwan tersebut sepatutnya membayar bil untuk minuman berkenaan.

“Jejak cap jari. Hantar bil ke Sepilok,” kata seorang individu.

Malah, ada yang berseloroh dengan berkata orang utan itu tidak mahu membayar kerana Sepilok merupakan kawasannya.

“Itu tempat asal dia (orang utan), mana dia mahu bayar,” ujar seorang lelaki.

Sementara itu, ada pelancong yang mendedahkan bahawa orang utan bukan sahaja datang ke kafe, tetapi turut menyinggah ke lokasi penginapan sewaktu berada di Sabah.

“Orang utan bukan sahaja menyelongkar Keruing Cafe. Ia pergi hingga ke tempat kami di MY Nature Resort dan duduk di kaunter seperti seorang pengurus,” jelas seorang lelaki.

Sumber: Facebook Arthur Chung

Baca Artikel Berkaitan: Pengunjung Zoo Nak Buat Konten Video, Sekali Kena Tarik Dengan Orang Utan

Baca Artikel Berkaitan: ‘Cool’ Mama Orangutan Rocking Sunglasses At Indonesian Zoo

Baca Artikel Berkaitan: Dah Macam Manusia, Video Orang Utan Hisap Rokok Cetus Kemarahan


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd