Now Reading
Topik Ambil Pinjaman Bank Untuk Pergi Haji & Umrah Jadi Perdebatan Di Media Sosial

Topik Ambil Pinjaman Bank Untuk Pergi Haji & Umrah Jadi Perdebatan Di Media Sosial

Perkara ini menjadi perdebatan dalam kalangan netizen selepas Bank Islam menawarkan pakej pembiayaan peribadi kepada umat Islam di Malaysia yang mahu mengerjakan umrah dan haji.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Setiap umat Islam pastinya mempunyai impian untuk berkunjung ke kota suci Mekah dan Madinah bagi menunaikan ibadah haji serta umrah.

Namun Pengerusi Lembaga Tabung Haji pada tahun lalu telah memaklumkan bahawa kos ibadah haji akan meningkat sebanyak 11% pada tahun ini disebabkan perubahan pada sistem permohonan visa oleh kerajaan Arab Saudi.

Punca lain mendorong kepada peningkatan kos haji ini adalah disebabkan faktor luaran yang tidak boleh dikawal sehingga mempengaruhi caj bayaran penginapan, pengangkutan, penerbangan, makan dan minum serta caj perkhidmatan lain.

Selain itu, aspek pertukaran matawang asing turut memberi implikasi kepada peningkatan kos haji.

Baca Artikel Berkaitan: Kos Ibadah Haji Dijangka Naik 11% Tahun Depan

Baca Artikel Berkaitan: Jasa Pengasas Lembaga Tabung Haji Banyak Bantu Rakyat Malaysia Tunai Haji

Baca Artikel Berkaitan: “Lama Sangat Buat Haji Sampai 40 Hari” – Lelaki Perjelas Sebab Jemaah Malaysia Ambil Masa Lama


Pinjaman Kewangan Dari Bank Ditawarkan Untuk Tunai Umrah Dan Haji

Baru-baru ini, Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd (Andalusia Travel) dan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) telah menandatangani satu pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) bagi pakej pembiayaan peribadi kepada umat Islam di Malaysia yang mahu mengerjakan umrah dan haji.

Sumber: Pexels

Sebagai pelopor Kewangan Islam di negara ini, kami amat berbangga untuk menjadi hab penyelesaian kewangan sehenti melalui penyediaan pelbagai produk dan perkhidmatan yang memenuhi keperluan serta kehendak pelanggan yang berhasrat menunaikan umrah dan haji. Kami membantu mencukupkan simpanan ke Tanah Suci melalui kemudahan pembiayaan peribadi.

Ketua Pegawai Kumpulan Perniagaan Runcit Bank Islam, Mizan Masram.

Pada masa sama, pengarah merangkap penasihat Andalusia Travel, Ida Riswana Idris berkata orang ramai tidak perlu teragak-agak untuk membuat permohonan pinjaman kerana sudah merujuk kepada Muzakarah Haji dan Fatwa Kebangsaan yang mengharuskan perkara berkenaan dengan mematuhi tiga syarat.

Sumber: Pexels

Antaranya pinjaman kewangan yang dilakukan itu tidak mempunyai unsur riba selain pemohon hendaklah mempunyai pendapatan yang melebihi sara diri serta orang dalam tanggungannya untuk melunaskan hutang dan perbelanjaan mengerjakan umrah dan haji. Mereka yang mendapatkan pembiayaan umrah atau haji ini adalah berlandaskan konsep ‘pembayaran tertangguh’ bagi memudahkan pengurusan kewangan peribadi tanpa perlu menjual segala harta mereka.

Pengarah dan penasihat Andalusia Travel, Ida Riswana Idris.

Memetik Berita Harian, Ketua Pegawai Kumpulan Perniagaan Runcit Bank Islam, Mizan Masram menjelaskan jumlah minimum bagi pinjaman dengan tujuan tersebut adalah RM10,000 dengan tempoh pembayaran balik sehingga 10 tahun.

Sumber: Pexels

Pinjaman Bank Untuk Tunai Haji Jadi Perbincangan Netizen

Susulan itu, inisiatif pinjaman kewangan ini telah menjadi perbincangan dalam kalangan netizen di media sosial.

Seorang pengguna X (Twitter @acaiijawa) mempersoalkan dari segi kemampuan seseorang dari segi harta untuk menyelesaikan pembayaran ibadah haji serta umrah.

“Adakah kemampuan membayar menggunakan wang tunai itu baru dia dikira sebagai mampu?”, tanya pengguna Twitter tersebut.

Katanya lagi, maksud mampu agak sukar untuk didefinisikan kerana setiap orang mempunyai kemampuan yang berbeza.

Contoh, seseorang yang memang mampu bayar installment rumah RM800k, kereta RM200k, beberapa personal loan, kad kredit. Atau seseorang yang ada harta tetap lebih dari RM1 juta seperti rumah sewa dan beberapa bidang tanah. Atau seorang yang tiada cash banyak tapi hidupnya mewah melebihi kebiasaan. Duit gaji habis begitu sahaja. Gaji sekitar RM8-10k. Bila mereka ini dapat tawaran haji, atau ada peluang tunaikan haji. Adakah kita boleh cakap mereka ni ‘belum mampu’ dari sudut harta sebab tiada cash RM30-40k?

Pengguna X.

Jurang Golongan Kaya-Miskin Semakin Meluas

Ciapan tersebut kemudiannya mendapat perhatian netizen yang lain dan mereka turut memberikan pendapat masing-masing mengenai hal ini.

Sesetengah netizen berpendapat bahawa melakukan pinjaman kewangan untuk melaksanakan haji adalah perkara yang tidak sepatutunya kerana akan membuatkan para jemaah terpaksa berhutang.

“Benda yang nampak make financial sense, tapi sebenarnya punca jurang kemiskinan makin luas dan inflasi,” kata netizen


Pinjaman Bank Boleh Mempermudahkan Urusan

Namun, ada juga netizen yang bersetuju bahawa definisi berkemampuan itu adalah boleh menimbulkan perdebatan kerana mengikut gaya hidup segelintir masyarakat yang berlainan.

Netizen turut berpandangan bahawa tawaran pinjaman kewangan yang diberikan oleh pihak bank adalah suatu perkara yang boleh mempermudahkan.

“Mungkin okey berhutang untuk haji kerana sukar untuk mendapatkan amaun dalam masa singkat. Contoh menunggu liquidify aset. Selain itu, jatuh tak mampu,” ujar netizen.

Isu ini turut mendapat perhatian di Facebook selepas Andalusia memuat naik hantaran mengenai perkara itu.


Apa Pula Pandangan Dari Ustaz?

Menerusi video dimuat naik di laman YouTube, penceramah bebas Ustaz Azhar Idrus pernah memberi pencerahan tentang apakah maksud sebenar berkemampuan untuk menunaikan haji.

Ustaz Azhar Idrus atau juga dikenali sebagai UAI menjelaskan bahawa ibadah haji hukumnya tidak wajib kecuali bagi mereka yang mampu untuk menyediakan perjalanan tambang pergi dan balik ke kota suci tersebut.

Ramai orang Melayu fikir kena ada duit tunai baru dikira mampu. Salah tu. Mampu yang dimaksudkan adalah duit tunai atau harta yang boleh ditunaikan. Maknanya kalau ada kenderaan yang tidak kerap digunakan, wajib jual. Kalau ada rumah ketiga yang tidak didiami, wajib jual. Kalau tak pergi, berdosa.

Ustaz Azhar Idrus.

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd