Now Reading
[Foto] Demi Kenang Jasa, Murid Ini Lukis Potret Guru Ala Pendekar Untuk Hadiah Persaraan

[Foto] Demi Kenang Jasa, Murid Ini Lukis Potret Guru Ala Pendekar Untuk Hadiah Persaraan

Menurut murid perempuan dikenali sebagai Aqilah Sofea, dia menghabiskan masa selama lapan jam sahaja untuk melukis potret tersebut.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Majlis persaraan guru merupakan satu acara besar-besaran yang sudah menjadi norma diadakan ketika alam persekolahan.

Majlis tersebut dianjurkan bagi memberi penghargaan kepada guru yang sudah banyak berjasa kepada sekolah selain mendidik anak murid dengan penuh sabar dan kesungguhan.

Momen yang dipenuhi dengan kesedihan bagi melepaskan guru tercinta juga diiringi dengan pemberian hadiah daripada para pendidik lain serta anak murid.


Murid Lukis Potret Guru Sebagai Hadiah Persaraan

Kebiasaannya, anak murid akan memberikan hadiah seperti jam tangan, hamper, gelas minuman, dan sebagainya. Namun hadiah yang diberikan oleh seorang anak murid ini sememangnya lain daripada lain dan amat mengagumkan.

Menerusi satu perkongsian tular di laman TikTok (@orked.08), kelihatan seorang murid perempuan sedang memberi hadiah kepada guru kesayangan dikenali sebagai Cikgu Zulkifhry yang akan memulakan alam persaraan.

Sumber: TikTok (@orked.08)

Difahamkan, murid perempuan bernama Aqilah Sofea itu merupakan penuntut Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Garuda, Kuantan.

Perkara yang mengundang perhatian ramai adalah apabila Aqilah, 16, memberi potret lukisan guru subjek Bahasa Melayu itu sebagai hadiah. Lukisan bertemakan ala pendekar Melayu tersebut dilukis hasil karya sendiri dan bukannya ditempah dari mana-mana pihak.

Aqilah telah menghulurkan hadiah terakhir kepada guru berkenaan di atas pentas.


Potret Guru Bersama 2 Ekor Harimau

Potret itu bukan sahaja mempunyai gambaran Cikgu Zulkifhry, malah terdapat juga ilustrasi dua ekor harimau di sebelahnya. Sekali pandang memang nampak ‘real’ ya harimau tersebut.

Guru yang menerima potret berkenaan dilihat mengukirkan senyuman semasa menerima hadiah itu seakan-akan berbangga dengan hasil karya oleh Aqilah.

Apa yang lebih hebat adalah dia hanya meluangkan masa selama lapan jam sahaja bagi menyiapkan lukisan tersebut. Memang power!

Sumber: TikTok (@orked.08)

Netizen Kagum Lihat Hasil Lukisan Aqilah

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai memuji hasil lukisan yang cantik oleh Aqilah.

“Terbaik. Saya tak sedar pun ia sebuah lukisan (pada awalnya),” ujar seorang netizen.

Sumber: TikTok (@orked.08)

Malah, ada juga individu yang berkata dia akan berasa sebak jika menerima hadiah sebegitu rupa.

“Saya akan nangis jika dia (guru) adalah saya. Ia kelihatan sangat menakjubkan. Dia mesti guru yang baik sehingga awak sanggup buat itu (lukis potret),” kata seorang wanita.

Sumber: TikTok (@orked.08)

Sementara itu, lukisan cantik oleh Aqilah membuatkan segelintir warganet terinspirasi untuk mengasah bakat yang sama.

“That is so cool. Saya bercita-cita untuk jadi berbakat seperti awak (Aqilah),” jelas seorang individu.

Sumber: TikTok (@orked.08)

Murid Beri Hadiah Barangan Jenama Smiggle Kepada Rakan-rakan Sekelas

Pemberian hadiah adalah satu kebiasaan di sekolah sekiranya guru atau murid mahu berpindah ke tempat lain. Seperti sebelum ini, ibu bapa kepada murid telah menaja barangan jenama Smiggle dan Kate Spade kepada rakan-rakan anaknya.

Hadiah tersebut diberikan bersempena dengan perpisahan murid lelaki dikenali sebagai Harith bersama rakan sekelas yang lain.

Sumber: TikTok @nurashikindin

Akibat berasa sebak melihat anak bersedih, ibu bapa kepada Harith telah menuruti pemintaan si kecil yang mahu memberikan hadiah kepada rakan-rakan tersebut.

Perkongsian itu mendapat reaksi positif daripada netizen yang memuji sikap pemurah ibu bapa untuk memberikan hadiah berjenama kepada anak murid yang lain.

Baca Artikel Berkaitan: Ibu Bapa Sponsor Smiggle & Kate Spade Buat Rakan Sekolah Sempena Anak Pindah Sekolah


Idea Hadiah Untuk Guru Bersara

Buat para murid yang sedang pening mencari hadiah buat para guru yang akan menamatkan perkhidmatan tidak lama lagi, usah risau.

Di sini kami kongsikan senarai idea hadiah yang anda boleh berikan kepada guru kesayangan sebagai kenangan. Antaranya:

Sumber: Pexels/On Tahoe Time
  • Dompet.
  • Set Tupperware.
  • Frame gambar.
  • Pasu bunga.
  • Cenderahati ukiran kayu.
  • Ukiran tulisan khat.
  • Sejadah.
  • Rehal kayu.

Baca Artikel Berkaitan: Bekas Anak Didik Pakat Kumpul Duit Hadiahkan Kereta Untuk Cikgu Bersara

Baca Artikel Berkaitan: Pelajar Tak Sangka, Cikgu Hadiahkan Pakej Umrah Sempena Hari Persaraan


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd