Now Reading
Ibu Bapa Sponsor Smiggle & Kate Spade Buat Rakan Sekolah Sempena Anak Pindah Sekolah

Ibu Bapa Sponsor Smiggle & Kate Spade Buat Rakan Sekolah Sempena Anak Pindah Sekolah

Ibu bapa kepada kanak-kanak bernama Harith yang bakal berpindah sekolah itu menuruti permintaan anaknya yang mahu memberikan hadiah perpisahan kepada rakan-rakan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Tanggal 8 Februari merupakan hari yang membuatkan sesetengah murid berasa sedih kerana terpaksa berpisah dengan rakan sekelas mereka selepas sesi persekolahan bagi tahun 2023/2024.

Keadaan menjadi lebih pilu apabila mereka terpaksa berpindah sekolah dan tidak akan berjumpa lagi rakan-rakan yang sama pada sesi persekolahan akan datang.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Murid Sekolah Buat Persembahan Koir Hari Terakhir Guna Satu Sekolah Sebagai ‘Pentas’


Murid Beri Hadiah Barangan Jenama Smiggle Kepada Rakan-rakan Sekelas

Baru-baru ini, seorang murid lelaki dilihat meluangkan waktu terakhirnya di sekolah dengan memberikan hadiah kepada rakan-rakan dan guru kelas.

Menerusi video dimuat naik di laman TikTok (@nurashikindin), ibu bapa kepada murid yang bakal berpindah sekolah itu meluahkan rasa sebak selepas belihat anaknya bersedih kerana akan berpindah sekolah.

Oleh itu, mereka menuruti pemintaan si kecil yang mahu memberikan hadiah kepada kawan-kawan sebelum sesi persekolahan 2023/2024 melabuhkan tirai.

Dalam video berkenaan, kelihatan sejumlah beg kertas berjenama Smiggle diberikan kepada rakan-rakan sekelas anaknya bernama Harith dan sebuah hadiah istimewa dari jenama Kate Spade juga diberikan kepada guru kelasnya.

Sumber: TikTok @nurashikindin

Menurut ibu kepada Harith, anak lelakinya itu tidak akan bersekolah di sekolah kebangsaan dan akan menuntut ilmu bersama adik-adiknya di sebuah institusi yang memerlukan mereka untuk memakai jubah.

Sebak, sedih kami laki bini. Memori bersama selama 3 tahun akhirnya berakhir. Harith banyak kali cakap tak nak pindah sekolah tapi dia tahu momydady nak yang terbaik untuk dia. Terima kasih abang. Nanti di sekolah baru abang jaga adik-adik ya. Hafiy & Hafiq akan sekolah sama dengan abang. Sama2-sama pakai jubah.

Pengguna TikTok @nurashikindin.

Video berkenaan telah mendapat perhatian ramai sehingga meraih 1.7 juta tontonan setakat artikel ini ditulis.

https://www.tiktok.com/@nurashikindin/video/7334132511389355272

Netizen Puji Sikap Pemurah Oleh Ibu Bapa Kanak-kanak Itu

Ruangan komen video itu dipenuhi dengan reaksi positif daripada netizen yang memuji sikap pemurah ibu bapa berkenaan dalam memberikan hadiah berjenama kepada rakan-rakan sekelas anaknya.

Netizen berpendapat tindakan ibu bapa itu memberi peluang kepada kanak-kanak yang lain untuk menggunakan barangan berjenama yang tidak mampu dibeli oleh semua orang.

Pada masa yang sama, netizen turut mendoakan agar keluarga kanak-kanak tersebut dimurahkan rezeki kerana telah menggembirakan hati orang lain dengan pemberian hadiah berkenaan.

“Ada B40 yang akhirnya tersenyum merasa pakai jenama idaman anak-anak. Rezeki anak-anak ni,” kata netizen.

Perkara ini turut menjadi inspirasi kepada individu lain untuk bersedekah kepada apabila mereka sudah berkemampuan pada masa akan datang.

“Sukanya tengok orang bagi hadiah mahal dekat orang lain. Inspirasi untuk kita kerja lagi kuat untuk buat benda yang sama,” ujar netizen.

Sumber: TikTok

Semoga Allah SWT memberikan ganjaran pahala kepada mereka yang selalu menggembirakan hati orang lain.

Mana tahu nanti rezeki kita pula untuk berbuat demikian kepada ahli keluarga atau rakan-rakan suatu hari nanti. Insya-Allah.

Baca Artikel Berkaitan: Guru Sekolah Terima Hadiah Rantai RM32K. Si Pemberi Perjelas Ingin Balas Budi & Jasa

Baca Artikel Berkaitan: [Video] “Uncle Baik” – Ramai Sebak Lihat Para Murid Cium Tangan & Beri Hadiah Pada Pak Guard Di Majlis Perpisahan


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd