Now Reading
Pertama Kali Beli Rumah & Baru Dapat Kunci? Ini ‘Next Step’ Yang Anda Perlu Lakukan

Pertama Kali Beli Rumah & Baru Dapat Kunci? Ini ‘Next Step’ Yang Anda Perlu Lakukan

Antara perkara penting yang perlu dilakukan selepas mendapat kunci rumah adalah dengan menyemak sebarang kecacatan yang mungkin tidak disedari oleh pemaju.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Bagi sesetengah individu, memiliki kediaman sendiri adalah satu impian yang paling besar untuk dicapai dalam keadaan ekonomi semasa pada zaman ini.

Proses untuk memiliki rumah itu tidak terhenti setakat menandatangani kontrak dan melakukan pembayaran sahaja.

Selepas anda menerima kunci daripada pemaju, ada banyak sebenarnya perkara yang perlu dilakukan untuk menjadikan rumah anda lebih sempurna.


Ini Perkara Yang Perlu Dilakukan Selepas Dapat Kunci Rumah Dari Pemaju

Menerusi bebenang dimuat naik di laman X (@rafzanfazren), wanita ini berkongsi beberapa perkara yang dilakukan berdasarkan pengalamannya selepas menerima kunci rumah pada tahun lalu.

Antaranya:

#1. Semak ‘Defect’ Rumah
Sumber: PropertyGuru Malaysia

Mereka memanggil seseorang untuk menyemak ‘defect’ rumah dengan jumlah kos sebanyak RM250 sebelum mendapati terdapat 45 perkara kecacatan kecil yang perlu dibaiki.

Sekiranya mahu menunggu pemaju membaiki, katanya ia akan memakan masa selama satu bulan.

“Lepas diorang settle buat pun. Kalau boleh check lagi. Kadang diorang konon konon je dah baiki. Biar habis ratusan sekarang, dari beribu kemudian hari,” kata wanita tersebut.

#2. Bayaran Wang Deposit Kepada Pemaju
Sumber: MalayMail

Jelasnya, harga deposit yang perlu dibayar adalah RM1,000 dan ia mungkin berlainan mengikut pemaju masing-masing. Wang deposit tersebut akan dipulangkan semula selepas selesai pengubahsuaian.

Katanya ada juga sesetengah pemaju yang tidak meminta sebarang wang deposit.

#3. Pergi Ke Majlis Perbandaran Untuk Membayar Permit Mengubah Suai Rumah
Sumber: Land

Permit tersebut berjumlah RM1,000 itu perlu dibayar meskipun menetap di rumah kediaman jenis ‘highrise’ dan hanya melibatkan pengubahsuian yang tidak terlalu banyak.

Ketika membuat permohonan permit itu, pemaju mencadangkan agar pemilik menyatakan berapa lama tempoh pengubahsuaian itu dan maklumat lanjut tentang renovasi yang dilakukan.

“Ni developer yang suggest. Then kena tulis details apa nak buat. Walaupun tahun depan baru nak buat. Tulis sekarang. Unless korang rajin nak pergi majlis lagi,” jelasnya.


Kos Untuk Proses Pengubahsuaian Rumah

Selepas selesai mendapat permit, barulah boleh untuk memulakan proses pengubahsuaiain rumah agar kelihatan lebih cantik.

Antara renovasi yang dilakukan oleh pengguna X ini adalah:

#1. Siling Plaster
Sumber: Pexels

Ia merupakan perkara pertama yang dilakukan sebelum memasukkan segala barangan perabot ke dalam rumah.

Ini kerana jika perabot sudah dipindahkan ke rumah tersebut sebelum renovasi siling plaster dilakukan, ia akan menyebabkan korang perlu membersihkan habuk yang banyak pada perabot.

Kos bagi proses pengubahsuaian siling plaster ini berjumlah RM3,900 untuk kawasan ruang tamu sahaja.

#2. Wiring
Sumber: Pexels

Wanita ini menjelaskan dia meminta pihak kontraktor untuk melaraskan wiring di dapur kerana tiada plug point di kawasan tersebut dan mahu menggunakan dapur elektrik.

Kos tersebut adalah sekitar RM100 untuk setiap satu plug.


Untuk kos-kos lain adalah seperti berikut:

  • Kabinet dapur: RM11,000
  • Almari jenis ‘built-in’: RM4,000
  • Lampu dan kipas untuk satu rumah: RM1,500
  • Penghawa dingin: RM3,000
  • Water heater: RM500
  • Langsir untuk satu rumah: RM2,000

Bagi cukai pintu dan TNB, ia perlu dilakukan sebelum mendapat kunci ya.


Perkara Perlu Diambil Perhatian Ketika Mahu Beli Rumah

Buat mereka yang pertama kali mahu membeli rumah, mungkin anda tidak tahu tentang perkara-perkara perlu dititikberatkan.

Sumber: Freepik

Jangan risau, jom kami kongsikan beberapa petua untuk membantu anda membeli kediaman yang sesuai. Antaranya:

  • Beli rumah setanding dengan kemampuan kewangan.
  • Fahami dokumen pinjaman perumahan.
  • Pilih unit rumah yang sesuai mengikut keselesaan.
  • Fahami dokumen jual beli beli rumah.
  • Periksa sebarang kerosakan pada kediaman.
  • Semak maklumat pindahan milik rumah.

Semoga tips yang dikongsikan memberi manfaat kepada anda semua yang dalam proses untuk membeli rumah.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Mampu Ke Nak Beli Rumah Sebelum Umur Cecah 25 Tahun? Ini Kata Pakar Kewangan

Baca Artikel Berkaitan: Pertama Kali Beli Rumah? Ini Tips Penting Beli Kediaman Yang Sesuai

Baca Artikel Berkaitan: Nak Cepat Habiskan Loan Rumah? Ejen Hartanah Ini Dedah ‘Trick’ Jimat


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd