Now Reading
[Video] Demam Masih Tak Kebah? Ini 5 Minuman Terbaik Anda Boleh Cuba

[Video] Demam Masih Tak Kebah? Ini 5 Minuman Terbaik Anda Boleh Cuba

Antara minuman yang disarankan buat mereka yang mengalami demam adalah air barli.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sejak kebelakangan ini, semakin ramai pula kenalan sekeliling yang mengalami demam. Ia mungkin juga terjadi disebabkan oleh cuaca panas di beberapa kawasan.

Demam yang berterusan itu semestinya akan membuatkan individu berasa kurang selesa dan tidak larat untuk melakukan rutin harian seperti biasa.

Pesakit juga berkemungkinan sudah mencuba pelbagai jenis makanan serta minuman untuk meredakan demam, namun masih tidak berjaya dan suhu tubuh badan masih lagi tinggi.

Baca Artikel Berkaitan: Anda Selalu Demam On Off? Ini Fakta Tentang ‘Sick Building Syndrome’ Yang Perlu Diberi Perhatian


5 Minuman Baik Untuk Turunkan Suhu Badan Ketika Demam

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@cikguurut3) apabila seorang perawat bertauliah di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dikenali sebagai Cikgu Urut atau lebih mesra AJ berkongsi beberapa minuman sesuai diambil buat mereka yang sedang mengalami demam.

Secara umumnya, kita tahu bahawa air terbaik untuk merawat demam adalah air kosong kerana ia dapat mengurangkan suhu badan. Paling penting, anda perlu mengambil sekurang-kurangnya lapan gelas sehari.

Pun begitu, mungkin anda ingin menukar selera dan minum air jenis lain pula. Bagaimanapun, perlu diingatkan untuk tidak minum air manis berais kerana ia boleh memudaratkan lagi demam anda.

Antara minuman yang anda boleh cuba bagi melegakan demam dengan pantas adalah:

#1. Air Barli

Menurut lelaki itu, air barli amat bagus untuk menyejukkan tubuh badan terutamanya waktu demam sekaligus menyebabkan pesakit ingin membuang air kecil dengan kerap.

Minuman itu juga kaya dengan zat besi, fosforus, kalsium, magnesium, mangan dan zink yang mendorong kepada tubuh badan yang sihat.

Selain melegakan demam, ia juga boleh membantu sekiranya anda mempunyai masalah kesihatan yang lebih serius seperti tekanan darah tinggi, penyakit jantung, kencing manis dan banyak lagi.

Sumber: Freepik
#2. Air Kelapa

Buat mereka yang sering demam, mesti anda akan mencari air kelapa muda yang dijual sekitar rumah. Mana tidaknya, air ini juga adalah antara minuman terbaik bagi menurunkan suhu badan yang tinggi.

Dalam masa sama, air yang mengandungi kandungan elektrolit seperti kalium, natrium dan magnesium itu membantu menggantikan nutrien hilang sepanjang anda sakit.

Ujar AJ, bagi mendapatkan keberkesanan optimum untuk melegakan demam, tambah sekali sedikit garam ke dalam minuman itu tadi.

Sumber: Freepik
#3. Air Campuran Lemon, Madu, Cengkih & Kayu Manis

Air minuman campuran lemon, madu, cengkih dan kayu manis dikatakan yang terbaik antara semua.

Cara penyediaannya mudah sahaja, anda hanya perlu mencampurkan keempat-empat bahan berkenaan ke dalam cawan bersama air panas ia sudah pun sedia untuk diminum.

Sejurus mengambil minuman tersebut, anda akan mula berpeluh yang mana ia salah satu tanda demam semakin pulih.

Sumber: Pexels
#4. Air Campuran Madu & Halia

Minuman terbaik untuk demam yang seterusnya adalah air campuran madu dan halia. Jelas lelaki itu, selera makan pesakit tidak seperti normal. Ini disebabkan oleh rasa tidak selesa akibat sakit tekak dan sebagainya.

Selera makan yang kurang yang menyebabkan seseorang tidak makan akan mengakibatkan perut mula berasa kembung.

Bagi melegakan ketidakselesaan tersebut, halia adalah solusinya manakala madu dapat mengurangkan sakit pada bahagian tekak. Tambahan pula, ia turut menambahkan tenaga tubuh badan.

Sumber: Freepik
#5. Teh Bunga Chamomile

Yang terakhir adalah minuman teh bunga chamomile. Kepada mereka yang mengalami demam, simptom lain boleh dilalui adalah pening kepala. Ini berkemungkinan berlaku disebabkan oleh suhu badan yang terlalu panas.

Dengan mengambil teh bunga chamomile, ia boleh menenangkan minda. Badan anda juga akan berubah menjadi lebih rileks selepas minum air berkenaan.

Sementara itu, minyak chamomile yang dijual di pasaran juga adalah bagus bagi mereka yang mengalami demam. Antara kebaikan lain yang dapat diperoleh daripada minyak berkenaan adalah seperti melegakan masalah batuk, selsema, susah nak tidur, sakit kepala dan perut kembung.

Sumber: Pexels

Pengguna TikTok Setuju Air Minuman Tersebut Adalah Mujarab

Menjengah ke ruangan komen, segelintir individu berkata minuman ketiga yang dikongsikan iaitu air campuran lemon, madu, cengkih dan kayu manis sememangnya berkesan.

“Masa (dijangkiti) Covid-19, kita orang memang amalkan minuman yang ketiga. Alhamdulillah mujarab,” kata seorang wanita.

Sumber: TikTok (@cikguurut3)
@cikguurut3 Korang suka minum air apa?? Nak calming oil? Follow @ZACK KINRARA @CikguUrut . #cikguurut #petuaDIY #petua #demam ♬ original sound – cikguurut3

Kaedah Lain Untuk Melegakan Demam

Memetik Hello Doktor, suhu badan normal orang sihat adalah kira-kira 37 darjah celcius. Sekiranya bacaan suhu melebihi paras itu, maka anda sudah mengalami demam.

Sumber: Pexels

Antara kaedah lain yang anda boleh cuba bagi melegakan demam adalah seperti berikut:

  • Mengambil paracetamol (ubat tahan sakit).
  • Makan Ibuprofen bagi mengurangkan keradangan jika ada.
  • Memastikan anda dapat rehat yang mencukupi.
  • Memakai pakaian nipis.
  • Lap badan menggunakan air untuk meredakan suhu.

Baca Artikel Berkaitan: Doktor Nasihat Elak Letak Tuala Basah Waktu Anak Demam. Boleh Terkena Sawan!

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Suami Pergi Lepas 5 Bulan Menikah Akibat Demam Panas Selama 3 Hari


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd