Now Reading
Jari Tercucuk Masa Siang Udang, Lelaki Ini Tak Sangka Hampir Hilang Tangan Akibat Bakteria Pemakan Daging

Jari Tercucuk Masa Siang Udang, Lelaki Ini Tak Sangka Hampir Hilang Tangan Akibat Bakteria Pemakan Daging

Hasil pemeriksaan mendapati lelaki berkenaan yang luka pada jari semasa menyiang udang telah menghidap sejenis jangkitan kuman yang serius iaitu Necrotizing Fascitis.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Antara rutin yang selalu dilakukan sebelum memasak adalah dengan menyiang bahan mentah seperti ikan, udang, ketam dan sebagainya.

Apabila menyiang haiwan yang mempunyai tulang atau bentuk badan yang keras dan tajam, memang kena berhati-hati.

Ini kerana ia boleh mengakibatkan kecederaan pada bahagian tangan dan lebih membimbangkan lagi berisiko menyebabkan anda kehilangan keseluruhan tangan seperti mana yang hampir berlaku kepada seorang individu.


Jari Luka Akibat Siang Udang Disahkan Hidap Jangkitan Kuman

Menerusi hantaran dimuat naik di laman Public Health Malaysia (PHM), seorang lelaki telah mengalami luka pada bahagian jarinya semasa menyiang udang.

Difahamkan ia bukanlah pertama kali berlaku dan individu tersebut hanya tercucuk serta berdarah sedikit sahaja sebelum meneruskan tugas rutin berkenaan.

Gambar sekadar hiasan.

Namun keesokan harinya, lelaki itu mengalami gejala demam dan hujung jarinya bengkak dan bertukar kehitaman.

Panik dengan keadaan yang berlaku, mereka bergegas ke jabatan kecemasan di hospital dan hasil pemeriksaan mendapati lelaki berkenaan menghidap sejenis jangkitan kuman yang serius iaitu Necrotizing Fascitis.

Situasi semakin mencemaskan apabila jari mangsa bertukar lebih hitam menunjukkan bakteria sudah mula memakan daging di bahagian hujung jari.


Pembedahan Dilakukan Untuk Rawat Mangsa

Bagi merawat tangan mangsa, pihak hospital telah melakukan pembedahan kecemasan untuk membuang bahagian otot yang dimakan bakteria.

Jika lambat bertindak, kuman boleh masuk merebak dan lelaki ini mungkin hilang tangan atau seluruh lengan. Lebih serius, kuman boleh masuk ke darah dan menyerang organ organ penting.

Public Health Malaysia.

Nasib juga menyebelahi mangsa apabila dia terus ke hospital selepas menyedari perubahan pada jarinya.

Sekiranya tindakan tersebut lambat dilakukan, berkemungkinan nyawa mangsa boleh berada dalam keadaan terancam.


Elakkan Dari Terkena Jangkitan ‘Bakteria Pemakan Daging’

Untuk pengetahuan, jangkitan ini juga dikenali sebagai ‘Bakteria Pemakan Daging’.

Bakteria Vibrio Vulnifikus sering dijumpai dalam haiwan laut dan boleh menjangkiti manusia apabila tercedera semasa proses menyiang.

Selain itu, Ia juga boleh menjangkiti penyelam yang mempunyai luka terdedah di kulitnya atau apabila makanan laut dimakan mentah.

Pengajaran daripada insiden yang berlaku adalah:

  • Berhati-hati semasa menyiang ikan atau udang.
  • Memakai sarung tangan untuk mengelakkan berlaku kecederaan.
  • Jika terlauka, segera membasuh menggunakan air sabun dan jangan memicit atau mengikat hujung jari.
  • Sekiranya berlaku gejala demam atau kulit bertukat warna, segera dapatkan rawatan.

Apa Itu Bakteria Pemakan Daging?

Jangkitan melibatkan bakteria pemakan daging ini juga disebut sebagai Sindrom Kejutan Toksik Streptokokus (STSS) yang disebabkan oleh ‘Streptokokus Kumpulan A‘.

Antara simptom awal yang melanda pesakit adalah:

  • Sakit tekak
  • Hilang selera makan
  • Cirit-birit
  • Muntah
  • Tekanan darah rendah
  • Demam panas

STSS boleh tersebar melalui titisan daripada mukosa hidung atau tekak serta menerusi sentuhan di bahagian luka.

Sekiranya tidak dirawat dengan segera, ia boleh mengakibatkan berlakunya kerosakan pada tisu lembut, kegagalan pernafasan, hati, buah pinggang dan pelbagai organ lain dengan kadar kematian melebihi 30%.

Sumber: US National Institute of Allergy and Infectious Diseases

Setakat ini, tiada vaksin untuk STSS tetapi ada cara untuk melindungi diri kita dan orang lain.

Apa yang anda boleh lakukan untuk mencegah diri daripada dijangkiti adalah dengan mengehadkan pendedahan kepada bakteria terbabit seperti berikut:

  • Menutup mulut dan hidung ketika batuk serta bersin.
  • Kerap mencuci tangan.
  • Membasuh gelas, pinggan dan mangkuk selepas digunakan oleh mereka yang sakit.
  • Merawat jangkitan kulat.
  • Membersihkan luka terbuka pada bahagiaan badan.
  • Elakkan dari mandi di tab panas atau kolam sekiranya mempunyai luka yang terbuka.

Baca Artikel Berkaitan: What Is STSS The “Flesh-Eating” Bacterial Infection & How To Avoid Getting It?


Bakteri Pemakan Daging Sedang Merebak Di Jepun

Memetik laporan Berita Harian, Jepun telah merekodkan sebanyak 977 kes melibatkan bakteri pemakan daging sejak 2 Jun lalu.

Jumlah tersebut dipercayai telah melangkaui jumlah keseluruhan iaitu 941 kes sepanjang tahun 2023.

Antara wilayah di Jepun yang mencatatkan kes tertinggi adalah di Tokyo iaitu sebanyak 150 jangkitan, diikuti dengan Aichi dan Saitama dengan masing-masing merekodkan 69 dan 68 kes.

Sumber: Facebook Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad/ US National Institute of Allergy and Infectious Diseases

Susulan itu, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata belum ada sebarang laporan STSS di Malaysia tetapi kementerian akan mendapatkan input daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengenai situasi itu.

Dr Dzulkefly berkongsi bahawa tiada kes telah sampai ke Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Balas Krisis Kebangsaan Malaysia (CPRC) atau jabatan jangkitan.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd