Now Reading
Marrybrown Perkenal Ayam Gangjeong. Peminat Pedas Mesti Suka!

Marrybrown Perkenal Ayam Gangjeong. Peminat Pedas Mesti Suka!

Kalau tak tahan pedas, jangan cuba.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Daebak! Ayam Gangjeong Marrybrown®️ yang diinspirasikan oleh cita rasa Korea kini kembali bagi memuaskan keinginan anda untuk rasa manis dan pedas!

Tersedia bermula hari ini (4 Julai), menu yang dinanti-nantikan yang menampilkan hidangan klasik digemari ramai seperti Ayam Gangjeong dan Burger Ayam Gangjeong, kini dengan roti berwarna merah yang melambangkan kehangatan sos Gangjeong!

Selain itu, Marrybrown®️ juga menyediakan Kimchi Rice Bowl untuk melengkapi hidangan Ayam Gangjeong dengan sempurna.

Bagi mereka yang menginginkan lagi kenikmatan rasa Gangjeong, sos Ganjeong tersedia sebagai menu tambahan, dapatkannya untuk gabungan rasa manis, pedas, dan masam yang menyelerakan untuk kepuasan setiap hidangan.

“Sejak bertahun-tahun yang lalu, budaya Korea telah tersebar dan menarik ramai peminat di seluruh dunia, termasuk Malaysia. Dengan perkembangan Hallyu di Malaysia, Marrybrown®️ mengambil kesempatan ini untuk mengejutkan peminat kami dengan mengembalikan semula menu kegemaran ini.

“Hidangan Gangjeong MB menggabungkan ciri-ciri tempatan dengan cita rasa makanan Korea yang pasti menarik minat rakyat Malaysia,” jelas Daniel Chan selaku Ketua Pegawai Eksekutif Marrybrown®️.

Menu tersebut merangkumi: 

  • Kombo Kimchi Rice Bowl: Harga bermula dari RM 13.90.
  • Kombo Ayam Gangjeong: 4 ketul Ayam Gangjeong dan Kentang Goreng, harga bermula RM 18.50. 
  • Kombo Burger Ayam Gangjeong: Burger Ayam Gangjeong dan Kentang Goreng, harga bermula RM 17.50. 

Setiap kombo disempurnakan dengan segelas Strawberry Fizz.

Bagi mereka yang ingin mencuba setiap hidangan, Gangjeong Chicken Box Meal adalah pilihan yang terbaik. Set sajian Ayam Gangjeong dan Burger Ayam Gangjeong, Kentang Goreng, dan segelas Strawberry Fizz pula dijual pada harga bermula dari RM 24.50.

Cheese Sticks boleh ditambah dengan pembelian hidangan kombo, bermula dari RM 6.50, dan anda juga boleh menikmati pencuci mulut terbaharu, Strawberry Custard Pie, dengan harga tambahan.

Marrybrown®️ kini melayani berjuta-juta orang pelanggan melalui lebih daripada 500 buah restoran di 16 buah negara dengan penyediaan standard kualiti, servis, kebersihan dan nilai tertinggi untuk pengalaman pemakanan yang sempurna. 

[MARRYBROWN]

The Taste Test

Kami telah mencuba sendiri hidangan baharu Marrybrown, dan rasanya tak tumpah seakan sos ala Korea yang popular ketika ini. Rasa manis dan pedas memang puas. Tapi kalau anda yang jenis tak tahan pedas, elakkan untuk membeli/mencuba menu baharu Marrybrown ini terutamanya Kimchi Rice Bowl dan Burger Ayam Gangjeong.

Fuh, not bad.

Berpeluh-peluh juga kepala tadi.

via GIPHY


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitterThreads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd