Now Reading
Taman Rekreasi Kucing Pertama Di Malaysia Kini Dibuka Di Shah Alam, Masuk Percuma!

Taman Rekreasi Kucing Pertama Di Malaysia Kini Dibuka Di Shah Alam, Masuk Percuma!

Taman rekreasi kucing di Catopia Shah Alam itu hanya terhad untuk 20 ekor kucing sahaja dalam satu-satu masa.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Bagi seseorang yang membela kucing, pastinya mereka mahukan yang terbaik untuk si bulus dari segi tempat tinggal, kesihatan dan juga makanan makanan.

Selain itu, penjagaan mental juga penting untuk dijaga agar haiwan peliharaan mereka dapat membesar dengan sihat.

Kepada anda yang mempunyai niat sedemikian, jom kami cadangkan satu lokasi yang sesuai untuk kucing-kucing anda.


Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) Perkenal Taman Rekreasi Kucing Pertama Di Malaysia

Baru-baru ini, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah memperkenalkan sebuah taman rekreasi yang dibina khas untuk kucing peliharaan.

Sumber: Facebook Majlis Bandaraya Shah Alam

Lokasi tersebut yang diberi nama Catopia Shah Alam itu menerapkan konsep ‘kawasan permainan luar’ bagi menyediakan pengalaman unik kepada para pemilik kucing khususnya buat komuniti Shah Alam.

Yang paling best, taman rekreasi itu dibuka kepada umum tanpa sebarang bayaran dikenakan. Percuma je!

Sumber: Facebook Majlis Bandaraya Shah Alam

Majlis Pra Pelancaran Taman Rekreasi Kucing Catopia Shah Alam yang berlangsung semalam (4 Julai) di Taman Permainan Dataran Kemerdekaan Shah Alam Seksyen 14 itu telah dirasmikan oleh Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Haji Mohd Fauzi bin Haji Mohd Yatim.

Untuk makluman, MBSA merupakan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) pertama di Malaysia yang membina taman rekreasi dikhaskan untuk si bulus.

Sumber: Facebook Majlis Bandaraya Shah Alam

Kalau anda tonton video yang dimuat naik di laman TikTok (@sacitycouncil), terdapat pelbagai ‘permainan’ yang disediakan untuk kucing-kucing peliharaan orang ramai.

Antaranya:

  • Cat Wheel Set
  • Underground Cat Tunnel
  • Cat Drinking Fountain
  • Chase Ball Set
Sumber: TikTok @sacitycouncil
Sumber: TikTok @sacitycouncil

Syarat-syarat Semasa Berada Di Catopia

Bagi memelihara keselamatan di taman rekreasi tersebut, beberapa syarat dikenakan kepada para pengunjung ketika berada di Catopia seperti:

  • Hanya kucing yang bebas daripada penyakit sahaja dibenarkan untuk masuk ke taman rekreasi ini.
  • Hanya 20 ekor kucing sahaja dibenarkan masuk dalam satu-satu masa.
  • Pemilik kucing tidak dibenarkan untuk meninggalkan kucing tanpa pengawasan.
  • Pemilik kucing perlu memastikan najis haiwan dibersihkan dan dibuang ke dalam tong sampah yang disediakan.
  • Tiada had masa yang dikenakan kepada setiap kucing di Catopia.
  • Dilarang membuang kucing di kawasan Catopia.
  • Dilarang merokok dan vape.
  • Dilarang memberi makanan kepada kucing.
  • Dilarang membawa haiwan peliharaan selain kucing.
  • Membuang sampah ke dalam tong sampah yang disediakan.
  • MBSA tidak akan bertanggungjawab terhadap kucing peliharaan yang dibawa ke Catopia sekiranya berlaku apa-apa perkara.
@sacitycouncil

Jom bawa kucing peliharaan anda HEALING di Catopia Taman Rekreasi Kucing Pertama Shah Alam! MASUK ADALAH PERCUMA ! Lokasi : Taman Permainan Dataran Kemerdekaan Shah Alam, Seksyen 14 Shah Alam (Belakang Hotel Mardhiyyah) Waktu Operasi : 10.00 pagi – 7.00 petang #weloveshahalam #KitaSelangorMajuBersama #MalaysiaMadani #fyp #pencintakucing #kucing #shahalam #catopia #tamanrekreasi

♬ MILLION DOLLAR BABY (VHS) – Tommy Richman

Jadi kepada anda yang mahu membawa si bulus berjalan-jalan dan mendekati alam sekitar, bolehlah bawa mereka ‘healing’ di Catopia Shah Alam.

  • Lokasi: Taman Permainan Dataran Kemerdekaan Shah Alam Seksyen 14, Persiaran Bandar Raya, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor.
  • Waktu operasi: Dibuka setiap hari pada jam 10:00 pagi sehingga 7:00 petang.

Kalau kucing-kucing anda jenis ‘introvert’, inilah masanya untuk bagi mereka berkawan.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Rumah Untuk Kucing Jalanan Di Subang Jaya Ini Dapat Perhatian. Siap Ada Alamat!

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Ini Rupanya Cara Untuk Hilangkan Gam Pada Bulu Kucing. Take Note!

Baca Artikel Berkaitan: Kenapa Kucing Tak Boleh Dekat Dengan Bunga Lili? Ini Sebabnya


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd