Now Reading
[Video] Boleh Ke Pakai Sunscreen Atas Mekap? Ini Penjelasan Pakar

[Video] Boleh Ke Pakai Sunscreen Atas Mekap? Ini Penjelasan Pakar

Menurut pakar kulit dikenali sebagai Faridz, kedua-dua pelindung matahari dan alat solek mempunyai komponen bahan yang berat.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umum sedia maklum, penggunaan pelindung matahari (sunscreen) adalah amat penting bagi melindungi kulit dari sinaran ultraviolet (UV) matahari.

Bagi mendapat keberkesanan menyeluruh, anda perlu menggunakan sunscreen dengan SPF (Sun Protection Factor) sekurang-kurangnya 30 hingga 60.

Memetik Hello Doktor, krim pelindung matahari perlu disapu kembali (reapply) setiap dua ke tiga jam sehari. Namun perkara yang menjadi masalah buat orang ramai khususnya golongan wanita adalah mereka terpaksa mencuci solekan terlebih dahulu sebelum memakainya.

Ada juga sesetengah individu tidak membersihkan mekap dan terus memakai lapisan pelindung matahari yang baru kerana berasa ‘leceh’.

Sumber: Unsplash

Trend Pemakaian Pelindung Matahari Atas Alat Solek Makin Menjadi

Baru-baru ini, seorang pakar kulit dikenali sebagai Faridz menerusi hantaran di TikTok (@faridzaesthethics), berkongsi fakta-fakta dan cara penggunaan sunscreen yang betul.

Jelasnya, trend di mana seseorang memakai sunscreen di atas makeup dilihat semakin menjadi-jadi di kalangan masyarakat.

Menerusi video yang dikongsi, kelihatan seorang wanita sedang memakai pelindung matahari menggunakan ‘beauty blender’ meskipun masih memakai alat solek yang tebal.


Komponen Berat Dari Sunscreen Tak Boleh Bercampur Dengan Makeup

Bagi menjelaskan perkara itu, pakar tersebut menjelaskan bahawa pelindung matahari mestilah dipakai sebelum meletakkan sebarang jenis unit alat solek ke atas muka. Ini termasuklah foundation, blusher (pemerah pipi) dan sebagainya.

Menurut Faridz, komponen berat dalam pelindung matahari tidak boleh bercampur bersama komponen molekul berat dari bahan solekan lain.

Sumber: Pexels

Hal ini kerana ia akan memudaratkan pori wajah terutamanya buat mereka yang mempunyai jenis kulit berjerawat (acne prone skin).

“Trend itu kalau kita fikir secara profesional, trend tu memang semestinya salah. Kalau nak juga buat benda tu, awak perlu buat pilihan sama ada mahu kulit kotor bersama makeup dan sunscreen yang apply tadi ataupun awak nak kulit bersih dan sihat tanpa mengikut trend yang salah dalam standard kecantikan,” tegasnya.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Sunscreen Kimia Boleh Sebabkan Kulit Muka Kusam? Ini Penjelasannya


Kalau Pakai Pelindung Matahari Jenis Spray Pun Tak Boleh Ke?

Menjengah ke ruangan komen, seorang individu bertanya kepada Faridz sama ada pelindung matahari jenis spray boleh digunakan.

Hal ini kerana, ada pihak yang mendakwa penggunaan sunscreen jenis spray memudahkan urusan anda di mana anda tidak perlu mencuci wajah terlebih dahulu sebelum ‘reapply’ pelindung matahari berkenaan.

Pun begitu, pakar tersebut berkata bahawa cara penggunaan pelindung matahari jenis cecair atau spray adalah sama dan anda perlu membersihkan wajah daripada alat solek terlebih dahulu sebelum memakainya.

“Tak boleh macam tu, risiko pori tersumbat sangat tinggi,” jelas Faridz.

@faridzaesthetics Boleh ke kita reapply sunscreen di atas makeup? Apa akan jadi pada kulit jika kita reapply sunscreen di atas makeup? Jom kita dengar! #fyp #masukberanda #zyxcba #skintok #beautyguru #tiktokguru #tipsbeauty #sunscreen #healthyskin #kulitsihat #trending #selfcare #racunskincare #berkongsi #fypmalaysia #mitos #tipsglowing #tipsandtricks #sunscreentips ♬ original sound – Faridz Skin Aesthetic

Kesilapan Sering Dilakukan Semasa Pakai Pelindung Matahari

Berikut kami kongsikan beberapa kesilapan yang sering dipraktikkan orang ramai sewaktu memakai pelindung matahari. Antaranya:

Sumber: Unsplash
  • Tidak membaca label produk sehingga menyebabkan anda memakai bahan yang kurang sesuai dengan kulit wajah.
  • Menggunakan sunscreen ketika cuaca panas sahaja.
  • Pakai sunscreen dengan kuantiti sedikit.
  • Mencampurkan sunscreen dengan produk kosmetik.
  • Menggunakan pelindung matahari yang sudah tamat tempoh.
  • Menganggap pelindung matahari beri keberkesanan sehingga 100%.
  • Hanya memakai sunscreen pada bahagian muka dan bukan di anggota tubuh badan yang lain.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Duduk Dalam Rumah Pun Kena Pakai Sunscreen Ke? Ini Kata Pakar

Baca Artikel Berkaitan: Benarkah Penggunaan Pelindung Matahari Boleh Menyebabkan Kanser Kulit?


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd