Now Reading
7 Jenama Fesyen Tempatan Ini Cipta Pakaian Dengan Ciri Tradisional & Moden

7 Jenama Fesyen Tempatan Ini Cipta Pakaian Dengan Ciri Tradisional & Moden

Antara jenama tempatan yang menggabungkan ciri-ciri moden dan tradisional adalah BEHATI, ANAABU, Mimpikita dan banyak lagi.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Dalam dunia fesyen yang semakin bervariasi, ciri tradisi dan kemodenan dilihat mempunyai gabungan yang sangat baik.

Beberapa jenama tempatan dilihat cukup cemerlang dalam membuat kombinasi antara dua elemen berkenaan dan membawa gaya yang lebih ‘fresh’ serta kontemporari.

Jom kita kenali tujuh jenama fesyen tempatan yang telah berjaya merevolusikan pakaian tradisional kepada sesuatu yang unik dan sesuai untuk digayakan.

Antaranya:

#1. Batikbynell

Di bandar Melaka, terdapat sebuah perniagaan fesyen yang diasaskan dari rumah iaitu Batikbynell di mana ia dikendalikan oleh duo ibu-anak Nyonya yang dinamik, Nellie dan Jee.

Perniagaan mereka bermula semasa PKP apabila Jee memberi cadangan untuk memulakan bisnes dalam talian bagi menjual pakaian batik.

Setiap helaian batik adalah buatan tangan yang dihasilkan dengan teliti dan penuh kesabaran. Kebiasaannya, pelanggan perlu menunggu selama enam hingga lapan minggu untuk tempahan mereka disiapkan.

Walaupun tempoh tersebut agak lama, tetapi ciptaan batik yang dihasilkan cukup menakjubkan.

#2. Huntilanak

https://www.tiktok.com/@huntilanak/video/7356928116612156680?referer_url=www.therakyatpost.com%2Ffun%2F2024%2F06%2F28%2F7-malaysian-fashion-brands-that-make-traditional-clothing-cool-again%2F&refer=embed&embed_source=121374463%2C121439635%2C121433650%2C121404359%2C121351166%2C121331973%2C120811592%2C120810756%3Bnull%3Bembed_blank&referer_video_id=7356928116612156680

Seterusnya adalah Huntilanak di mana ia adalah cetusan idea dari graduan fesyen Emod dan budak PJ, Ryan Alexander Tan. Ryan mencipta pakaian unik yang dibuat khas menggunakan bahan yang tidak digunakan (deadstock) dan fabrik kitar semula.

Dengan tidak membuat pengeluaran secara besar-besaran, Ryan memastikan bahawa setiap pakaian adalah khazanah yang unik. Komitmennya terhadap fesyen cukup mampan dan minatnya terhadap gaya tradisional menjadikan Huntilanak sebuah jenama yang menonjol dalam landskap fesyen moden.

#3. BEHATI

Bagi individu yang berwawasan di sebalik Behati iaitu Kel Wen, tradisi tidak bersifat statik tetapi ia sentiasa berkembang.

Ketika pengajian di sekolah fesyen, Kel digalakkan untuk melihat ke Barat bagi mendapatkan inspirasi. Namun, beliau lebih percaya dengan kekayaan dan kekuatan budaya tempatan.

Kel tidak asing dengan kontroversi di mana ramai yang menganggap karyanya sebagai ‘cultural appropriation, tetapi dia berpegang pada falsafahnya iaitu ‘budaya tidak akan wujud tanpa perubahan.’

Menggabungkan unsur tradisional dengan bakat kontemporari, dia mencipta karya yang inovatif dan berakar umbi dalam warisan.

#4. FERN

Penglibatan Fern Chua dalam reka bentuk batik bermula sebagai satu bentuk pemulihan selepas terlibart kemalangan kereta.

Pada tahun 2013, dia melancarkan label eponimnya untuk memberikan sentuhan moden kepada batik sebelum mengambil keputusan untuk mengembara ke Terengganu dan Kelantan bagi menguasai seni batik.

Dedikasinya itu membuahkan hasil selepas FERN telah dirasmikan oleh bekas Timbalan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan dan ia menjadi bukti pengaruhnya dalam industri.

Reka bentuk FERN adalah gabungan indah antara tradisi dan kemodenan, menjadikan batik boleh digayakan untuk semua lapisan masyarakat.

#5. Tangsi Tujuh

Ciptaan Tangsi Tujuh telah diasaskan oleh pereka pakaian pengantin iaitu Jeffri Mohamad Jaapar dan jurusolek Juliana Nazar pada tahun 2018.

Ia adalah satu warisan yang selaras dengan sensibiliti moden bagi meraikan pengaruh budaya kepulauan Nusantara. Jenama ini berkonsepkan Nusantara yang menekankan hubungan kukuh dengan ‘Mother Earth’.

Reka bentuk mereka cuba untuk mencerminkan falsafah tersebut apabila menggabungkan unsur tradisional dengan estetika kontemporari. Ciptaan Tangsi Tujuh adalah satu warisan yang selaras dengan sensibiliti moden.

#6. ANAABU

ANAABU adalah ciptaan Ana Abu iaitu seorang pereka fesyen berbakat yang menggabungkan warisan Kemboja dan Kelantan selepas meninggalkan kerjaya dalam bidang kejuruteraan bagi meneruskan minatnya terhadap fesyen.

Jenama ini terkenal dengan reka bentuk androgynous, minimalis yang praktikal dan serba boleh. Rekaan ANAABU dicirikan menerusi ‘ muted colours’, perhiasan yang minimum dan penggunaan fabrik linen serta kapas.

#7. Mimpikita

Akhir sekali, kita ada Mimpikita iaitu sebuah jenama yang diasaskan pada tahun 2008 oleh tiga adik-beradik perempuan – Nurul, Mira dan Syera Zulkifli.

Walaupun tidak mempunyai latar belakang fesyen formal, mereka melancarkan kedai blog dalam talian untuk menjual pakaian dan barangan hiasan rumah.

Hari ini, Mimpikita adalah satu nama yang cukup terkenal dalam persada fesyen tempatan yang diraikan kerana tafsiran moden pakaian tradisionalnya.

Sub-jenama mereka, MKita pula menawarkan rangkaian pakaian yang bergaya dan sedia untuk dipakai dengan menggabungkan trend kontemporari serta elemen klasik.


Jenama-jenama Ini Bukti Tradisi Dan Kemodenan Boleh Digabungkan

Dengan menggabungkan semula pakaian tradisional dengan fesyen kontemporari, ia secara tidak langsung mampu mengekalkan warisan budaya sambil bergaya mengikutestetika zaman moden.

Mungkin sudah tiba masa untuk anda menambah sentuhan tradisi pada almari pakaian! 😉


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd