Now Reading
Coach Play Ipoh Dengan ‘Vibe’ Campsite Jadi Tarikan Baru Di Perak, Masuk Percuma!

Coach Play Ipoh Dengan ‘Vibe’ Campsite Jadi Tarikan Baru Di Perak, Masuk Percuma!

Antara tumpuan yang ada di Coach Play Ipoh adalah The Coach Coffee Shop dan pelbagai ‘spot’ untuk bergambar.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Setiap kali ada rancangan dengan kawan-kawan untuk ‘road trip’ ke Perak, Ipoh adalah salah satu lokasi tumpuan orang ramai.

Maklumlah, ada banyak tempat makan yang sedap dan lokasi yang menarik seperti Tasik Cermin, Concubine Lane, Lost World of Tambun dan sebagainya.

Baca Artikel Berkaitan: Nak Roadtrip Ke Ipoh? Jom Terokai Tasik Cermin & 4 Lokasi Menarik Ini

Untuk korang yang nak terokai destinasi baharu di Perak, jom kami bawa anda ke satu lokasi. Golongan wanita mesti suka tempat ini!


Coach Play Ipoh Ada Coach Coffee Shop Pertama Di Malaysia

Untuk korang yang sukakan tempat untuk bersantai sambil menikmati pemandangan alam sekitar dan minuman, Coach Play Ipoh adalah lokasi yang sangat sesuai.

Mesti korang tertanya-tanya, apa yang ada di Coach Play Ipoh ini?

Coach Coffee Shop
Sumber: KL Foodie
Sumber: KL Foodie

Coach Coffee Shop dibuka di sini dan ia merupakan cawangan pertama di Malaysia. Jika dilihat pada menu mereka, rata-rata hidangan yang dijual adalah minuman dan pencuci mulut.

Berdasarkan pemerhatian kami, antara menu yang kelihatan menarik di sini adalah The Coach Iced Chocolate dan Soft Serve Ice Cream.

Paling comel sekali apabila ketulan ais dan juga coklat yang diletakkan di dalam minuman juga dibentukkan khas mengikut logo huruf C bagi jenama Coach.

Sumber: Coach Malaysia

Malah kon aiskrim juga mempunyai corak logo Coach ya. Tiba-tiba nanti rasa sayang pula nak makan.

Harga menu di Coach Coffee Play ini rata-ratanya bermula dari RM12.

Tempat Bergambar
Sumber: Coach Malaysia

Bagi korang yang suka bergambar, jangan risau kerana spot ini mempunyai banyak sudut yang Instagramable dan sesuai untuk ber-OOTD.

Nak bergambar secara outdoor di bawah teduhan payung atau di tepi tasik dengan adanya sampan dengan tulisan Coach, macam-macam ada!

Sumber: Coach Malaysia

Kalau korang pandai ambil sudut yang unik, mesti ramai yang ingat anda sedang bercuti di luar negara. Maklumlah, hiasan di Coach Play Ipoh ini seolah-olah di New York!

Sumber: KL Foodie

Lokasi ini dihiasi dengan tema seolah-olah di tempat camping di beberapa permainan turut disediakan dan setiap pengunjung boleh bermain secara percuma sahaja.

Coach Outlet Store
Sumber: KL Foodie

Kalau korang rasa macam outfit tidak berapa lengkap atau kurang menarik, boleh juga singgah ke Coach Outlet Store.

Mana tahu tiba-tiba rasa nak shopping beli beg tangan atau baju baru dari jenama Coach. Difahamkan ada pelbagai pilihan menarik di sini termasuklah pakaian dan aksesori untuk golongan lelaki.


Sebagai info, Coach Play Ipoh juga menawarkan tawaran servis untuk pengunjung menggunakan perkhidmatan buggy kerana jarak antara pintu masuk dan lokasi ini agak jauh.

Sumber: Coach Malaysia

Jadi kepada korang yang mahu berkunjung ke Coach Play Ipoh, berikut adalah butirannya:

  • Lokasi: Lot No. LF-36 & LF-37 Lakefront Silverlakes Village Outlet 1, Persiaran Silverlakes, Kampung Belangkor, 31000 Batu Gajah, Perak.
  • Waktu operasi: Dibuka setiap hari pada jam 10AM sehingga 10PM.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Coach Play Ipoh, boleh layari laman web mereka atau menghubungi di talian +6053668283.

Baca Artikel Berkaitan: Coach Buka Butik Pertama Di Dunia Dalam Kapal Terbang Di Freeport A’Famosa Outlet, Melaka


Silverlakes Village Outlet, Perak

Sumber: Facebook Silverlakes Village Outlet

Bagi mereka yang belum pernah berkunjung ke Silverlakes Village Outlet di Batu Gajah, Perak baru sahaja beroperasi dan dibuka kepada orang ramai ini pada Disember tahun lalu.

Pusat komersial ini sudah pun siap dibina pada tahun 2020 sebelum ia dibuka secara berperingkat sejak 2023.

Sumber: Facebook Silverlakes Village Outlet

Silverlakes Village Outlet ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu West Village dan North Village. Terdapat pelbagai jenama terkenal yang membuka cawangan mereka di sini seperti:

  • Kate Spade
  • Sembonia
  • Bonia
  • Carlo Rino
  • ZUS Coffee

Selain tempat untuk membeli-belah, lokasi ini juga mempunyai tempat menarik untuk kanak-kanak seperti Taman Tema Dinosaur.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd