Now Reading
“Idea Kuno” – Pakar Dedah Ganti Nasi Dengan Salad Buah Tak Berkesan Untuk Diet

“Idea Kuno” – Pakar Dedah Ganti Nasi Dengan Salad Buah Tak Berkesan Untuk Diet

Menurut doktor kesihatan dan gaya hidup dikenali sebagai Dr Shashi Kumar, makanan seperti salad buah dan roti tergolong dalam jenis makanan tinggi indeks glisemik.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sebelum ini, tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) pada tahun 2023 mendapati sekitar 11 juta individu mengalami masalah berat badan yang berlebihan atau obes.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), masyarakat negara ini dikatakan semakin gemuk di mana satu daripada dua dewasa Malaysia mempunyai berat badan berlebihan.

Laporan NHMS mendapati seramai 54.4% golongan dewasa di Malaysia mempunyai masalah berat berlebihan dan jumlah itu dilaporkan meningkat sebanyak 3% berbanding tahun 2019 yang mencatat jumlah sebanyak 50.1%.

Sumber: KKM

Baca Artikel Berkaitan: 11 Juta Dewasa Di Malaysia Alami Masalah Berat Badan Berlebihan

Baca Artikel Berkaitan: ‘Kuah Banjir’ Punca Berat Badan Naik, Malaysia Negara Obesiti Tertinggi Di Asia Tenggara


Ramai Anggap Nasi Tidak Elok Untuk Diet

Walaupun statistik tersebut dilihat semakin membimbangkan, namun ramai juga yang sudah mempunyai kesedaran untuk mempraktikkan pemakanan sihat dalam rutin harian.

Antara diet diamalkan orang ramai adalah dengan berhenti makan nasi kerana ada pihak yang mengatakan ia punca utama seseorang menjadi gemuk. Bagi menggantikan hidangan tersebut, individu lebih memilih untuk menikmati juadah salad buah atau roti.

Namun perkara yang mereka tidak sedari adalah, kandungan gula dalam hidangan sebegitu adalah lebih tinggi daripada nasi itu sendiri.

Sumber: Pexels

Makanan Tinggi Indeks Glisemik Buat Anda Cepat Lapar

Menurut doktor kesihatan dan gaya hidup dikenali sebagai Dr Shashi Kumar, roti dan salad buah juga tergolong dalam jenis makanan tinggi GI (indeks glisemik).

Memetik Hello Doktor, indeks glisemik adalah skala yang menentukan kedudukan jumlah karbohidrat dalam makanan daripada nilai 0 hinggalah 100.

Ia berfungsi untuk mengukur secepat mana sesuatu makanan menyebabkan gula dalam darah seseorang meningkat.

Baca Artikel Berkaitan: Coach Diet Beri 2 Tips Untuk Potong Gula Dalam Pemakanan Harian. Penting!

Jelas Dr Shashi, makanan tinggi GI akan meningkatkan risiko insulin naik dan turun dengan mendadak. Perkara tersebut kemudiannya akan membuatkan seseorang itu cepat berasa lapar.

Sumber: Pexels

Perlu Elak Jenis Nasi Tinggi Kanji

Tambah pakar itu, nasi bukanlah satu hidangan yang tidak bagus untuk tumbuh badan. Dr Shashi berkata, nasi mempunyai banyak jenis. Jenis yang perlu dielakkan adalah nasi yang tinggi jumlah kanji seperti pulut.

Bukan sahaja pulut, air berkarbonat, bihun, mi, roti canai, capati, kuetiau juga dikategorikan dalam jenis makanan dan minuman tinggi GI.

“Nasi lebih bagus daripada daripada semua ‘rubbish’ (makanan dan minuman) yang saya katakan tu,” ulas Dr Shashi.

@klskyclinic Nasi punca gemuk! Nak punca diabetes! Nasi punca berat tak turun- turun! Betul ke nasi ni jahat sampai mcm tu sekali? #nutritionist #nutritionistsoftiktok #Relationship #menshealth #tiktokmalaysia #theklskyclinic #guthealth #coaching #malaysia #guthealth #produk #wellness #lesungbatumedicshow #doctorsoftiktok #podcast #kesihatanwanita #kesihatanlelaki #weightloss #explorepage #reaction #trending ♬ original sound – theklskyclinic

Jenis Makanan Untuk Diet Berkesan

Buat mereka sedang berdiet, pasti ada yang berasa penat kerana rutin tersebut dilihat tidak berkesan. Ia mungkin disebabkan pemilihan makanan dan minuman yang kurang tepat.

Di sini, kami kongsikan beberapa jenis makanan yang boleh diambil untuk menurunkan berat badan. Antaranya:

Avokado, salmon dan teh hijau. Sumber: Pexels
  • Avokado: Diperkaya dengan asid oleik, lemak yang sama terkandung di dalam minyak zaitun.
  • Biji selasih: Sumber serat terbaik dan kaya dengan asid lemak omega-3.
  • Limau gedang: Menurunkan berat sebanyak 1.5 kg dalam masa 12 minggu.
  • Ikan tuna: Mempunyai lemak baik dan kandungan protein yang tinggi.
  • Ikan salmon: Bantu meregulasi hormon yang bertanggungjawab mengawal selera makan.
  • Lemon: Terdiri dengan kandungan kalori yang rendah.
  • Teh hijau: Bantu mempercepatkan proses pembakaran lemak.
  • Kopi: Secawan kopi hitam mempunyai kurang daripada 5 kalori.
  • Oat: Makanan yang kaya dengan serat larut air.
  • Kacang pistachio: Kurangkan risiko penyakit jantung dan sindrom metabolik.

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd