Now Reading
7CAFé Oleh 7-Eleven Perkenal 12 Menu ‘Ready-To-Eat’, Harga Serendah RM5.90 Je!

7CAFé Oleh 7-Eleven Perkenal 12 Menu ‘Ready-To-Eat’, Harga Serendah RM5.90 Je!

12 menu baharu oleh 7CAFé oleh 7-Eleven yang sedia untuk dimakan ini dimasak mengikut citarasa tempatan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Pernah tak korang rasa macam malas nak masak atau tidak mempunyai waktu yang mencukupi untuk memasak hidangan lebih-lebih lagi ketika pulang dari kerja?

Biasalah apabila badan sudah penat dan tidak bertenaga selepas berhempas pulas di pejabat, rasa macam nak baring je ketika sudah tiba di rumah.

Kepada korang yang selalu rasa seperti ini, kami ada solusi yang sesuai.


7CAFé Oleh 7-Eleven Tawar 12 Menu ‘Ready-To-Eat’ Kepada Para Pelanggan

Terbaharu, 7CAFé Oleh 7-Eleven telah memperkenalkan 12 menu baharu yang sedia untuk dimakan. Tinggal nak panaskan je. Senang kan?

Apa yang lebih menarik adalah kesemuanya berharga tidak melebihi RM10.

Walaupun harganya yang mampu milik, kualitinya masih dijaga dengan resepi yang diperbaharui mengikut citarasa tempatan.

Sumber: Farahin Fadzil/TRP

Bukan itu sahaja, hidangan ini juga dimasak menggunakan bahan segar tempatan dan berkualiti tinggi.

Antara hidangan ‘Ready-To-Eat’ yang ditawarkan adalah:

  1. Nasi Goreng Kampung (RM5.90)
  2. Nasi Ayam Pad Kra Pao (RM6.90)
  3. Nasi Ayam Masam Manis (RM8.90)
  4. Pasta Keju Pedas (RM7.90)
  5. Nasi Goreng Belado (RM5.90)
  6. Nasi Goreng Telur (RM5.90)
  7. Nasi Ayam Paprik (RM6.90)
  8. Nasi Ayam Nyonya (RM6.90)
  9. Pasta Budae Jigae (RM8.90)
  10. Nasi Ayam Sweet and Sour (RM8.90)
  11. Nasi Ayam Kam Heong (RM8.90)
  12. Nasi Ayam Kari (RM8.90)
Sumber: Farahin Fadzil/TRP
Sumber: Farahin Fadzil/TRP

Kepada korang yang mahu mencuba sendiri kesemua hidangan ini, boleh dapatkan di lebih 300 7CAFé oleh 7-Eleven dan rangkaian kedai 7-Eleven terpilih seluruh negara.

Tak kisahlah korang nak makan untuk sarapan pagi, makan tengah hari atau makan malam, semuanya boleh.

Bak kata mat saleh, ‘anytime anywhere’.

Sumber: Farahin Fadzil/TRP

7CAFé oleh 7-Eleven Bandar Puteri Adalah Kafe Flagship Pertama Yang Dibuka

Sebagai info, 7CAFé oleh 7-Eleven yang terletak di Bandar Puteri Puchong dan dibuka sehingga jam 12 tengah malam adalah kafe flagship pertama yang dibuka di Malaysia.

7CAFé oleh 7-Eleven ini mempunyai keunikannya tersendiri kerana mempunyai bar snek, kafe matcha, kedai pastri dan juga kedai buku.

7CAFé yang dibuka buat kali pertama turut bekerjasama dengan Niko Neko Matcha dan BookXcess dalam menawarkan pelbagai jenis minuman serta buku mampu milik kepada orang ramai.

Sumber: TRP

Selain daripada menjual makanan popular 7-Eleven seperti hotdog, croffles dan banyak lagi, mereka juga mempunyai barangan kecantikan dan penjagaan diri daripada Boots serta jenama Jepun yang lain.

Anda boleh datang ke sini untuk membeli barangan keperluan di tingkat bawah atau datang makan serta bersantai di tingkat atas.

Baca Artikel Berkaitan: 7-Eleven Buka 7CAFé Di Puchong. Siap Ada BookXcess & Niko Neko Matcha!

Selain di Bandar Puteri, Puchong, terdapat banyak lagi lokasinya seperti di:

  • Ampang Point
  • Taman Tun Dr Ismail (TTDI)
  • Taman Melawati
  • Taman Segar Cheras
  • Tropika Bukit Jalil
  • Bandar Saujana Putra
  • Bandar Kinrara

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd