Now Reading
Stres Kewangan Beri Kesan Pada Produktiviti Pekerja – Kajian AKPK

Stres Kewangan Beri Kesan Pada Produktiviti Pekerja – Kajian AKPK

Menurut laporan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), 26% orang dewasa yang bekerja di Malaysia mengalami tekanan kewangan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Melihat kepada keadaan ekonomi pada ketika ini, mempunyai satu pekerjaan yang stabil mungkin tidak mencukupi bagi seseorang individu mengekalkan kestabilan kewangan.

Trend pasangan suami dan isteri yang terpaksa bekerja lebih dari satu jenis pekerjaan bagi menyara keluarga sudah menjadi kebiasaan dalam kalangan masyarakat.

Seperti sebelum ini, orang ramai di platform media sosial telah berkongsi kisah di mana sesetengah individu perlu mencari pendapatan sampingan untuk hidup dengan selesa akibat gaji yang tidak mencukupi.

Baca Artikel Berkaitan: Gaji Kerja Waktu Pejabat Tak Cukup, Rakyat Terpaksa Jana Pendapatan ‘Extra’ Untuk Sara Diri


26% Pekerja Alami Tekanan Kewangan

Satu kajian baru-baru ini oleh Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) mendedahkan bagaimana tekanan kewangan mempengaruhi produktiviti kerja.

Menurut laporan itu, 26% orang dewasa yang bekerja di Malaysia mengalami tekanan kewangan.

Data ini diperoleh dari laporan penyelidikan bertajuk ‘From Nine to Five: Navigating Employees Financial Well-Being at the Workplace’.

Gambar sekadar hiasan. Sumber: MalayMail

Kaji Selidik Libatkan 900 Rakyat Malaysia

Kaji selidik yang dilakukan pada tahun 2020 adalah berdasarkan tinjauan dijalankan terhadap 900 warga Malaysia bekerja dari umur 18 hingga 64 tahun dalam golongan lelaki dan perempuan.

Faktor utama yang diketengahkan dalam tinjauan tersebut adalah aspek kepuasan kerja, produktiviti dan kesetiaan para pekerja.

900 pemohon itu dipilih dari pelbagai sektor pekerjaan. Mereka juga memiliki gaji antara RM1,500 hingga melebihi RM10,000.

Sumber: Laporan AKPK

Kesejahteraan Kewangan Berkait Rapat Dengan Produktiviti Kerja

Seperti yang dinyatakan di atas, 26% orang dewasa yang bekerja mengalami tekanan dan kesukaran dalam bidang kewangan. 65% daripada mereka juga bersetuju bahawa tekanan kewangan menjejaskan produktiviti kerja.

Data ini telah membuktikan bahawa kesejahteraan kewangan dan produktiviti kerja mempunyai hubungan yang rapat.

Ulas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AKPK Azaddin Ngah Tasir, pekerja yang mempunyai kesejahteraan kewangan yang rendah membawa kepada prestasi kerja tidak memuaskan.

Sumber: Pexels

Keputusan laporan menunjukkan bahawa 70% pekerja yang mempunyai kesejahteraan kewangan rendah menunjukkan prestasi lemah berbanding 78% responden yang mempunyai kesejahteraan kewangan yang lebih tinggi.

Kajian itu turut mendedahkan bahawa kebimbangan kewangan adalah gangguan terbesar bagi para pekerja, lebih-lebih lagi jika melibatkan masalah keluarga dan kesihatan.

Ia akhirnya membawa kepada prestasi kerja yang lemah dan penurunan keuntungan bagi syarikat.

“Bayangkan berapa banyak produktiviti yang boleh kita hasilkan jika angka 26% itu boleh diturunkan ke paras yang lebih rendah?” tanya Azaddin.

Sumber: Laporan AKPK

Kesejahteraan Kewangan Pengaruhi Kesetiaan Pekerja

Dalam masa sama, kesejahteraan kewangan mempengaruhi kesetiaan pekerja dalam sesebuah syarikat. Jelas Azaddin, 91% pekerja yang mempunyai kesejahteraan kewangan tinggi akan menunjukkan kesetiaan kepada syarikat mereka.

Sementara itu, 89% responden yang mempunyai kesejahteraan kewangan lemah kini giat mencari pekerjaan baharu yang lebih sesuai.

Bagaimanapun, terdapat jurang yang ketara dalam pendidikan kewangan. Walaupun 74% responden menyatakan minat terhadap kelas kewangan, hanya 48% majikan yang menawarkan program sedemikian.

Sumber: Laporan AKPK

Peranan Majikan Untuk Pupuk Kesejahteraan Kewangan Pekerja

Sementara itu, Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Lukanisman Awang Sauni menekankan peranan penting yang perlu dilakukan oleh majikan dalam memupuk kesejahteraan kewangan di kalangan pekerja mereka.

Jelas Lukanisman, menekankan bahawa ia boleh dicapai dengan menyediakan program dan sokongan untuk membantu pekerja menguruskan kewangan mereka dengan berkesan.

Ia sekaligus mengurangkan tekanan dan meningkatkan kualiti hidup golongan para pekerja.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Mampu Ke Nak Beli Rumah Sebelum Umur Cecah 25 Tahun? Ini Kata Pakar Kewangan

Baca Artikel Berkaitan: Ini 5 Perancangan Kewangan Yang Tidak Patut Anda Abaikan!


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd