Now Reading
Mahkamah Benarkan Muhyiddin Yassin Dapat Pasport Buat Sementara, Mahu Hadiri Graduasi Cucu Di London

Mahkamah Benarkan Muhyiddin Yassin Dapat Pasport Buat Sementara, Mahu Hadiri Graduasi Cucu Di London

Muhyiddin bersama isterinya akan bertolak ke London pada 19 Julai dan dijangka kembali ke Malaysia pada 15 Ogos 2024 selepas menghadiri majlis graduasi cucu perempuan sulung mereka di Royal Festival Hall, Southbank Centre, London.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Mahkamah SesyenKuala Lumpur hari ini (3 Julai) telah membenarkan permohonan Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mendapatkan pasport buat sementara bagi membolehkan beliau menghadiri majlis graduasi cucu perempuan sulungnya di London, United Kingdom.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Rozina Ayob selepas Timbalan Pendakwa Raya Nor Asma Ahmad memaklumkan pihaknya tidak membantah permohonan tersebut.

“Pasport diserahkan kepada tertuduh (Muhyiddin) hari ini dan ia perlu dikembalikan semula kepada mahkamah pada 20 Ogos,” kata Rozina.


Muhyiddin Dan Isteri Mahu Tunai Hasrat Cucu

Memetik laporan Astro Awani, peguam yang mewakili Muhyiddin iaitu Datuk Seri K. Kumaraendran menjelaskan bekas Perdana Menteri itu mahu memiliki pasport lebih awal untuk mendapatkan pelepasan daripada Jabatan Imigresen.

Difahamkan, Muhyiddin bersama isterinya akan bertolak ke London pada 19 Julai dan dijangka kembali ke Malaysia pada 15 Ogos 2024 selepas menghadiri majlis graduasi cucu mereka itu di Royal Festival Hall, Southbank Centre, London.

Sumber: MalayMail

Cucunya yang telah menamatkan pengajian dalam Sarjana Muda Sastera dan meraih kelas pertama dalam Ijazah Sarjana Muda Kepujian (Pentadbiran Perniagaan) di University of Westminster, London turut menyatakan hasrat agar datuk dan neneknya dapat menyaksikan kejayaannya.

“Saya ingin menghadiri majlis graduasi cucu saya kerana ia merupakan sebuah majlis sekali dalam seumur hidup dan saya ingin menyaksikan dan mengiktiraf kejayaan cucu saya.

“Cucu saya juga telah menyatakan hasratnya untuk saya dan isteri saya dapat bersama-sama hadir ke majlis graduasinya, untuk menyaksikan pencapaiannya,” kata Muhyiddin dalam afidavit tersebut.

Dalam prosiding sama, Rozini menetapkan tarikh 30 Ogos untuk pendengaran permohonan Muhyiddin bagi menangguhkan kes menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram.


Kes Mahkamah Melibatkan Muhyiddin Yassin

Muhyiddin, 77, didakwa menggunakan kedudukan beliau sebagai Perdana Menteri untuk suapan berjumlah RM 232.5 juta melibatkan Projek Jana Wibawa daripada tiga syarikat iaitu:

  • Bukhary Equity Sdn Bhd
  • Nepturis Sdn Bhd
  • Mamfor Sdn Bhd

Beliau dituduh melakukan perbuatan tersebut antara 1 Mac 2020 dan 20 Ogos 2021 semasa berada di Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di Putrajaya.

Sumber: MalayMail

Selain itu, beliau turut berdepan dua lagi pertuduhan selepas didakwa menerima wang hasil berjumlah RM195 juta daripada aktiviti haram melibatkan Bukhary Equity Sdn Bhd.

Wang berkenaan telah dipercayai telah dimasukkan ke dalam akaun CIMB Bank milik PPBM (Bersatu) di CIMB Bank Cawangan Menara KL, Jalan Stesen Sentral antara 25 Febuari dan 16 Julai 2021 serta 8 Febuari dan 8 Julai 2022.

Pada masa yang sama, Muhyiddin juga dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam pada 13 Mac 2023 atas pertuduhan lain di mana beliau didakwa menerima wang hasil aktiviti haram berjumlah RM5 juta.

Baca Artikel Berkaitan: Muhyiddin Lepas, Bebas Empat Tuduhan Salah Guna Kedudukan Babit Rasuah RM234.5 Juta

Baca Artikel Berkaitan: Berdepan 6 Pertuduhan, Muhyiddin Yasin Dibenar Ikat Jamin RM2 Juta


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd