Now Reading
Malaysia Airlines Duduki Tangga Ke-10 Sebagai Kru Kabin Terbaik Dunia

Malaysia Airlines Duduki Tangga Ke-10 Sebagai Kru Kabin Terbaik Dunia

Malaysia Airlines telah berada pada kedudukan ke-10 di dunia dalam Anugerah Skytrax World Airlines 2024 yang merupakan satu anugerah tahunan dalam industri penerbangan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Bagi setiap syarikat penerbangan, pastinya mereka akan berusaha untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada para penumpang.

Ketika berada di dalam kapal terbang, kru kabin adalah individu yang ditugaskan untuk membantu penumpang mereka dari segi penjagaan keselamatan atau pembelian hidangan ketika lapar dan sebagainya.

Di Malaysia, terdapat beberapa syarikat penerbangan tempatan yang sering menjadi pilihan masyarakat seperti Malaysia Airlines, AirAsia dan Firefly.


Malaysia Airlines Dinobatkan Antara 10 Kru Kabin Terbaik Di Dunia

Menerusi laporan World Airline Awards, syarikat penerbangan Malaysia Airlines telah diiktiraf bagi servis perkhidmatan mereka yang cemerlang melibatkan kru kabin.

Malaysia Airlines telah berada pada kedudukan ke-10 di dunia dalam Anugerah Skytrax World Airlines 2024 yang merupakan satu anugerah tahunan dalam industri penerbangan.

Sumber: Instagram @malaysiaairlines

Bagi kategori sama, ia dimenangi oleh Singapore Airlines dan diikuti oleh syarikat-syarikat tersebut:

1. Singapore Airlines
2. All Nippon Airways (ANA)
3. Garuda Indonesia
4. EVA Air
5. Cathay Pacific
6. Hainan Airlines
7. Japan Airlines
8. Thai Airways
9. Qatar Airways
10. Malaysia Airlines

    Pada masa yang sama, Singapore Airlines turut dianugerahkan sebagai kru kabin terbaik di Asia untuk tahun ini.


    Malaysia Airlines Pernah Raih Pujian Dari Pendakwah Amerika Syarikat

    Terdahulu, seorang pendakwah terkenal dari Amerika Syarikat iaitu Dr Muhammad Salah telah memuji syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) menerusi hantaran dimuat naik di laman Facebook miliknya (Dr Muhammad Salah).

    Pujian itu diberikan kepada MAS kerana telah menyediakan ruangan solat untuk penumpang yang berada di dalam penerbangan.

    Dr Muhammad Salah. (Sumber: Muslim Council of Hong Kong)

    Bukan itu sahaja, pramugari tersebut juga membantunya untuk mencari arah kiblat dengan betul sebelum bersolat.

    Baca Artikel Berkaitan: Pendakwah Amerika Syarikat Puji Malaysia Airlines Kerana Sediakan Ruang Solat Dalam Kapal Terbang

    Dalam penerbangan berbeza, salah seorang penumpang dalam penerbangan Malaysia Airlines juga pernah meninggalkan nota sebagai tanda terima kasih dan diletakkan pada beg kertas MAS dalam pesawat berkenaan.

    Sumber: Group Facebook Malaysia Airlines.

    Penumpang tersebut dalam nota berkenaan memaklumkan dia mempunyai pengalaman penerbangan yang menakjubkan dan berharap agar kaptain dan kru kapal terbang dapat menikmati hujung minggu yang baik.

    Baca Artikel Berkaitan: Juruterbang MAS Terharu Penumpang ‘Selit’ Nota Ucap Terima Kasih Atas Penerbangan Yang Lancar


    Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

    Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

    © 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd