Now Reading
ZUS Coffee Kolaborasi Dengan MAPIM, Beri Bantuan Bekalan Air Di Gaza

ZUS Coffee Kolaborasi Dengan MAPIM, Beri Bantuan Bekalan Air Di Gaza

ZUS Coffee juga berterima kasih kepada pihak MAPIM serta rakyat Malaysia kerana telah menjayakan misi bantuan ini untuk masyarakat Palestin.

 Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sebagai negara sesama Islam, Malaysia turut mengambil langkah untuk menghulurkan bantuan kepada masyarakat di Palestin selepas menerima serangan daripada tentera Israel.

Lebih parah lagi, mereka turut menyerang satu-satunya lokasi yang dikatakan selamat untuk rakyat Gaza iaitu di Rafah.

Baca Artikel Berkaitan: Hospital Terakhir Di Gaza Musnah Diserang Oleh IDF

Situasi tersebut menyebabkan penduduk Gaza terputus bekalan untuk kehidupan seharian mereka dari segi makanan, minuman, air bersih, ubat-ubatan dan sebagainya.


ZUS Coffee Hulur Bantuan Sumber Air Bersih Kepada Penduduk Gaza

Terbaharu, syarikat minuman tempatan yang terkenal iaitu ZUS Coffee menerusi ciapan dimuat naik di laman X (@ZUSCoffee) telah mengumumkan satu berita menyentuh hati buat rakyat Malaysia.

ZUS Coffee dengan kerjasama pihak MAPIM telah menghulurkan bantuan kemanusiaan serta keperluan asas.

Sumber: X (@ZUSCoffee)

Dalam pada itu, jenama minuman berkenaan juga berterima kasih kepada pihak MAPIM serta rakyat Malaysia kerana telah menjayakan misi untuk masyarakat Palestin.

Menerusi misi ini, beberapa lori tangki air tiba untuk diagihkan kepada penduduk tempatan di sana selain bekalan makanan juga diberikan.

Sementara itu, kumpulan mereka juga bertungkus-lumus memasak hidangan untuk diedarkan kepada masyarakat tempatan.


Orang Ramai Puji Bantuan Yang Diberikan Oleh ZUS Coffee Kepada Rakyat Gaza

Rata-rata masyarakat Malaysia memuji bantuan yang diberikan oleh ZUS Coffee dan menyatakan hasrat untuk terus menyokong jenama berkenaan.

“Alhamdulilah, Thank you Zus Coffee rasa nak minum Zus hari hari,” ujar pengguna laman X.

Sesetengah pengguna media sosial juga meluahkan rasa sebak melihat keadaan penduduk di sana yang beratur untuk mendapatkan bantuan makanan.

“Sedihnya tengok diorang bawak bekas mcmtu. Ya allah maafkan aku jika aku tak bersyukur,” kata pengguna laman X.

Sumber: X

Malaysia Taja Dana Untuk Baiki Semula Hospital Al Shifa

Kerajaan Malaysia juga telah memberi dana tajaan untuk membantu memulihkan semula Hospital Al Shifa di Utara Gaza yang musnah akibat serangan Israel.

Beberapa jabatan kesihatan di dalam hospital itu sedang dibina semula dan dipulihkan ketika ini.

Sumber: Iltizam Society

Tujuan ia dilakukan adalah untuk menyediakan kemudahan kesihatan asas kepada rakyat Gaza yang telah dirampas hak mereka.

Antara projek pemulihan yang sedang dilaksanakan segera adalah:

  • Membaik pulih pusat dialisis
  • Menukarkan Jabatan Pesakit Luar sebagai Jabatan Kecemasan
  • Menyediakan generator untuk farmasi utama

Misi untuk membaiki semula lokasi tersebut juga dibantu oleh Persatuan Kebajikan Iltizam, Kementerian Kesihatan Gaza dan Yayasan Pheonix.

Baca Artikel Berkaitan: Malaysia Taja Proses Pembaikan Hospital Al Shifa Di Gaza


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd