Now Reading
Kajian Dedah Malaysia Miliki Skor ‘Work Life Balance’ Ke-2 Paling Rendah Di Dunia

Kajian Dedah Malaysia Miliki Skor ‘Work Life Balance’ Ke-2 Paling Rendah Di Dunia

Dalam kajian ini, New Zealand mencatatkan negara yang paling tinggi skor ‘Work Life Balance’ dengan kadar 79.35%.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Selain memiliki gaji lumayan, topik tentang ‘Work Life Balance’ juga menjadi antara perkara yang diperdebatkan dalam kalangan masyarakat.

Baca Artikel Berkaitan: Definisi ‘Work Life Balance’ Sebenar Oleh Rakyat Malaysia

Baca Artikel Berkaitan: Janna Nick Dikecam Kerana Isu ‘Work Life Balance’, Amelia Henderson Tampil Beri Penjelasan

Bagi sesetengah individu, mereka mendefinisikan ‘Work Life Balance’ sebagai kehidupan selepas waktu bekerja yang tidak diganggu terutamanya pada hujung minggu, waktu malam dan ketika cuti.

Namun pada zaman ini, rata-rata pekerja dikatakan tiada ‘Work Life Balance’ kerana terpaksa menyiapkan kerja tanpa mengira waktu meskipun diberikan gaji yang tinggi.


Malaysia Jadi Negara Asia Paling Teruk Dalam ‘Work Life Balance’

Menerusi data yang dikeluarkan oleh syarikat perkhidmatan sumber manusia global iaitu Remote, mereka telah melakukan kajian tentang ‘Work Life Balance’ di 60 buah negara seluruh dunia yang memiliki Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) tertinggi.

Dalam senarai tersebut, Malaysia telah berada dalam kedudukan yang kurang menyenangkan.

Gambar sekadar hiasan.

Ini kerana Malaysia berada pada tangga ke-59 berbanding 60 buah negara dalam indeks kajian berkenaan.

Bukan itu sahaja, kedudukan tersebut menunjukkan Malaysia sebagai negara di Asia yang memiliki ‘Work Life Balance’ paling teruk.

Antara faktor yang dianalisa di tempat kerja bagi kajian ini adalah:

  • Jumlah cuti tahunan
  • Jumlah cuti sakit
  • Jumlah cuti sakit
  • Kadar bayaran cuti bersalin
  • Gaji minimum
  • Status penjagaan kesihatan
  • Skor kebahagiaan
  • Purata jam bekerja setiap minggu

Dengan kadar populasi seramai 34,193,706 orang pada tahun 2023, Malaysia hanya mencatatkan kadar ‘Work Life Balance’ sebanyak 27.51% sahaja dengan purata jam bekerja dalam seminggu adalah 40.8 jam.

Malaysia juga memiliki cuti tahunan yang rendah iaitu 19 hari setahun dan skor kebahagiaan sebanyak 5.71 sahaja.

Gambar sekadar hiasan.

Negara Mana Yang Paling Tinggi Skor ‘Work Life Balance’?

Dalam kajian ini, New Zealand mencatatkan negara yang paling tinggi skor ‘Work Life Balance’ dengan kadar 79.35%.

Antara negara-negara lain yang turut berada dalam kedudukan 10 teratas adalah:

  1. New Zealand (79.35%)
  2. Sepanyol (75.55%)
  3. Perancis (75.34%)
  4. Australia (73.71%)
  5. Denmark (73.67%)
  6. Norway (73.05%)
  7. Netherlands (69.14%)
  8. United Kingdom (69.07%)
  9. Kanada (67.91%)
  10. Brazil (67.73%)
Gambar sekadar hiasan.

Keseimbangan antara pekerjaan dan kehidupan peribadi adalah sangat penting untuk dijaga terutamanya bagi mereka yang sudah berkeluarga.

Pada pendapat penulis sendiri, ‘Work Life Balance’ itu penting kerana ia akan mempengaruhi tahap kesihatan mental juga. Bila terlampau stres dengan kerja, kesihatan pun boleh terganggu.

‘Work Life Balance’ ini juga penting bagi memastikan tubuh badan kita mendapat rehat yang mencukupi supaya tidak terlalu tertekan dengan masalah kerja di pejabat.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd