Now Reading
Operasi Haji Bagi Jemaah Malaysia Lebih Cemerlang Pada Tahun Ini Berbanding 2023 – Menteri

Operasi Haji Bagi Jemaah Malaysia Lebih Cemerlang Pada Tahun Ini Berbanding 2023 – Menteri

Mohd Na’im turut berterima kasih kepada jemaah Malaysia kerana menjaga disiplin masing-masing dengan baik sepanjang menunaikan ibadah tersebut di tanah suci.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Bermula 9 Mei lalu, kumpulan jemaah haji Malaysia yang bakal mengerjakan ibadah rukun Islam kelima itu telah berangkat ke tanah suci Mekah dan Madinah secara berperingkat.

Malaysia telah menerima kuota jemaah haji dari kerajaan Arab Saudi berjumlah 31,600 orang pada tahun ini dan dikategorikan sebagai negara keenam paling ramai di Asia.

Selain itu, Malaysia juga menjadi negara pertama menerima visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi untuk tahun 2024.

Baca Artikel Berkaitan: Malaysia Jadi Negara Pertama Tahun Ini Terima Visa Haji Dari Arab Saudi


Pelaksanaan Haji Bagi Jemaah Malaysia Pada Tahun Ini Lebih Cemerlang

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar memaklumkan operasi haji bagi 1445H iaitu tahun 2024 dilihat lebih berjaya dan cemerlang berbanding tahun 2023.

Jelas beliau lagi, ibadah haji tersebut yang melibatkan 31,600 orang jemaah dari Malaysia berjalan dengan lancar tanpa berlakunya sebarang perkara tidak diingini.

Sumber: Facebook Tabung Haji

Memetik laporan Astro Awani, Mohd Na’im berkata ia diambil kira dari segi keperluan kesihatan, kebajikan dan keselamatan para jemaah Malaysia ketika berada di sana.

Saya mahu katakan, kejayaan ini berkat usaha berterusan dan persediaan untuk melaksanakan urusan haji. Ia mengambil kira keperluan kesihatan, kebajikan dan keselamatan jemaah Malaysia bermula daripada peringkat melaporkan diri di stesen berlepas dari Malaysia, semasa berada di Madinah dan Mekah, ketika operasi Masya’ir di Arafah, Muzdalifah dan Mina, sehingga kembali semula ke tanah air.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

Mohd Na’im turut berterima kasih kepada jemaah Malaysia kerana menjaga disiplin masing-masing dengan baik sepanjang menunaikan ibadah tersebut di tanah suci.

Sementara itu, beliau memberitahu tahu seramai 14 orang jemaah yang telah meninggal dunia dan daripada jumlah tersebut, enam sempat berwukuf manakala dua jemaah lagi tidak berkesempatan melakukan wukuf kerana memerlukan rawatan di Hospital Arab Saudi.

Jemaah kita yang selesai mengerjakan haji, sama ada Nafar Awwal atau Nafar Thani, jika belum ke Madinah akan ke Madinah, yang telah ke sana akan bersiap-sedia pulang ke tanah air tidak lama lagi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

Jemaah haji akan mula berangkat pula ke Malaysia pada Isnin hadapan (24 Jun) dan kumpulan terakhir dijangka akan berlepas pada 20 Julai.

Sumber: Pexels

Thailand Mahu Ikut Jejak Langkah Tabung Haji

Rakyat Malaysia yang ingin mengerjakan haji pasti mempunyai akaun simpanan di Lembaga Tabung Haji, betul tak?

Ada sesetengah individu yang sudah mempunyai akaun simpanan tersebut sejak dari kecil. Apabila dapat duit raya, memang terus ibu bapa akan memasukkannya ke dalam akaun Tabung Haji.

Siapa sangka, pengurusan tabung untuk bakal jemaah haji yang diasaskan oleh Lembaga Tabung Haji ini telah menjadi inspirasi buat negara Thailand untuk mengikut jejak langkah yang sama.

Sumber: Pexels

Ketua Delegasi Haji Thailand Abdul Baziz Chema, berkata masih tiada sebarang inisiatif sebegitu di Thailand untuk bakal tetamu Allah SWT ke tanah suci.

Beliau yang juga Ketua Majlis Agama Yala mengakui Malaysia sebagai suri teladan dalam mendidik orang ramai menabung bagi haji dan perkara keagamaan lain.

Baca Artikel Berkaitan: Tabung Haji Jadi Contoh Buat Thailand Untuk Wujudkan Simpanan Bagi Bakal Jemaah

Baca Artikel Berkaitan: Jemaah Haji Hilang Ketika Melontar Di Mina, Kini Ditemui & Dijaga Oleh ‘Haji Aqil’

Baca Artikel Berkaitan: Jasa Pengasas Lembaga Tabung Haji Banyak Bantu Rakyat Malaysia Tunai Haji


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd