Now Reading
Majoriti Jemaah Haji Meninggal Dunia Di Mekah Tanpa Visa Sah

Majoriti Jemaah Haji Meninggal Dunia Di Mekah Tanpa Visa Sah

Difahamkan, jemaah yang tidak memiliki visa sah telah memasuki Mekah beberapa bulan sebelum musim haji 1445H bermula.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umum mengetahui, kini sudah tibanya musim haji di mana jemaah seluruh dunia sedang berpusu-pusu menunaikan rukun Islam yang kelima itu.

Walau bagaimanapun, ramai jemaah dilaporkan telah menghembuskan nafas terakhir di Tanah Suci ekoran kesihatan terjejas akibat cuaca panas yang mana sekaligus mengundang strok haba.

Setakat 19 Jun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar memaklumkan seramai 14 jemaah telah meninggal dunia dalam kalangan kuota 31,600 jemaah haji dari Malaysia.

Baca Artikel Berkaitan: 8 Jemaah Haji Dari Malaysia Meninggal Dunia Di Tanah Suci Mekah Tahun Ini


Ramai Jemaah Yang Meninggal Dunia Guna Visa Pelancongan Untuk Tunai Haji

Baru-baru ini, Kementerian Luar Negeri, Migrasi, Luar Negara Tunisia mengesahkan bahawa kebanyakan jemaah haji yang meninggal dunia tidak mempunyai visa haji sebaliknya menggunakan visa pelancongan, lawatan atau umrah sepanjang menunaikan ibadah tersebut.

Memetik Astro Awani, jemaah tersebut telah tiba di Mekah beberapa bulan sebelum ibadah musim haji 1445H bermula.

Dalam pada itu, Pengarah Operasi dan Hal Ehwal Konsular di Kementerian Luar Negeri dan Ekspatriat Jordan, Dr Sufyan Qudrah turut mendedahkan bahawa semua jemaah haji yang meninggal dunia atau hilang bukan sebahagian daripada delegasi rasmi pihak mereka.

Sumber: Pexels

Hal ini kerana mereka telah memasuki Arab Saudi dengan visa pelancongan iaitu tanpa permit haji.

“Individu-individu ini kekal di Mekah sehingga musim haji dan menunaikan haji tanpa kebenaran yang sewajarnya, tanpa sokongan daripada mana-mana syarikat atau entiti untuk menyediakan penginapan, makanan, atau perkhidmatan pengangkutan,” kata beliau.


Orang Ramai Beri Pelbagai Reaksi Terhadap Jemaah Yang Masuk Tanpa Visa Haji

Menjengah ke ruangan komen di TikTok, orang ramai telah memberikan pelbagai reaksi tentang perkara tersebut.

Ada individu yang berkata jemaah yang meninggal dunia tanpa permit haji menyebabkan cabaran dalam mengurus dan mengenal pasti jenazah.

“Tiada visa sah bawa kepada tiada tempat tinggal dan kenderaan, duduk merata, terdedah pada cahaya matahari dan risiko strok haba serta kematian. Nak kenal pasti atau urus jenazah pun satu hal sebab tiada pengenalan diri,” kata seorang individu.

Ada juga berkata visa bukannya salah satu syarat sah haji selain meminta orang ramai untuk tidak memandang hina terhadap golongan yang tidak mempunyai permit sah haji.

“Visa bukan syarat sah haji. Malah meninggal dunia ketika di tanah suci adalah anugerah yang istimewa dari Allah. Hebatnya akhir hidup jemaah berkenaan kerana dalam berihram. Janganlah pandang hina kepada mereka yang dilihat meninggal di Mekah kerana tanpa visa…,” jelas seorang lelaki.

Pun begitu, ramai menegaskan bahawa setiap jemaah sepatutnya mengikuti undang-undang yang telah ditetapkan oleh kerajaan Arab Saudi bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.

Sumber: TikTok (@501awani)

Cuaca Di Mekah Cecah 50° Celcius

Suhu panas di Mekah telahpun bermula beberapa minggu sebelum musim haji.

Musim haji tahun ini menunjukkan peningkatan ketara dari aspek jumlah jemaah yang menunaikan ibadah haji dan juga suhu panas iaitu mencecah sehingga 50 darjah Celcius di kota Mekah.

Difahamkan, jemaah yang tidak terdiri dengan visa haji sah lebih berisiko terdedah kepada bahaya panas terik dan strok haba kerana mereka tidak mempunyai tempat berteduh khusus ketika tiba di Arafah dan Mina.

Selain itu, golongan tersebut juga berasa kepenatan kerana terpaksa berjalan jauh untuk memenuhi tuntutan ibadah haji.

Pada Isnin lalu (17 Jun), kerajaan Arab Saudi melaporkan lebih 2,700 orang dirawat akibat strok haba.


Wajah Jemaah Haji Meninggal Dunia Tak Diletakkan Kain Yang Berbeza Daripada Ihram

Dalam video tular baru-baru ini, kelihatan para jemaah yang meninggal dunia dibiarkan di tepi jalan dalam keadaan masih berihram.

Ada yang terbaring dan ada juga dibiarkan terduduk atas kerusi roda. Jenazah mereka ditutupi kain putih pada muka dan kaki kerana strok haba.

Terdapat pihak yang mendakwa jenazah tersebut tidak diuruskan dalam keadaan segera kerana menunaikan haji tanpa mengikut agensi berdaftar.

Dalam masa sama, ada juga jenazah tidak ditutup mukanya dengan kain lain yang mempunyai warna berbeza dengan ihram. Untuk info, sekiranya jemaah meninggal dunia dalam keadaan berihram, wajah dan kepala mereka tidak akan ditutup dengan kain.

Hal ini kerana mereka masih dalam keadaan ihram walaupun sudah meninggal dunia. Ini termasuklah dalam 13 larangan ihram.

Antara larangan khusus bagi jemaah lelaki menutup kepala atau sebahagian daripadanya seperti songkok, kopiah, serban, kain ihram dan lain-lain.

Baca Artikel Berkaitan: Jemaah Haji Hilang Ketika Melontar Di Mina, Kini Ditemui & Dijaga Oleh ‘Haji Aqil’

Baca Artikel Berkaitan: Tular Video Jemaah Haji Meninggal Dunia Di Tepi Jalan, Suhu Di Mekah Lebih 50 Darjah Celsius


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd