Now Reading
Malaysia Merosot Ke Tangga 34 Dalam Ranking Daya Saing Global IMD

Malaysia Merosot Ke Tangga 34 Dalam Ranking Daya Saing Global IMD

Pada tahun 2023, Malaysia pada kedudukan ke-27 sebelum jatuh tujuh anak tangga pada tahun ini dalam Ranking Daya Saing Global (WCR) 2024.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Menerusi Ranking Daya Saing Global (WCR) 2024, Malaysia telah berada pada kedudukan ke-34 daripada 67 buah negara dalam Ranking Daya Saing Global (WCR) 2024.

Sementara itu, kedudukan tersebut juga telah menjadikan Malaysia berada pada tangga keempat di ASEAN iaitu di belakang Singapura, Thailand dan Indonesia.

Berdasarkan Laporan WCR yang dikeluarkan oleh Institut Antarabangsa bagi Pembangunan Pengurusan (IMD), Malaysia telah berada pada kedudukan ke-27 pada 2023 sebelum jatuh tujuh anak tangga pada tahun ini.


Sektor Di Malaysia Yang Mengalami Penurunan Dalam Ranking Daya Saing Global

Memetik laporan Berita Harian, hampir kesemua faktor yang dinilai telah berlaku penurunan termasuklah dari segi ekonomi, kecekapan kerajaan dan juga perniagaan.

Antara penurunan paling ketara adalah melibatkan subfaktor ekonomi domestik yang jatuh 19 tempat kepada kedudukan ke-35.

Sumber: Pexels

Selain itu, produktiviti serta kecekapan juga merosot selepas ia jatuh 17 tempat dan kini pada anak tangga ke-53.

Bagi membaik pulih kedudukan ini, Malaysia perlu berusaha untuk mengatasi beberapa cabaran utama seperti:

  • Meningkatkan pelaburan dalam penyelidikan bagi menggalakkan lagi daya tahan perniagaan.
  • Mengoptimumkan pasaran buruh bagi meningkatkan produktiviti tenaga kerja.
  • Mengemaskini dasar dan peraturan bagi meningkatkan daya saing global.
  • Memanfaatkan teknologi untuk mempercepatkan pertumbuhan produktiviti.
  • Mengurangkan peningkatan kos.

Singapura Muncul Sebagai Negara Dengan Ekonomi Paling Kompetitif Di Dunia

Dalam pada itu, Singapura telah dinobatkan sebagai negara yang memegang ekonomi paling kompetitif di dunia dan menunjukkan peningkatan empat anak tangga berbanding tahun lalu.

Kedudukan tersebut juga telah mengatasi Switzerland yang berada di tempat kedua dan Denmark di tempat ketiga.

Untuk makluman, ini merupakan kali pertama negara republik berkenaan pada pada kedudukan tertinggi dalam indeks berkenaan sejak tahun 2020.

Sumber: Pexels

Bagi negara ASEAN yang lain, Thailand kini berada pada tangga ke-25 selepas mendaki lima anak tangga manakala Indonesia pula pada kedudukan ke-27 iaitu naik tujuh anak tangga berbanding tahun 2023.

Walau bagaimanapun, kedudukan Malaysia pada tempat ke-34 telah mengatasi beberapa negara lain seperti Jepun, Turki, India, Sepanyol, Itali dan lain-lain.


Penyertaan Malaysia Dalam BRICS Berpotensi Tingkatkan Ekonomi Negara

Terbaharu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengesahkan bahawa Malaysia telah menyatakan hasrat untuk menyertai organisasi antara kerajaan iaitu BRICS (Brazil, Russia, India, China dan Afrika Selatan) tidak lama lagi.

Perkara tersebut telah dimaklumkan kepada Presiden Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva dan bakal memulakan prosedur rasmi bagi memungkinkan negara menyertai organisasi berkenaan.

Sumber: YouTube 观察者网

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pula melihat penyertaan Malaysia dalam BRICS dapat memberikan pelbagai jenis manfaat dari segi ekonomi kepada negara.

“Malaysia sudah terbabit selama ini dalam beberapa platform perdagangan dua hala dan pelbagai hala serta negara anggota kepada 15 Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA),” jelas beliau.

Baca Artikel Berkaitan: Anwar Sahkan Malaysia Bakal Sertai BRICS, Bakal Kukuhkan Hubungan Dengan China

Baca Artikel Berkaitan: Malaysia Duduki Tangga Ke-15 Dunia Dalam Pembangunan Telekomunikasi Peringkat Global

Baca Artikel Berkaitan: Malaysia Raih Tempat Ke-2 Negara Paling Aman Makmur Di Asia Tenggara Untuk 2023


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd