Now Reading
8 Jemaah Haji Dari Malaysia Meninggal Dunia Di Tanah Suci Mekah Tahun Ini

8 Jemaah Haji Dari Malaysia Meninggal Dunia Di Tanah Suci Mekah Tahun Ini

Pihak TH akan melaksanakan Badal Haji buat kesemua jemaah haji yang meninggal dunia dan segala kos akan ditanggung oleh Tabung Kebajikan Jemaah Haji Malaysia.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umum sedia maklum, ibadah Haji merupakan salah satu daripada lima (5) rukun Iman yang wajib dilaksanakan oleh umat Islam yang berkemampuan. Namun begitu, ada juga segelintir yang mungkin berkemampuan dari segi kewangan, tetapi tidak dari segi kesihatan.

Menurut Jabatan Penerangan Malaysia, Arab Saudi telah menetapkan kuota seramai 31,600 orang jemaah dari Malaysia bagi haji tahun 2024. Arab Saudi yang terletak sekitar 7,000 km dari Malaysia mengambil masa 8 jam perjalanan.

Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Ini Kongsi Cara Pergi Haji Guna Pakej Swasta


8 Jemaah Haji Dari Malaysia Meninggal Dunia Di Tanah Suci

Semalam (17 Jun), Astro Awani mengeluarkan laporan iaitu pada 9 Zulhijjah, jemaah kelapan dari Malaysia telahpun menghembuskan nafas terakhir di Tanah Suci Mekah.

Kematian kelapan itu dicatatkan pada 16 Jun (Ahad) yang melibatkan seorang warga emas, Sapiah Jalil, 66, dari Sungai Buloh Selangor. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar memaklumkan bahawa punca kematian arwah adalah disebabkan oleh serangan jantung.

“Allahyarham sebelum itu ke sebuah pasar raya dan terkena serangan jantung di situ. Beliau meninggal dunia pada 4.30 petang, 16 Jun (Ahad). Allahyarham ke sini menunaikan haji bersama seorang kawan dan beliau ialah jemaah daripada Pengelola Jemaah Haji (PJH), yang dilesenkan oleh Lembaga Tabung Haji (TH),” jelas beliau.

Mengulas lanjut, beliau menjelaskan bahawa Allahyarham Sapiah sempat berwukuf pada 9 Zulhijjah dan bukan pesakit yang tersenarai dalam program ‘Safari Wukuf’.


7 Kematian Sebelum Ini Yang Melibatkan Jemaah Haji Dari Malaysia

Untuk makluman, tujuh kematian jemaah haji sebelum ini adalah melibatkan jemaah pertama iaitu Abnil Hajar Ismail, 72, dari Kedah yang meninggal dunia pada 24 Mei lalu.

Seterusnya pada 29 Mei, kematian kedua melibatkan Mohd Zahir Ismail, 58, yang menghembuskan nafas terakhir semasa tawaf umrah pertama akibat diserang sakit jantung.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Jemaah Haji Meninggal Dunia Tidak Sampai 12 Jam Tiba Di Tanah Suci

Pada 7 Jun pula, dua lagi jemaah meninggal dunia iaitu Ghazali Ahmad, 71, dari Kedah, dan Noormadiah Mat Ali, 53, dari Terengganu. Punca kematian kedua-dua mereka pula adalah disebabkan oleh kegagalan buah pinggang dan pembuluh darah tersumbat di perut serta jangkitan kuman pada paru-paru.

Tiga hari selepas pula iaitu pada 10 Jun, jemaah muda iaitu Zuraida Mohd Haris, 37, meninggal dunia di Hospital King Abdulaziz selepas alami pendarahan otak dan tidak sedarkan diri selama enam hari.

Seterusnya pada 11 dan 13 Jun lalu, dua jemaah lelaki berusia 65 dan 75 tahun pula dilaporkan meninggal dunia. Mohd Shood dari Jengka, Pahang itu meninggal dunia akibat kanser usus yang merebak ke sistem hempedunya.

Allahyarham sebelum itu dirawat di Pusat Rawatan TH di Mekah.

Kematian ketujuh pula melibatkan seorang jemaah dikenali sebagai Abdul Manaf Hanapiah yang berasal dari Alor Setar, Kedah, dengan punca kematian iaitu serangan jantung.


Kos Badal Haji Akan Ditanggung Sepenuhnya Oleh Tabung Haji (TH)

Mengulas lanjut, Mohd Na’im menjelaskan bahawa pihak TH akan melaksanakan Badal Haji buat kesemua jemaah haji yang meninggal dunia dan segala kos akan ditanggung oleh Tabung Kebajikan Jemaah Haji Malaysia.

Kesemua jemaah haji Malaysia dikebumikan sama ada di Tanah Perkuburan Shuhada Al-Haram atau Tanah Perkuburan Sharayaa, Mekah.

Untuk rekod, kuota jemaah haji Malaysia untuk tahun 2024 yang diberikan oleh Arab Saudi adalah seramai 31,600 dan selesai melaksanakan rukun haji iaitu berwukuf. Wukuf di Arafah pada tahun ini jatuh pada 9 Zulhijjah (15 Jun, Sabtu).

Ia merupakan waktu kemuncak musim panas di Arab Saudi.


Lebih 1.8 Juta Umat Islam Seluruh Dunia Tunai Ibadah Haji 2024

Menurut Pihak Berkuasa Am bagi Statistik Arab Saudi, sebanyak 1,833,164 umat Islam di seluruh dunia menunaikan ibadah haji pada tahun 2024. Daripada jumlah berkenaan, sebanyak 958,137 jemaah terdiri daripada lelaki manakala 875,027 adalah jemaah wanita.

Manakala jumlah jemaah haji luar ialah sebanyak 1,611,310 manakala jemaah tempatan 221,854 orang.

“Peratusan jemaah haji dari Asia tidak termasuk negara Arab mewakili 63.3 peratus, negara Arab (22.3 peratus), negara Afrika (11.3 peratus), dan Eropah, Amerika Utara dan Selatan serta Australia (3.2 peratus),” jelas pihak berkuasa itu.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitterThreads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd