Now Reading
RTS Link Johor Bahru-Singapura Sudah Lebih 77% Siap Dibina

RTS Link Johor Bahru-Singapura Sudah Lebih 77% Siap Dibina

Projek mega RTS Link ini akan disambungkan bermula dari Stesen Bukit Chagar di Johor Bahru dan Stesen North Woodlands di Singapura.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Pada Januari lalu, Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong telah sama-sama menghadiri Majlis Penyempurnaan Span Menghubungkan Johor Bahru dan Singapura bagi Projek RTS Link di Tapak Marin Projek RTS Link, Jalan Ismail Sultan, Johor.

Projek tersebut yang merupakan Transit Aliran Ringan (LRT) yang bakal bermula dari Stesen Bukit Chagar di Johor Bahru dan Stesen North Woodlands di Singapura.

Projek mega melibatkan Malaysia dan Singapura yang bakal menyambungkan dua buah negara ini telah berjalan dengan lancar dan menunjukkan progres melebihi tiga per empat sudah disiapkan setakat 31 Mei lalu.

Memetik kenyataan yang dikeluarkan oleh Mass Rapid Transit Corporation (MRT Corp), pembinaan tersebut telah mencapai kadar progress sehingga 77.61%.

Sumber: Facebook RTS Link JB-SG

Kerja-kerja Pemasangan Bermula Akhir Tahun 2024

Sementara itu, kerja-kerja pemasangan sistem juga dijangka akan dimulakan menjelang akhir tahun 2024.

MRT Corp berkata depoh penyelenggaraannya juga telah siap 82.14% dan dijangka menjalani kerja pemasangan sistem menjelang akhir 2024.

Sumber: Facebook RTS Link JB-SG

Pada waktu yang sama, platform untuk Stesen Bukit Chagar juga akan bersedia untuk akses dari segi sistem

Semua tiang jeti darat dan laut termasuklah di sepanjang Jalan Tun Abdul Razak dan Jalan Ismail Sultan sedang dijalankan. Pemasangan jeti juga dijangka siap menjelang akhir 2024.

Mass Rapid Transit Corporation (MRT Corp).

Tambah MRT Corp lagi, pengendali RTS Link, RTS Operations Systems Pte Ltd (RTSO) akan turut mempunyai akses menjelang akhir tahun ini bagi menjalankan kerja-kerja pemasangan sistem.

Memetik laporan Berita Harian, Malaysia yakin bahawa projek RTS Link ini dapat disiapkan mengikut jadual iaitu pada 1 Januari 2027.


Projek RTS Link Johor Bahru-Singapura

Sebagai info, RTS Link ini dijangka berupaya membawa sehingga 10,000 penumpang sehala untuk setiap satu jam perjalanan.

Sumber: MRT Corp

Projek mega yang berjarak 4 kilometer ini dilakukan bertujuan untuk mengurangkan kesesakan antara pusat pemeriksaan di kawasan darat melibatkan Johor dan Singapura.

Dengan adanya RTS Link, ia dapat mengurangkan kesesakan di Tambah Johor yang kini merupakan lintasan sempadan (cross bording) paling sibuk di dunia.

Mass Rapid Transit Corporation (MRT Corp).

Kereta api ini bakal beroperasi dari jam 6:00 pagi sehingga tengah malam dengan selang masa selama empat minit pada waktu puncak dan setiap 30 minit jika di luar waktu puncak.

Sumber: MyMRT

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd