Now Reading
Malaysia Tersenarai Sebagai Negara Paling Disayangi Di Asia

Malaysia Tersenarai Sebagai Negara Paling Disayangi Di Asia

Berdasarkan 20 negara yang disenaraikan, Malaysia berjaya menduduki tempat pertama dan mengalahkan beberapa negara jiran seperti Singapura, Indonesia dan Thailand.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Meskipun memiliki pelbagai latar belakang budaya dan agama yang berbeza, namun setiap rakyat Malaysia mempunyai beberapa sifat yang sama iaitu saling bantu-membantu dan mesra antara satu sama lain.

Walaupun tidak mempunyai sebarang pertalian darah, tetapi perasan tak setiap kali kita mahu membeli makanan di gerai, mesti kebanyakan daripada kita akan memanggil peniaga berkenaan sebagai ‘akak’ atau ‘abang’.

Kalau tersesat di mana-mana lokasi pula dan anda memerlukan bantuan, masyarakat Malaysia akan sentiasa terbuka untuk menghulurkan pertolongan.

Bertuah sebenarnya kita dapat tinggal di negara Malaysia ini kan?

Sumber: Pexels

Malaysia Negara Paling Disayangi Di Asia

Menerusi sebuah portal laman web kewangan yang berpangkalan di New York, Amerika Syarikat iaitu Insider Monkey, Malaysia telah tersenarai sebagai negara yang paling disayangi di Asia.

Berdasarkan 20 negara yang disenaraikan, Malaysia berjaya menduduki tempat pertama dan mengalahkan beberapa negara lain seperti:

  • Singapura (tempat ke-3)
  • Thailand (tempat ke-11)
  • Indonesia (tempat ke-12)
Sumber: Pexels

Senarai ini telah diperolehi menerusi rujukan daripada lima artikel yang diterbitkan dalam portal tersebut pada tahun 2023.

Antara artikel yang dirujuk adalah:

  • 5 negara paling dihormati di Asia
  • 15 negara paling mesra di Asia
  • 20 negara yang paling banyak dilawati di Asia
  • 20 negara paling pelbagai di Asia
  • 20 negara paling demokratik di Asia

Insider Monkey meletakkan Malaysia pada tempat pertama dalam senarai negara paling disayangi selepas melihat tahap kedudukan yang konsisten dengan jumlah markah keseluruhan sebanyak 0.701 berbanding Taiwan yang berada pada kedudukan kedua dengan jumlah markah 0.595.

“Malaysia adalah negara yang paling disayangi di Asia kerana ia berada pada kedudukan tinggi pada semua metrik yang dipertimbangkan dalam penyelidikan kami. Ia adalah negara keenam paling demokratik di benua itu.

“Selain itu, ia adalah negara kelima paling banyak dikunjungi di Asia, mengalu-alukan lebih 10 juta pelancong pada tahun 2022,” kata Insider Monkey.

Sumber: Pexels

Selain mempunyai flora dan fauna yang mengagumkan serta kehidupan di bandar yang moden, Malaysia turut menjadi pilihan pelancong kerana berpeluang untuk mempelajari pelbagai budaya masyarakat tempatan.

“Orang ramai menuju ke negara Asia Tenggara bukan sahaja untuk mendapatkan pengalaman pantai yang menakjubkan dan kehidupan bandar yang mewah, tetapi juga meneroka budaya dan tradisi tempatan yang diperkaya oleh penduduk tempatan yang peramah dan mesra,” ujar portal tersebut.

Sumber: Sea Maps & Infographics

Malaysia Negara Ke-43 Paling Aman Di Dunia

Menurut Seasia.stats yang memetik laporan The Legatum Prosperity Index, Malaysia berada di tempat ke-2 negara paling aman makmur di Asia Tenggara selepas Singapura pada tahun 2023.

Di peringkat dunia pula, Malaysia menduduki tangga ke-43 daripada 167 negara manakala Singapura berada di tangga ke-17, Indonesia di tempat ke-63 dan Thailand di tangga ke-64.

Sumber: Pexels

Menurut indeks global itu, penentuan statistik negara aman makmur ditentutkan melalui 12 indikasi yang dinilai.

12 indikasi penentu negara aman makmur adalah seperti berikut:
  • Keselamatan dan keamanaan
  • Kebebasan peribadi
  • Tadbir urus
  • Modal Sosial
  • Persekitaran pelaburan
  • Syarat-syarat perniagaan
  • Infrastruktur dan akses pasaran
  • Kualiti ekonomi
  • Keadaan hidup
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Alam semula jadi

Difahamkan, sejak 2011 sehingga 2023, Malaysia telah menaiki dua anak tangga dalam indeks negara aman makmur di dunia.

Baca Artikel Berkaitan: Malaysia Raih Tempat Ke-2 Negara Paling Aman Makmur Di Asia Tenggara Untuk 2023

Baca Artikel Berkaitan: Kuala Lumpur Raih Destinasi Pilihan Rakyat Malaysia Tahun 2023

Baca Artikel Berkaitan: 10 Perkara Yang Buatkan Malaysia Jadi Tempat Pertama Di Dunia


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd