Now Reading
Lebih 1,000 Pokok Tumbang Di Malaysia Dalam Tempoh 4 Bulan Tahun Ini – Bomba

Lebih 1,000 Pokok Tumbang Di Malaysia Dalam Tempoh 4 Bulan Tahun Ini – Bomba

Negeri Selangor mencatatkan jumlah pokok tumbang yang tertinggi setakat ini iaitu sebanyak 210 kes, diikuti dengan 169 kes di Perak dan 118 kes di Sarawak.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sejak akhir-akhir ini, kes pokok tumbang semakin membimbangkan berikutan cuaca hujan lebat dan angin ribut yang melanda di beberapa buah negeri termasuklah Kuala Lumpur dan Selangor.

Kerisauan masyarakat semakin memuncak selepas seorang lelaki maut kerana kereta yang dipandunya dihempap pokok besar dalam satu insiden di di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur pada 7 Mei lalu.

Bukan itu sahaja, kejadian itu juga telah mengganggu servis bagi perkhidmatan Monorel di kawasan berkenaan apabila pokok berkenaan telah menghalang trek laluan pengangkutan tersebut.

Baca Artikel Berkaitan: Insiden Pokok Tumbang Di Jalan Sultan Ismail KL Ragut Satu Nyawa, Seorang Lagi Cedera


Kes Pokok Tumbang Semakin Banyak Dilaporkan

Memetik laporan Sinar Harian, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysian (JBPM) mengesahkan terdapat lebih 1,000 kes pokok tumbang dilaporkan di seluruh negara.

Ketua Pengarah JBPM Datuk Nor Hisham Mohammad berkata pihaknya telah merekodkan sebanyak 1,085 kejadian pokok tumbang dalam tempoh empat bulan pada tahun ini.

Insiden ini berlaku disebabkan oleh hujan lebat serta angin kuat yang melanda Malaysia sejak Januari lalu.

Dalam insiden tidak diduga itu, sebanyak 15 orang tercedera dan empat kematian dicatatkan sepanjang tempoh Januari hingga April 2024. Seramai 13 orang berjaya diselamatkan pihak JBPM dalam kejadian malang tersebut.

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysian (JBPM) Datuk Nor Hisham Mohammad.
Sumber: Facebook Kuala Lumpur

Jelasnya lagi, negeri Selangor mencatatkan jumlah pokok tumbang yang tertinggi iaitu sebanyak 210 kes, diikuti dengan 169 kes di Perak dan 118 kes di Sarawak.

Pada tahun 2023, jumlah keseluruhan kejadian pokok tumbang di seluruh Malaysia adalah sebanyak 4,825 kes dengan 10 kematian dan 47 orang yang tercedera.

Di Selangor sahaja, sebanyak 953 kes pokok tumbang yang berlaku pada tahun lalu.


Kenapa Banyak Pokok Tumbang?

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan pokok tumbang meskipun ia kelihatan sihat dari segi luaran.

Antaranya puncanya adalah:

  • Sistem akar yang lemah.
  • Tanah yang tepu.
  • Pokok yang tidak stabil.
  • Pokok sudah rosak.
Sumber: Facebook Amran Ali

Kenal Pasti Tanda-tanda Pokok Yang Bakal Tumbang

Bagi mengelakkan kejadian pokok tumbang sekali lagi berlaku sehingga mengakibatkan kerosakan atau kematian, pihak tertentu harus memeriksa sebarang tanda kerosakan atau kereputan.

Antara petanda pokok itu akan tumbang adalah:

  • Ranting jatuh
  • Akar berdekatan dengan air
  • Kulat pada akar
  • Kulit kayu hilang
  • Tanah yang retak
Sumber: Sinar Harian

Sebaik sahaja tanda-tanda tersebut dikenal pasti dan diuruskan, pokok-pokok boleh kekal sihat dengan pemangkasan dan penjagaan yang kerap oleh arboris bertauliah.

Baca Artikel Berkaitan: Insiden Pokok Tumbang: Ini Sebab & Cara Untuk Elak Kejadian Sama

Baca Artikel Berkaitan: [Video] DBKL Jelaskan Mengapa Bukan Semua Pokok Di KL Adalah Tanggungjawab Mereka

Baca Artikel Berkaitan: DBKL Diarah Tebang Pokok Berisiko Tinggi Dengan Kadar Segera – Dr Zaliha


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd