Now Reading
[Video] Papan Iklan Di Lebuhraya Persekutuan Terbakar, Jalan Sesak Hingga 3KM

[Video] Papan Iklan Di Lebuhraya Persekutuan Terbakar, Jalan Sesak Hingga 3KM

Seramai tiga orang pekerja Indonesia mengalami kecederaan sementara enam lagi selamat.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Satu kejadian malang dilaporkan berlaku hari ini (31 Mei) selepas satu papan iklan digital di Lebuhraya Persekutuan telah terbakar pada jam 1:25 tengah hari tadi di susur keluar Jalan Gasing, Petaling Jaya.

Kebakaran terbabit telah menyebabkan kepulan asap hitam yang tebal terbang di udara sehingga boleh dilihat dari jarak yang jauh.

Rakaman video ketika kebakaran itu berlaku juga sempat dirakam oleh pengguna di jalan raya tersebut sebelum dimuat naik dan tular di media sosial.

Berdasarkan video yang dimuat naik, hanya sebahagian papan iklan tersebut yang terbakar manakala sebahagian lagi dilihat masih sempurna.

Difahamkan, sebuah ambulan dan anggota bomba turut digegaskan ke lokasi kejadian berhampiran Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) bagi menyelamatkan keadaan.

Sumber: X @AyepMael

Situasi ini telah mengakibatkan kesesakan lalu lintas sepanjang tiga kilomter di kawasan Petaling Jaya menuju ke Shah Alam.

Majoriti melaporkan litar pintas berkemungkinan menjadi punca kepada kebakaran ini namun pihak bomba masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kejadian.


9 Mangsa Diselamatkan, 3 Darinya Cedera

Menurut laporan NST, seramai tiga orang pekerja Indonesia mengalami kecederaan sementara enam lagi selamat. Kesemua daripada mereka telah dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk rawatan lanjut.

Pihak bomba kini sedang berusaha memadamkan kebakaran.

BERITA LANJUT MENYUSUL.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd