Now Reading
PM Umum Baucar Buku RM100 Untuk Pelajar Sekolah & IPT

PM Umum Baucar Buku RM100 Untuk Pelajar Sekolah & IPT

Bagi pemberian baucar buku kepada pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT), ia akan diuruskan oleh pihak universiti masing-masing.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Bagi memupuk amalan membaca dalam kalangan anak-anak muda, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan pemberian baucar buku bernilai RM100 kepada pelajar sekolah rendah dan menengah serta Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

Memetik laporan Berita Harian, baucar berkenaan boleh dituntut melalui mekanisme yang akan diumumkan pada jam 2:00 petang hari ini (31 Mei).

Menurut Anwar, bagi sekolah rendah, pemberian ini akan melibatkan pelajar Darjah Empat dan ke atas sahaja.

Untuk anak-anak, baik di sekolah kebangsaan, sekolah Arab, sekolah jenis kebangsaan Cina atau Tamil dan universiti, kita berikan baucar RM100. Mulai jam 2 petang esok, pemberian baucar ini akan dimulakan, insya-Allah. Bagi tahun ini, kita mulakan dari Darjah Empat, untuk mengurangkan tekanan kewangan kerajaan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sumber: Facebook Anwar Ibrahim

Pemberian ini diumumkan semalam (30 Mei) ketika beliau merasmikan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2024 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).

Turut hadir dalam majlis sama adalah Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh dan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.


Anwar Mahu Baucar Buku Sempat Dimanfaatkan Di PBAKL

Seiring dengan pemberian baucar ini, Anwar mengarahkan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bagi menyediakan format tuntutan yang mudah agar ia dapat dimanfaatkan oleh penerima di PBAKL 2024 yang bakal berakhir Ahad ini (2 Jun).

Menteri Pendidikan Tinggi perlu menyediakan format penggunaan baucar berkenaan. Saya berharap ia dapat digunakan mulai esok pada PBAKL supaya pengunjung dapat memanfaatkannya untuk membeli buku di sini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar juga berharap agar anak-anak muda dilatih untuk membaca dan dapat menentukan ilmu yang bersifat informatif serta memberi manfaat.

“Bukan semua maklumat itu adalah ilmu. Ada juga maklumat yang hanya sekadar maklumat, selain ada juga yang masuk kategori ilmu. Ilmu seperti dikupas ulama serta sarjana, ada yang memberikan manfaat dan tidak memberi manfaat.

“Justeru, kita perlu melatih anak-anak membaca, mencintai ilmu serta menentukan yang mana adalah informasi dan ilmu, seterusnya mempunyai keupayaan untuk menyaring apa yang disebut ilmu makrifah atau kebijaksanaan,” katanya.


IPT Masing-masing Akan Uruskan Pengagihan Baucar Buku

Dalam pada itu, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, berkata pihaknya akan berusaha menetapkan mekanisme terbaik dalam pengagihan baucar kepada penerima.

Bagi pelajar universiti, pengagihan tersebut akan diuruskan oleh IPT masing-masing.

“Kita akan mencari jalan tetapi saya rasa kalau tamat PBAKL pada Ahad ini, Isnin ini, Insya-Allah ia mudah sebab akan diuruskan oleh universiti untuk mahasiswa, politeknik serta peringkat pengajian tinggi lain,” katanya.

Zambry turut menyifatkan pemberian berita baik kepada generasi muda ini sedikit sebanyak dapat meringankan bebas dan memupuk amalan mencari ilmu.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd