Now Reading
Apple Store Pertama Bakal Dibuka Di The Exchange TRX Pada 22 Jun

Apple Store Pertama Bakal Dibuka Di The Exchange TRX Pada 22 Jun

Pembukaan Apple Store DI Malaysia ini menjadikan ia sebagai premis ke-enam di rantau ini selepas tiga cawangan dibuka di Singapura dan dua lagi di Thailand.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Selepas sekian lama ditunggu-tunggu, akhirnya cawangan pertama Apple Store di Malaysia bakal dibuka tidak lama lagi di The Exchange TRX, Kuala Lumpur.

Khabar berita tentang pembukaan premis teknologi tersebut di Malaysia itu telah mula tersebar sejak tahun 2016 lagi sebelum kembali tular pada tahun 2022 selepas beberapa peluang pekerjaan ditawarkan di Apple Store Malaysia.

Baca Artikel Berkaitan: Apple Store Bakal Buka Cawagan Pertama Di Malaysia

Senarai tersebut menunjukkan Apple sedang mencari pekerja untuk jawatan berkenaan di beberapa lokasi dalam Malaysia.


Pembukaan Apple Store Malaysia Yang Pertama Di The Exchange TRX

Apple menerusi laman web rasmi mereka telah memaklumkan bahawa pembukaan cawangan Apple Store pertama di Malaysia akan dibuka pada 22 Jun jam 10 pagi bertempat di The Exchange TRX.

Sumber: Apple

Memetik Berita Harian, pembukaan Apple Store ini menjadikan ia sebagai premis keenam di rantau ini selepas tiga cawangan dibuka di Singapura dan dua lagi di Thailand.

Kepada anda yang tertanya-tanya di mana lokasi ini terletak di dalam The Exchange TRX, ia berada di bahagian luar di mana anda perlu keluar dari pintu kaca sekiranya menaiki eskalator daripada bahagian tengah berhampiran Kenny Hills Bakers On The Park.

Sekiranya anda mahu menaiki lif dari tingkat bawah pula, boleh tekan butang pada tingkat 1.

Sumber: Apple

Keistimewaan Apple Store

Mungkin ada di antara anda yang terfikir, apa beza antara Apple Store dan kedai-kedai Penjual Semula Premium Apple (APR) sedia ada seperti Machines dan Switch?

Dari segi produk dan harga, ia tiada perbezaan ketara tetapi sedikit berlainan melibatkan konsep dan pengalaman.

Dalam Apple Store, wujud bahagian yang dipanggil sebagai ‘Genius Bar’ di mana pelanggan boleh mendapatkan perkhidmatan pakar serta pelbagai jenis sokongan untuk telefon keluaran Apple.

Sumber: Apple

Daripada memulihkan ID Apple sehingga menggantikan skrin telefon, semuanya ada di sana.

Selain itu, beberapa aktiviti pembelajaran turut disediakan kepada pengunjung sambil diketuai oleh pakar Apple yang digelar sebagai ‘Creatives’.

Antara topik yang akan dipelajari adalah melibatkan fotografi, seni dan reka bentuk, pengekodan, video, muzik, perniagaan serta pendidikan.


Apple Store, The Exchange TRX

  • Lokasi: L1.40 The Exchange TRX, Persiaran TRX, Tun Razak Exchange, 55188 Kuala Lumpur.
  • Masa operasi: Dibuka setiap hari jam 10:00 pagi sehingga 10:00 malam.
  • Nombor telefon: 1800-80-6419

Untuk mengetahui lebih lanjut, boleh layari laman web mereka dengan klik [DI SINI].


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd