Now Reading
DBKL Diarah Tebang Pokok Berisiko Tinggi Dengan Kadar Segera – Dr Zaliha

DBKL Diarah Tebang Pokok Berisiko Tinggi Dengan Kadar Segera – Dr Zaliha

Arahan tersebut dikeluarkan ekoran kejadian pokok tumbang yang berlaku semalam (13 Mei) di Jalan Pinang berhadapan Kuwait Bank, Kuala Lumpur.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Semalam (13 Mei), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diarah untuk mengambil tindakan segera bagi menebang pokok-pokok berisiko tinggi. Ini adalah ekoran insiden pokok tumbang yang baru sahaja terjadi di ibu kota yang tidak membabitkan kemalangan jiwa.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa, DBKL juga diarahkan untuk menambah baik Pelan Pengurusan Pokok Rendang.

Bukan itu sahaja, pihak DBKL juga diminta untuk menyediakan garis panduan baru melibatkan pokok berusia atau berisiko tinggi yang dijangka akan siap pada Julai akan datang bagi memastikan kejadian sama tidak lagi berlaku.

Bagi memastikan kelestarian alam terus dijaga dan diberi perhatian, DBKL juga perlu memperincikan program penggantian semula pokok termasuk dengan meneliti kaedah-kaedah bagi memastikan pokok tersebut utuh dan selamat untuk jangka masa panjang.

Dr Zaliha.

Pokok Tumbang Hampir Hempap Kereta Ketua Menteri Melaka

Semalam (13 Mei), pokok tumbang di Jalan Pinang berhadapan Kuwait Bank, Kuala Lumpur nyaris menimpa kenderaan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh.

Pun begitu, beliau dan kereta jenis Lexus 350 yang dinaiki dilaporkan dalam keadaan selamat.

Jelas Pegawai Media Ab. Rauf, Shahnor Samsudin, rombongan Ketua Menteri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjung Bidara sedang melalui lokasi tersebut untuk menghadiri urusan rasmi di ibu kota.

Rombongan kami (Ketua Menteri) melibatkan sebanyak empat kenderaan baru sahaja tiba dari Melaka. Kejadian (pokok tumbang) itu betul-betul berlaku depan mata. Selang sebuah kereta sahaja.

Shahnor Samsudin.
Sumber: Facebook Amran Ali

Kenderaan Pengiring Polis Alami Kerosakan

Walaupun kenderaan dinaiki Ketua Menteri Melaka dalam keadaan baik, namun kenderaan pengiring polis jenis Proton X70 yang berada di hadapan dilaporkan terjejas.

“Setakat ini anggota terselamat, cuma cermin belakang kenderaan pengiring yang pecah. Bahagian belakang Proton X70 turut kemek,” tambahnya lagi.

Berbicara lebih mendalam tentang situasi yang berlaku, Shahnor bersama pegawai yang berada di dalam kenderaan terdengar bunyi kuat seolah-olah ada objek yang akan tumbang.

Sekelip mata ia betul-betul berlaku depan mata (pokok tumbang) menimpa kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire berwarna merah yang berada di depan kami.

Shahnor Samsudin.

Pokok Besar Tumbang Di Jalan Sultan Ismail Ragut 1 Nyawa

Terdahulu, satu lagi kejadian pokok tumbang telah berlaku di Jalan Sultan Ismail berhadapan Hotel Concorde, Kuala Lumpur yang telah meragut nyawa seorang lelaki warga tempatan.

Sumber: Facebook Kuala Lumpur

Penolong Pengarah Operasi Negeri JBPM Kuala Lumpur, PgKB I M. Fatta M. Amin berkata, selain mangsa yang meninggal dunia seorang individu dilaporkan mengalami kecederaan selepas terbabit dalam kejadian tersebut.

Insiden melibatkan sebanyak 17 buah kenderaan dan juga landasan monorel telah dihalang disebabkan dahan-dahan pokok yang tumbang.

Baca Artikel Berkaitan: Insiden Pokok Tumbang Di Jalan Sultan Ismail KL Ragut Satu Nyawa, Seorang Lagi Cedera

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Pokok Besar Tumbang Di Jalan Sultan Ismail, Berhadapan Hotel Concorde KL


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd