Now Reading
[Video] Ramai Geli Hati Tengok Gelagat Kucing Suka ‘Disikat’ Guna Kulit Durian

[Video] Ramai Geli Hati Tengok Gelagat Kucing Suka ‘Disikat’ Guna Kulit Durian

Beberapa individu berkata mereka juga menggosokkan kulit durian pada bulu kucing peliharaan yang turut menggemarinya.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kucing yang dipelihara kebiasaannya bersifat manja dan gemar dibelai. Bagi pencinta kucing, tidak mengejutkan jika mereka menyediakan pelbagai peralatan seperti alat permainan, tempat tidur dan berus bulu.

Namun begitu, harga peralatan kucing yang berkualiti boleh menjadi agak mahal. Ini menjadikan sesetengah pemilik kucing menjadi kreatif dan menggunakan peralatan lain sebagai ganti.

Sumber gambar: Unsplash

Kucing Gemar Bulu Digosok Dengan Kulit Durian

Baru-baru ini, viral satu video di TikTok yang menunjukkan seekor kucing ‘disikat’ menggunakan kulit durian.

Mungkin kedengaran menyeramkan, namun kucing tersebut kelihatan amat menggemari perkara itu! Kucing berwarna kelabu dengan tompok putih itu sehingga tergolek-golek manja apabila digosok dengan kulit durian.

Ini mungkin kerana kucing itu mempunyai bulu yang gebu serta badannya kelihatan gemuk dan merasa suka dengan tajaman pada kulit durian.

Kelihatan bulu kucing tersebut melekat pada kulit durian. Ini menunjukkan bahawa kulit durian berkesan bagi menghilangkan bulu gugur pada tubuh badan kucing, sama seperti berus bulu.


Orang Ramai Turut Sikatkan Kucing Dengan Kulit Durian

Orang ramai berasa geli hati melihat gelagat kucing tersebut yang gemar bulunya disikat menggunakan kulit durian. Seorang individu berseloroh berkata sikat kucing tersebut mahal dengan harga RM45 sekilogram.

Beberapa individu berkata kucing mereka turut gemar disikat dengan kulit durian. Siap ada yang sampai tertonggek!

Namun, ada juga yang mengingatkan agar jangan lakukan pada kucing yang berbadan kurus! Ini kerana kucing di dalam video di atas mempunyai bulu yang tebal dan kelihatan berlemak.


Pastikan Anda Sediakan Kelengkapan Bagi Kucing Di Rumah

Memelihara haiwan peliharaan datang dengan tanggungjawab yang besar. Bagi penjagaan kucing yang bagus, pencinta si bulus perlu menyediakan peralatan-peralatan berikut:

#1. Berus

Kucing harus disikat bulunya bagi membuang yang telah gugur, terutamanya kucing yang berbulu panjang dan tebal. Penting untuk mendapatkan berus yang berkualiti tinggi agar tidak mencederakan kulit kucing.

#2. Sikat

Bagi kucing berbulu pendek, penggunaan sikat bergigi besi adalah lebih sesuai. Selain itu, terdapat juga sikat yang boleh digunakan bagi membuang kutu yang melekat pada bulu kucing.

Sumber gambar: Unsplash

#3. Bekas makanan dan minuman

Kucing perlu disediakan bekas makanan dan minuman yang bersih dan bersesuaian. Lebih elok jika kucing diberikan bekas yang luas dan cetek agar misai mereka tidak terkena pada sisi bekas.

Ini kerana misai kucing amat sensitif dan boleh menjadikan mereka tidak selesa. Air juga perlu pastikan sentiasa ditukar dan bersih agar tiada bakteria yang membiak.

#4. Bekas pasir dan penyedok pasir

Selain itu, bekas dan penyedok pasir juga suatu perkara yang wajib bagi mereka yang memelihara kucing.

Pastikan ia dibersihkan setiap hari bagi mengekalkan keselesaan kucing dan mengelakkan bakteria daripada membiak.

#5. Tempat tidur kucing

Bagi kucing yang dipelihara di dalam rumah, sediakan tempat tidur yang selesa. Boleh dapatkan katil kucing seperti hammocks, bean bag dan bakul.

Namun jika kucing dijangkiti kutu atau hama, pastikan katil turut dibersihkan untuk menghilangkan telur yang gugur.

Sumber gambar: Unsplash

#6. Carrier

Carrier juga penting bagi digunakan untuk membawa kucing ke luar seperti berjumpa vet atau ke spa haiwan. Ingat ya, bahawa satu carrier hanya boleh menempatkan seekor kucing.

#7. Pencakar kuku

Pencakar kuku atau cat scratcher juga merupakan satu peralatan yang perlu disediakan. Ini penting bagi membolehkan kucing mengasah dan menggantikan kukunya.

Sumber gambar: Unsplash

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd