Now Reading
[Video] Masyarakat Di Indonesia Minum Air Rendaman Kaki Jemaah Haji, Ini Hukum Sebenar

[Video] Masyarakat Di Indonesia Minum Air Rendaman Kaki Jemaah Haji, Ini Hukum Sebenar

Menurut pengguna TikTok yang memuat naik video tersebut dan dipercayai berasal dari Banjarmasin, Indonesia, perkara tersebut merupakan adat budaya di sana.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Setelah ibadah haji selesai, ramai jemaah telah mula pulang ke negara tanah air masing-masing.

Para jemaah disambut dengan girang oleh ahli keluarga dan sahabat terdekat masing-masing.

Namun dalam meraikan jemaah haji, terdapat satu perkara yang dilakukan dipercayai di Banjarmasin, Indonesia yang dikecam orang ramai.


Minum Air Rendaman Kaki Jemaah Haji Baru Pulang Ke Indonesia

Berdasarkan satu video yang dimuat naik di TikTok, kelihatan beberapa individu sedang mencuci dan merendam kaki pasangan suami isteri dikatakan baru pulang dari menunaikan haji.

Namun apa yang mengejutkan orang ramai adalah apabila mereka menggunakan air rendaman kaki itu untuk membasuh muka, malah meminum air tersebut!

Setelah itu, mereka bangun dan memeluk kedua-dua pasangan itu. Dipercayai perkara itu dilakukan bagi mendapatkan keberkatan daripada individu yang baru pulang dari tanah suci Mekah.


Minum Air Rendaman Kaki Budaya Setempat

Menjenguk ke ruangan komen, seorang individu mendakwa mereka yang meminum air rendaman kaki merupakan anak kepada pasangan jemaah haji itu.

Selain itu, pengguna yang memuat naik video tersebut yang dipercayai berasal dari Banjarmasin turut berkata ia merupakan adat budaya di sana. Malah dia turut berkata perkara tersebut tidak haram dan berasa pelik dengan komen negatif yang diterimanya.

Tambahnya lagi, budaya itu akan diwarisi dan dikekalkan untuk generasi akan datang.


Lakukan Upacara Demi Sambut Kepulangan Jemaah Haji

Dalam satu video lain dikongsi pengguna TikTok sama, sebuah upacara telah dilakukan bagi menyambut kepulangan seorang jemaah haji wanita dari tanah suci.

Dia kelihatan telah dibawa berjalan beberapa kali mengelilingi hidangan makanan yang termasuk buah pisang. Hidangan tersebut telah diletak berlatar belakangkan hiasan seakan pelamin.

https://www.tiktok.com/@bapakandalah/video/7385951996198653192

Tiada Dalil Tentang Meminum Air Rendaman Kaki Untuk Mendapat Berkah

Ustaz Ahmad Adnin bin Roslan sebelum ini telah menerima soalan tentang hukum meminum air rendaman kaki ibu yang dikatakan bagus.

Beliau berkata perkara tersebut ialah mitos dan tiada sebarang dalil mahupun hadis berkenaannya.

“Kotor tu. Itu bukan cara untuk mendapatkan keberkatan,” kata Ustaz Adnin.

Jika air rendaman kaki ibu juga dilarang untuk diminum, apatah lagi air rendaman kaki individu lain.

Malah ulama Indonesia, Buya Yahya, turut menjelaskan bahawa air rendaman kaki ibu tidak boleh diminum walaupun kaki ibu itu sendiri boleh dicium.


Harus Mencium Kaki Ibu Bapa & Orang Soleh

Dalam masa sama, timbul persoalan sama ada kaki ibu boleh dicium walaupun air rendamannya tidak boleh diminum. Berdasarkan penulisan oleh bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, tiada larangan untuk mencium kaki ibu.

Sebuah riwayat menceritakan bahawa terdapat individu yang mencium kaki Rasulullah SAW. Perkara ini menunjukkan keharusan untuk mencium kaki.

Di samping itu, Imam al-Nawawi turut menyatakan bahawa hukum mencium kaki adalah sama seperti mencium tangan iaitu sunat bagi orang soleh, alim dan seumpamanya termasuk ibu bapa. Namun begitu, makruh mencium tangan dan kaki seseorang hanya kerana kakayaan atau kedudukannya di dunia.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd