Now Reading
“Bayaran Parkir Di Bandar Bagi Kenderaan EV Mungkin Akan Dihapuskan” – Nga Kor Ming

“Bayaran Parkir Di Bandar Bagi Kenderaan EV Mungkin Akan Dihapuskan” – Nga Kor Ming

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata pihaknya mengambil contoh London di mana kenderaan EV dikecualikan daripada pembayaran parkir.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kenderaan elektrik (EV) kini telah menjadi antara pilihan utama sesetengah masyarakat Malaysia bagi menggantikan kenderaan tradisional.

Dalam menggalakkan penggunaan kenderaan elektrik, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata bayaran tempat letak kereta bagi EV yang memasuki bandar-bandar mungkin akan dihapuskan.


Cadangan Mengambil Contoh Seperti London

Beliau berkata cadangan tersebut sedang dalam perbincangan selepas pengumuman bahawa plat hijau (green plate) bagi EV bakal diperkenalkan.

“Kami sedang mengkaji kebarangkalian mengecualikan pembayaran tempat letak kereta bagi kereta EV sebagai faktor penolak bagi menggalakkan orang ramai membeli EV berbanding kenderaan tradisional yang menggunakan bahan api fosil,” katanya selepas menghadiri Mesyuarat Meja Bulat Menteri ASEAN-China tentang Pembinaan dan Perumahan (ACMROCH) pada Khamis (4 Julai).

Nga berkata kementeriannya sedang mengadakan perbincangan dengan majlis tempatan agar mempertimbangkan kebolehlaksanaan cadangan tersebut.

Dia mengambil contoh London di mana bayaran kesesakan (congestion fee) sebanyak RM90 sekali masuk ke dalam bandar dikenakan ke atas kenderaan bukan EV, manakala kenderaan EV dikecualikan daripada pembayaran parkir.


Cukai Jalan Bagi EV Akan Dikurangkan

Pada bulan Mei, Menteri Pengangkutan Anthony Loke mengumumkan cukai jalan serendah 85% bagi kenderaan EV mulai 2026.

Kenderaan EV akan turut diberikan plat khas bagi membantu Jabatan Bomba dan Menyelamat untuk mengenal pasti EV sekiranya berlaku kemalangan.

Baca Artikel Berkaitan: Roadtax Kenderaan EV 85% Lebih Murah Mulai 1 Januari 2026


3,000 Stesen Mengecas EV Dipasang Seluruh Negara

Di samping itu, Nga mengakui bahawa perkembangan memasang 10,000 stesen mengecas kenderaan EV di seluruh negara menjelang 2025 adalah lebih perlahan berbanding yang dijangka.

Katanya, kini terdapat 3,000 stesen mengecas yang telah dipasang. Nga juga berkata sektor swasta termasuk pelabur asing dialu-alukan untuk memasang lebih banyak stesen mengecas.

Dalam perkembangan lain, Nga berkata negara China telah menyatakan sokongannya terhadap percubaan Malaysia bagi memegang jawatan Presiden UN Habitat pada tahun 2025.

Katanya negara akan terus mendapatkan sokongan daripada negara-negara lain bagi pencalonannya.

Tambahnya lagi, Malaysia akan menjadi tuan rumah bagi Mesyuarat Menteri-Menteri Asia-Pasifik berkenaan Pembangunan Mampan di Pulau Pinang tahun depan. Mesyuarat tersebut akan dihadiri oleh 59 buah negara.

Baca Artikel Berkaitan: Hampir Separuh Pemilik EV Di AS Ingin Bertukar Semula Ke Kereta Petrol & Diesel – Kajian


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd