Now Reading
[Video] Dr Malar Jelaskan Serangan Jantung Dialami Pemain Badminton Zhang Zhi Jie

[Video] Dr Malar Jelaskan Serangan Jantung Dialami Pemain Badminton Zhang Zhi Jie

Doktor perubatan tersebut menerangkan bahawa Zhang Zhi Jie mungkin mengalami serangan jantung disebabkan oleh pemfibrilan ventrikal atau takikardia ventrikal tanpa nadi.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Pada Ahad (30 Jun) lalu, dunia telah dikejutkan dengan pemergian pemain badminton China, Zhang Zhi Jie, semasa Kejohanan Berpasukan Campuran Badminton Remaja Asia di Yogyakarta, Indonesia.

Pemain berusia 17 tahun itu dilaporkan tiba-tiba rebah ketika sedang menunggu pukulan servis dan disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung.

Sehubungan itu, banyak pihak telah mempersoalkan tindakan pihak pengurusan yang lambat diambil yang mungkin dapat menyelamatkan nyawa pemuda itu.

Baca Artikel Berkaitan: Atlet Muda Badminton China Meninggal Dunia Ketika Perlawanan


Dr Malar Jelaskan Serangan Jantung Dialami Zhi Jie

Menerusi satu hantaran video di TikTok, Dr Malar menjelaskan situasi serangan jantung yang dialami oleh Zhi Jie. Katanya, tubuh Zhi Jie yang menggelepar selepas rebah mungkin terjadi kerana kadar degupan jantungnya yang turut menggelepar.

Perkara ini dikenali sebagai pemfibrilan ventrikel (VF) iaitu sejenis degupan jantung yang tidak sekata (arytmia) atau takikardia ventrikel tanpa nadi (pulseless VT).

Sebagai info, pulseless VT terjadi apabila ventrikal jantung mengecut terlalu cepat dan darah tidak sempat diiisi ke dalamnya. Apabila aliran darah terhenti, begitu juga nadi seseorang.

Jantung orang dewasa yang sihat akan berdegup pada kadar 60 hingga 100 degupan seminit (bpm). Namun apabila mengalami masalah VF, degupan jantung akan menjadi tidak sekata atau dikenali sebagai ‘chaotic rythm and rate’.


‘Shock Delivery’ Rawatan Terbaik Apabila Degupan Jantung Tak Sekata

Dr Malar menjelaskan bahawa ‘shock delivery’ merupakan rawatan terbaik apabila jantung mempunyai degupan sedemikian. Namun jika tiada mesin defibrilator, prosedur kecemasan resusitasi kardiopulmonari (CPR) perlu dilakukan dengan segera.

Menurutnya, jantung yang mengalami VF atau pulseless VT akan memasuki fasa berikutnya, iaitu ketiadaan nadi dikenali sebagai aktiviti elektrik tanpa nadi (PEA) atau asistole di mana jantung tidak mengecut.

Dr Malar berkata tubuh badan Zhi Jie menjadi kaku selepas rebah menunjukkan jantungnya telah masuk ke fasa asistole.


Antara Sebab PEA Ialah Hipokalemia & Hipotermia

Mengulas lanjut, Dr Malar menerangkan bahawa keadaan ini boleh disebabkan oleh pelbagai punca seperti hipokalemia dan hiperkalemia. Hipokalemia terjadi apabila kepekatan kalium dalam darah kurang daripada biasa, manakala hiperkalemia pula sebaliknya.

Dr Malar berkata hipokalemia kemungkinan berlaku disebabkan oleh penghasilan peluh yang terlalu banyak.

Selain daripada itu, PEA juga boleh disebabkan oleh faktor-faktor lain termasuk badan terlalu sejuk (hipotermia) dan kadar gula dalam darah rendah (hipoglisemia)

Sumber gambar: @drmalarss/ TikTok

“Pemain Badminton Kerap Alami Ketakimbangan Elektrolit” – Dr Malar

Berdasarkan pendapat dan pengalaman peribadinya, Dr Malar berkata masalah jantung dalam pemain badminton kerap berlaku disebabkan oleh keadaan kadar garam galian dalam badan yang tidak normal iaitu ketakimbangan elektrolit (electrolyte imbalance).

Namun beliau berkata tidak kira puncanya, yang paling penting ialah memberikan respons yang betul, tepat dan cepat.

Seperti yang dijelaskan tadi, bantuan CPR perlu segera diberikan jika tiada mesin defibrilator berhampiran.

Tak kisah anda pernah belajar CPR ke tak pernah belajar ke, pernah belajar tapi dah lupa ataupun takut, tolak tepi semua perasaan itu.

Doktor perubatan, Dr Malar.

Baca Artikel Berkaitan: Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung, Pakar Minta Penganjur Perbaiki Kesilapan


Beri Bantuan CPR Dengan Yakin

“Ambil kedua-dua tapak tangan anda, letakkan di tengah dada mangsa (seperti dalam gambar) dan terus mulakan CPR,” kata Dr Malar.

Dia turut mengingatkan orang ramai agar tidak membengkokkan siku, henjakkan bahu ke bawah dan beri tekanan sekuat mungkin.

“Jangan takut dia sakit, orang tu nadi pun tak ada, dia tak ada rasa dan sakit. Jangan takut patah tulang rusuk. Fokus anda adalah memberi tekanan CPR kepada mangsa dengan harapan agar jantungnya boleh mengepam kembali,” tambah Dr Malar.

Dia juga berkata agar terdapat orang lain yang menggantikan anda sehingga bantuan kecemasan tiba kerana prosedur CPR amat memenatkan. Tidak perlu berikan bantuan pernafasan melalui mulut.

Dr Malar meyakinkan orang ramai bahawa seseorang tidak boleh disaman atau didakwa kerana kononnya memberi bantuan CPR dengan salah. Sebaliknya, individu tersebut akan dilindungi undang-undang.

@drmalarss

SERANGAN JANTUNG boleh berlaku di mana mana sahaja, kepada sesiapa sahaja. Yang penting, rawatan yang betul, cepat dan tepat diberikan kepada mangsa. Untuk maklumat lanjut tentang kesihatan jantung, silalah jumpa doktor pakar jantung ye. Ni saya share link terus :https://www.columbiaasia.com/malaysia/doctors/?jhospital=Cheras&jspecialty=1066 #celotehdrmalarcolumbiaasiacheras@Columbia Asia Malaysia

♬ original sound – CelotehDrMalar – CelotehDrMalar

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd