Now Reading
“Syarikat Milik Israel Tidak Dibenarkan Melabur Dalam Malaysia” – Amir Hamzah

“Syarikat Milik Israel Tidak Dibenarkan Melabur Dalam Malaysia” – Amir Hamzah

Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata ketegasan kerajaan terhadap syarikat milik Israel terbukti apabila syarikat perkapalan ZIM disekat daripada berlabuh dalam Malaysia sejak Disember tahun lalu.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sebelum ini kecoh dibincangkan isu pemilikan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) apabila dikaitkan dengan sebuah syarikat pro-Israel, BlackRock.

Sebanyak 22 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) telah menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim agar menolak penglibatan syarikat tersebut dalam pemilikan MAHB.

Baca Artikel Berkaitan: Isu Penswastaan MAHB, Adalah Wajar & Berhemat Untuk Tolak BlackRock – NGO Malaysia


Malaysia Halang Syarikat Milik Israel Melabur Dalam Negara

Terkini, Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan menjelaskan bahawa Malaysia tegas dengan keputusan untuk tidak membenarkan syarikat milik Israel menjalankan sebarang aktiviti pelaburan di dalam negara.

Walaupun kerajaan tidak menghalang mana-mana syarikat untuk melabur dalam negara, namun ketegasan terhadap syarikat milik Israel terbukti apabila syarikat perkapalan ZIM disekat daripada berlabuh di Malaysia sejak Disember tahun lalu.

Baca Artikel Berkaitan: Kerajaan Malaysia Sekat Kapal ZIM Dari Berlabuh, Tidak Lagi Terima Kapal Guna Bendera Israel

Perkara itu diterangkan oleh Amir Hamzah ketika sesi penerangan Kamar Khas di Dewan Rakyat berhubung penjualan saham MAHB kepada Global Insfrastructure Partners (GIP).

“Walaupun kita tidak menghalang mana-mana syarikat untuk melabur di negara kita, tetapi tidak untuk syarikat milik Israel,” katanya dipetik Berita Harian


Kerajaan Malaysia Teguh Menyokong Palestin

Tambah Amir Hamzah, kerajaan Malaysia berpendirian teguh dalam mempertahankan dan membela nasib penduduk di tanah suci Palestin.

Selain itu, institusi-institusi dalam negara turut memberi sumbangan bagi mereka yang menjadi mangsa kezaliman rejim Israel.

Tambah beliau, Perdana Menteri serta Jemaah Menteri lantang bersuara di platform antarabangsa bagi menggesa pemimpin dunia, termasuk kuasa besar, agar menghentikan kekejaman kerajaan Israel terhadap Palestin.

Malah, dia berkata Malaysia telah bersuara agar Palestin diberi keanggotaan penuh dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Kita juga sokong penuh keputusan resolusi genjatan senjata dan konsisten salur bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Kesemua Lapangan Terbang Dalam Negara Dimiliki Kerajaan Malaysia

Pada 25 Jun lalu, Anwar selaku Menteri Kewangan menerangkan bahawa penjualan pegangan saham dalam MAHB kepada GIP dikenakan syarat yang ketat.

Untuk info, GIP merupakan sebuah pelabur infrastruktur terkemuka yang menguruskan aset bagi kira-kira 500 institusi pelaburan seluruh dunia. Keseluruhan jumlah aset yang diuruskan adalah bernilai US$112 (RM528.6) bilion.

Amir Hamzah berkata kesemua lapangan kapal terbang dalam negara adalah milik kerajaan dan dikendali oleh MAHB, lapor Berita Harian.

Dalam masa sama, kerajaan turut memegang saham khas dalam MAHB dan diberi kuasa untuk melantik pengerusi dan pengarah urusannya dalam kalangan warganegara.

“Selari hasrat perjanjian konsortium ini, pengurusan MAHB tidak sama sekali akan diserahkan kepada rakan kongsi konsortium asing. Justeru, tiada asas untuk mendakwa warga asing akan ambil alih pengurusan MAHB,” katanya.


130,000 Penduduk Israel Di Tel Aviv Protes Terhadap Kerajaan Benjamin Netanhayu

Dalam perkembangan lain, berita antarabangsa melaporkan bahawa satu protes terhadap kerajaan Israel telah dijalankan di Tel Aviv pada Sabtu (29 Jun) minggu lepas.

Dianggarkan seramai 130,000 penduduk Israel terlibat dengan protes tersebut yang mendesak kerajaannya agar menyelamatkan tawanan dan melakukan gencatan senjata.

“Jangan biarkan Netanyahu mensabotaj perjanjian itu lagi. Kedegilan Netanhayu terhadap perang yang berpanjangan itu menjadi halangan antara kita dan orang yang disayangi,” kata ahli keluarga kepada salah seorang mangsa tebusan.

Baca Artikel Berkaitan: “Malaysia Sedia Jalin Kerjasama Dengan Indonesia Hantar Pasukan Pengaman Ke Palestin” – Anwar Ibrahim

Baca Artikel Berkaitan: Fly FM Dipuji Kerana Nyata Sokongan Kepada Palestin, Tidak Promosikan Konsert Bruno Mars Di KL


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd