Now Reading
[Video] Akibat Takut Ditinggalkan, Anak Kecil Ini Kejar Ibu Hingga Raih Tempat Pertama Acara Lumba Lari!

[Video] Akibat Takut Ditinggalkan, Anak Kecil Ini Kejar Ibu Hingga Raih Tempat Pertama Acara Lumba Lari!

Situasi tersebut dirakamkan ketika satu pertandingan lumba lari kanak-kanak di Thung Song, Thailand.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Apabila tiba hari sukan anak-anak, ibu bapa pasti semangat hadir ke sekolah bagi memberikan sokongan.

Lebih menyeronokkan lagi apabila sesetengah sekolah turut menyediakan permainan sukaneka untuk ibu bapa turut serta.

Namun, menggelikan hati apabila baru-baru ini tular video seorang ibu terpaksa sama-sama ‘menyertai’ acara lumba lari anaknya yang takut ditinggalkan.


Kanak-Kanak Lelaki Tak Nak Lepaskan Ibunya

Akibat terlalu takut ditinggalkan, seorang kanak-kanak lelaki tidak mahu melepaskan ibunya walaupun dia ketika itu sudah berada di garisan permulaan.

Sambil menangis, kanak-kanak tersebut cuba untuk terus berpaut pada ibunya dan tidak mahu menyertai perlumbaan tersebut. Kelihatan ibunya cuba untuk meleraikan pautan dan memberi semangat kepadanya agar menyertai acara itu.

Situasi itu dirakamkan ketika satu pertandingan lumba lari kanak-kanak di Thung Song, Thailand.


Ibu Dikejar Kanak-Kanak Hingga Ke Garisan Penamat

Tanpa menunggu kanak-kanak terbabit bersedia, wisel menandakan perlumbaan bermula telah ditiup.

Wanita berkenaan tanpa membuang masa segera berlari ke hadapan. Namun apa yang menggelikan hati ialah apabila kanak-kanak terbabit mengejar ibunya hingga ke garisan penamat!

Kanak-kanak lelaki itu akhirnya berjaya mengalahkan saingannya dan menerima pingat emas! Oh, ada taktik rupanya.

https://www.tiktok.com/@mustsharenews/video/7386614326389476615

“Guna Adrenalin Berbanding Steroid” – Pengguna TikTok

Menjenguk ke ruangan komen, kelihatan orang ramai berasa geli hati dengan situasi tersebut.

“Tiada emosi yang lebih kuat berbanding ketakutkan ditinggalkan,” kata seorang pengguna TikTok.

Terdapat juga individu yang berkata seorang ibu akan memastikan kita sentiasa menang dan anak lelaki akan berjaya apabila mengejar ibunya.

Ada juga yang berseloroh berkata keadaan itu terbalik kerana kebiasaannya ibunya yang akan mengejar dia.

“Dia menang pingat emas dan kegelisahan ditinggalkan buat seumur hidupnya,” kata seorang individu.


Kanak-Kanak Lelaki Mungkin Alami ‘Separation Anxiety’

Walaupun perkara ini kelihatan kelakar buat orang ramai, namun kanak-kanak lelaki itu mungkin benar-benar berasa takut ditinggalkan oleh ibunya. Situasi sebegini selalunya digelar sebagai kebimbangan untuk berpisah atau ‘separation anxiety‘.

Kanak-kanak yang mempunyai masalah ini takut berjauhan dengan ahli keluarganya dan berasa yakin sesuatu yang buruk bakal berlaku. Perkara ini normal dalam kalangan kanak-kanak yang sedang membesar, terutamanya jika jarang berjauhan dengan ibu bapa.

Namun begitu, dapatkan pemeriksaan doktor jika anak anda mempunyai simptom berikut:

  • Simptom panik (seperti muntah atau sesak nafas) atau serangan panik sebelum ditinggalkan ibu atau bapa
  • Mimpi buruk tentang ditinggalkan/ dipisahkan
  • Takut untuk tidur seorang diri
  • Kerisauan yang melampau berkenaan sesat atau diculik apabila tidak bersama ibu bapa

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd